Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Friday, January 3, 2014

Perodua Myvi My BabyBee

Hambe tak celebrate Christmas… tapi last Christmas hambe tunaikan satu permintaan yang dibuat awal tahun 2013. Kereta.

Yes. I had mixed feelings about getting a car. So far, travelling with public transportation had not caused me any trouble. Mungkin agak sedikit menyusahkan sebab hambe ni keje nye kena gendong file banyak2. Mana nak berjalan, mana nak gendong file. Now dah masuk firm baru boleh dikatakan hari hari travel ke luar KL untuk attend Court. Letak file dalam back-pack telah mengakibatkan hambe sakit belakang selama 3 minggu. Ngurut tak jalan, tampal kokyok tak jalan.. sudahnya amik ubat. Kalau hari-hari nak amik ubat, payah la kan? Jahanam buah pinggang noks..

Throughout the year, I was contemplation sama ada nak kereta berjenama atau yang kurang berjenama. I had been very lucky that dengan salary sekarang, I can say that I am actually “mewah” sebab tak de komitment bayar apa-apa instalment kecuali lah PTPTN. (Tapi savings, yillek jugak sebab keje berjalan ke sana ke mari). I had Mitshubitshi Mirage stapled in my head sebab masa tu kereta tu agak rare di atas jalan raya KL. Dan of course sebab ianya Mitshubitshi. Kang Langkawi bersepah kereta tu locals buat kereta sewa untuk pelancong. Ate kat Langkawi regenye RM40k++ je. Kat KL nearly RM70k. But, bila calculate balik duit, aii.. tak mampu eden nak pakai Mirage ni. Nak bayar instalment memang la lepas tapinya bab mentenen, emergency, duit nak pergi bercuti (of course I don’t want to give my hobby), minyak kete, Touch & Go, toll… *mata berpinar kejap. So I told myself, purchase only untuk necessity sahaja. I changed my interest to Proton Saga (hok paling mughah tu). Sekejap je la cekalkan hati nak minat Proton Saga tu sebab kita nak hidup dengan kereta tu sampai 9 10 tahun, nak hadap dia, tentu la kita nak something yang boleh jadi eye-candy untuk kita kan? Pulak tu ramai kata Proton ni kurang sikit.

Tapi tetiba Proton bawak masuk Suprema S. Wehh ape ni? At the same time Vios buat face life dengan menamakannya Vios 2013. Weiiiiiiiiii ape ni? I did few readings and comparison antara Vios 2013  dan Supreme S. Ramai yang mengatakan bahawa Proton sekarang bukan la macam dulu. Selepas Preve, kereta keluaran Proton agak baik. Suprema S menang antara Vios 2013 dari segi performance. Tapi nama Toyota kan lebih wangi, ramai rakan2 jebik bibir bila dicadangkan nama Suprema S sebagai kereta pilihan. Tapi agak2 la Mirage pun mata kau dah berpinar ngira bajet bulanan. Kalau Suprema S, katup tak bukak dah kot bijik mata sebab harga Suprema S starting dengan RM75k++. Stock kete mewah dah aku rasa tu, So aku batalkan niat untuk memilki Suprema S dan found comfort driving my mother’s Persona. Sedap bawak Persona ni. 5 tahun dah kereta ni mak aku beli. Niat di hati, amik Persona je lah. By this time, Mirage pun aku rasa macam tak lawa dah. Macam bijik durian je rupa bentuk dia. Dulu awat macam comel je. Tapi mak kata Persona 1.6, minyak kuat. Dah tak jadi lagi.

Sekarang nak cari kereta idaman baru la mata meliar mencari kereta2 cute. For a long time, I thought Myvi SE putih adalah cute. Yes. Putih. Hanya putih. Aku suke kereta kaler putih. It was then I noticed Myvi ada warna kuning. Bumblebee transformers. Eh tetiba. And I told my mom, I want that yellow bee. AKu kabokan Bumblee Bee ni comel blab la bla… Elok mak aku gi tanya member dia pasal “Myvi Bumble Bee”. Lepas tu aku kena maki, dia kata mana Perodua ada keta nama BumbleBee. Aku kabokan, memang takde tapi orang kenali dia dengan nama tu sebab dia kuning macam kereta BumbleBee dalam cite Transformers tu. Pehtu kena marah “Hang ni buat aku malu aku je la”.. Pulakkkk.
 Citenya aku ni nak apepe pun kena mintak restu. Mak kata yes, baru purchase. Kami pun pergi la showroom Perodua kat Jalan Lahat Ipoh. Mak dari awal suruh aku amik 1.3 je sebab jimat minyak tapi 1.3 tak de warna kuning. Aku ndak kuning tu je. It is either extreme 1.5 atau SE 1.5. Sebelum tu sempat la google tentang performance si kuning ni. Rata-rata memberi pujian. For its own class, myvi SE1.5 is not disappointing. Pick up bagus. Aku tak tahu la istilah kereta ni, pendek kata nya lepas baca few blogs mcm Paultan and Arena Kereta and banyak lagi blogs, I am satisfied, this is what I want.

Di hari melawat showroom Perodua tu, aku sempat la duduk dalam myvi SE1.5 ni. Sekali ada built-in GPS kau… dalam hati terus berkata “I think I want to marry you”. Memang tak mahu yang lain dah. Nak yang ini jugak jugak jugak jugak jugak jugak. Mak aku dah macam… Sohih, angau dah ni. Nak wajibulghunnah nak warna kuning jugak jugak jugak jugak jugak jugak.. Begitu hendaklah kat si bee ni.

Dipendekkan cerita, 25.12.2013 Myvi SE1.5 Kuning secara mutlaknya bank belikan untuk aku. Eh? Bukan aku punya. Bank punya. Mak aku pun bersederhana hati tolong letak downpayment 20% supaya bulan bulan aku boleh bayar RM508.00 sahaja. Sayang mak :’)

Masa nak bawak kereta kuar dari showroom tu hujan la pulak. ;’( maka, baru baru lahir je dah lencun BabyBee aku basah. Dan bermula la insiden aku bercakap dalam kereta sorang-sorang bajet macam BabyBee tu faham la apa yang aku ngomelkan. First time drive, bergenang ayo mata. Macam baru beranak la rasanya. Gembira, Sedih membayangkan RM1000 kena tolak tepi untuk kereta je dan sebagainya lah.

Until today, dah almost 2 weeks BabyBee ada kat KL, memang aku sayang tak dah dah (sayang sangat sangat in Penang) kat BabyBee. Setiap kali parking, keluar dari kereta aku tengok dia, fuhhh hensem Baby aku ni. Kalau pun ada kereta yang sama kat sebelah dia, BabyBee aku jugak lah yang paling hensem. Time driving, aku usap-usap stereng bajet menunjukkan rasa sayang kat dia. Gila ke tak gila? Gila weiiii…

Harini, musibah menimpa. Tatkala berada kat Serdang, tayar BabyBee pancit. Tengah2 highway Sg Besi ni. Cuak kera kot. Aku bimbang rim rosak. Mujur around 100 meters ahead ada Shell. Aku upah orang Shell je tukarkan tayar. Pecah hati weh tengok tayar kecepek mencair ke jalanraya. And then lepas tu, aku tak berani bawak more than 50km/hours. Mahu spare tayar melayang, tak ke dengan nyawa-nyawa aku sekali terbang. Mak kata bawak la keta pegi kedai tayar, kalau blh palam balik yang lama palam la…

Bila sampai kat kedai tayar, cina tu terkejut. Aiyak.. manyak beso who.. Ini tarak blh tampal. Tetiba aku terbayang icon whatsapp gambar duit ada sayap. Lubangnye sama beso dengan diameter batang pensel. Pakukah?? Mak aku suruh aku ambil tayar baru brand yang sama jugak dengan yang lain2. Continental. Tegap tayar tu. Tapi takde. Yang ada Good Year. Er… Mak kata, Good Year pun okay… Melayangla RM185.00. Kalau tayar yang sama, tak pe jugak. Boleh la aku gembira. Dalam hati dok kata keta aku dah tak ori.. sob sob..

Dalam masa dok tengok cina tu tukar tayar kereta aku, aku jadi sebak sangat. Perasaan tu sama macam masa aku tengok Kiki disimenkan dulu masa dia patah kaki 2 3 years ago. Berair mata aku tengok bahagian tayar kereta tu terlohong berlubang, kena jack sampai terjungkit. Aduh.. aku yang sakit. Aku call Fazli cite kat dia. Udah rope macam mati laki je aku sedih. Dia la yang memujuk, kata benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Bla bla bla bla.

And then after the chinese guy is done, aku pun drive ke opis. Mata berair sambil dok menyembang macam orang tak betul dalam kereta. Aku kata kat BabyBee, jangan sakit sakit. Kesian kat mama nak bela Baby. Mama sedih tengok Baby ke jack macam tu. Even time aku menaip ni pun aku sedih ngenangkan kete aku kat parking kat tingkat 1 tu.

Sampai kat opis Fazli called lagi tanya keadaan aku. Terburai air mata. :’(

Dia kata aku gila. And he said   “Dulu Kiki sakit, menangis. Tak pe lah, Kita faham la benda hidup. Pehtu Tupperware Herbalife hilang, menangis mcm benda bernyawa mati. Ni tayar pancit menangis lagi macam benda bernyawa mati jugak. Kalau jadi yang lagi teruk, meraung kot sayang ni kan?”

Yes, itulah aku dengan benda yang aku sayang. Semua aku ibaratkan macam nyawa.

Moga-moga lepas ni tak de dah la jadi benda pelik2 kat BabyBee aku. Sesungguh aku sayang betui kat dia. It is the most expensive thing I have ever purchased. Even lagi mahal dari education aku. Tak salah aku nak sayang dia tak dah dah even it is just a Perodua Myvi.



Image

Sunday, January 27, 2013

Galaxy Note II



Setetah Sekian lama, I finally made my purchase yang sangat diidam-idamkan. This is my Galaxy Note II. what I thought about it? TRY AWESOME!!! This entry is posted using The Note II with the S pen. AWE-SOME!!!



Image

Wednesday, December 5, 2012

From Thee I Shan't Flee

Fefeling Shakespear gitewwww

Iols terpanggil nak write tentang this topik because I had this thought few years back that we can actually choose who we want to fall to in love with. I dont believe that we cant control love. Love itu, induknya kita. Kita itu, induknya minda bukan hati. 

Disagree? Let's argue. Ooo tak boleh argue, this is my blog and I am going to disable comment because.. well, this is my blog and I want to be right with no contentions. Moga-moga ketidakpuasan hati uols tentang my statement ni boleh menjana semangat untuk uols post reply entry to my post kat your blog.

I believe "kita ini, induknya minda bukan hati" berdasarkan kepercayaan saintifik yakni Minda/otak lebih Winrar!


Kan sini pun dah ada kata berbentuk pilihan. Nampak tak permainan dia kat situ?

Tak percaya bila I said you can choose who you want to fall in love with?

Pick a guy / a stranger who fits your preference yang uols tak de feeling kat dia.. Tak de rasa benci, tak de rasa suka.. Neutral gitu.. Choose to fall in love with him. Gi rapat-rapat dengan dia. Kontek-kontek dia. Tengok berjaya ke tak.

I have done it (many many many times... oke.. story of my life.. tanak share dengan uols). If you can choose not to fall in love with someone, I strongly belive you can choose who you want to fall in love with. Now getting him to fall in love with you is another thing, which I will write in the far future. Ada rajin, boleh tunggu.. Tak da rajin, you know what to do..

Bababai....



Image

Monday, November 26, 2012

2013 : Resolutions

New Year is coming soon and as always, I will be swarmed with questions like "Resolutions tahun ni dah tercapai ka? atau "Ape azam tahun baru 2013 ni?" atau "Bila nak kawen?" - Whattttt? *buat muka pelik*

First of all, I dont ever believe in New Year's Resolutions maka next year, I should put "believing in resolutions" as one of my resolutions kot kan??. Although I did have a list of 20 things i wanted to do some time in 2008 and I did achieve almost 18 of them. And that was the end of me having New Year's Resolutions sebab lepas tu resolutions ke mana, niat di hati ke mana...

This year, or should I say next year... I will be starting the year a lil bit different. Well not really different from how I started the year 2012. Awal tahun ni kan I celebrated my new year di Thailand. Next year, should not be any different lah... Ke mana destinasi kali ni?? Tunggguuuu.... 

As for the resolutions, as the previous year' resolution, losing some weight harus ada dalam senarai azam tahun baru which, realistically, memang tak blh nak tercapai kerana nafsu makan sedang berada di paras "peak". Pulak tu favourite TV channel adalah AFC, so setiap kali tengok mereka-mereka cincang-cincang daging, mula aku iols perasan nak jadi macam mereka-mereka juga kan... Lantas, dah masak mesti la nak makan.. maka badan pun jadi mcm di pam pam.. Few months back dah turun sikit. Now, naik balik pulak...  So, mission next year adalah bukan utk kurus atau drop weight tapi adalah untuk 1) kurangkan minuman bergula / cut off terus sweet drinks and 2) to eat more berries. I always love berries... strawberries have always been my favourite tapi mahalnye la.. Phewww... lagi satu strawberry cameron tak best... nak yang New Zealand punya jgk. Phewww.. *peluh peluh*... So target nye adalah, sebulan dua kotak strawberry and grapes and lots and lots of apples and oranges dalam stok.

I also had set a mission for Kiki... No no no.. bukan untuk memengandungkan dia. But to upgrade her lifestyle.. cewahhh ayat nak kelas nye... 3) Kasi upgrade sikit la food and litter sand tu kasi tukar yang mahal sikit. So, i started giving her Royal Canin dry food and she loves it.. Kosnya adalah 5 kali ganda dari normal food that I used to buy for her. My boss ada pesan, once kucing dah makan Royal Canin maka dia tidak akan ndak lagi cat food yang lain and she couldnt be any more right sebab tinjauan mendapati Kiki, tidak mahu makan cat food yang lama lagi.... *ooo bengkrap haku*. Her litter sand, I changed it to the silicon litter sand. Butir-butirnya umpama kristal.. She ends up picking a piece or two out from her litter box and starts playing aci kejar dengan kristal2 tersebut... Owwwhhh kucing ku.. Why la u?

4) Tentang masa depan pulak, iols have to get a car. Before this mak keja tak restu je dengan kereta-kereta pilihan ku. Risau sangat iols tak mampu nak bayar bulan-bulan.. T___T *Saya mampu la, ibu.... saya mampu... Kalau tak mampu, kena kasi bagi mampu jugak la kan...Duit banyak-banyak bukan bawak ke kubur, baik beli kereta...* Hikssss.... Aimed car adalah.. Mitshubitshi Mirage kaler kuning... ada ke kaler kuning?? Atau Myvi kaler kuning tu.. Santek betei.. I like.. Oh.... I takut bawak kete beso... meahahahah and Viva is just too small for me.. Kalau celuih Viva tu, memang iols dah beli dah.. ahahaha...

5) Dan tentang masa depan lagi satu, moga-moga.. harap-harap.... mintak-mintak.... Amin-aminkan... I can convinced mom dan daddy utk terima Fazli as my chosen life-partner... I have made my decision. I have tried dating an air-craft engineer, an entrepreneur, a business-man but i crawled back to Fazli and he stayed by my side and through my wildness and misbehavior, so I am convinced, insyaAllah, he is the one. 

And itulah senarai - senarai kehendak pada tahun 2013, insyaAllah.. Moga-moga, mintak-mintak, harap-harap dapatlaaaaa tercapai kelima-limanya.... Aminnnnnnnnnnn..... *lap muka dengan tapak tangan*...


Image

Tuesday, September 18, 2012

Good Things ---> The End



Iols nak mulakan entry ini dengan satu senyuman... Bingggg :)

Eh eh awak.. kita tak faham bahasa Iban oke.. tapi dapat la tangkap sikit-sikit intipati tulisan-tulisan awak tu.. Katanya kalau saya faham, saya akan sedih?? Ermm tak kot.. I dunno.. I am pretty much happy with our positions sekarang. Nothing more than what we used to had or be, some might refer to. 

Apa yang dah lepas kita biarkan kat masa lalu. Kita fokus dengan apa yang bakal datang je k. 

I understand somewhere between those lines, u mentioned you are sad that entries mengenai kisah kita dulu semua dah di padamkan dari blog ni? Dont be sad. U must know the reason those entris were deleted because i felt that none of it was real. I dont know.  I just dont feel that it was real. I was not deleted per se. It was just hidden. I can still read them if i wanted to. Lagipun kita ada "nisan". We can always hang out there dan becerita tentang perasaan di sana.

Thank you sebab tak pernah putus amik berat tentang saya, biar pun berpuluh SMS tak berbalas.. berpuluh cerita tentang hati tak pernah berjawab. Come on, u know I did that for good. But i didnt push u away from Twitter.. so why awak bercerita mcm segalanya dah tamat. Remember i said... u and i, we will always be the unfinished business... I never intend to put any stop to it.. cuma we needed to face the reality and the reality is that.. you never loved me the way you claimed you did.. Simple.. 

And if u asked about my feelings towards you... Oh well.. I dont feel anything at all now... that is i think we can be friends on Twitter. 
I dont want to come between you and ur Cik.. whatever her name is.. 
So from now onwards.. tak perlu lagi bermadah cinta.. berasa sayang menyesali yang kita terhenti di tengah jalan because...everything happened for a reason...

p/s: Maizatul said that the reason was that because He loved me too much to let you to continue fool me.. I dont know.. May be she is right.. :D

Hey.. i am just being honest here.. and who else yang tahu pasal "nisan"?? tsk tsk tsk tsk.... 
Dan.. keropok Stax tu sedap kan?? I knew u are going to love 'em..  :D



tak perlu nak sedih sangat kita tak menjadi.. be glad we happened once.. :)


Image

Thursday, September 13, 2012

Random Update / UPSR


Lamanya tak hapdet blog.. Punca utama kerana tiada inspirasi. So unfortunate of me, inspirasi datang hanya ketika marah atau tak puas hati over something atau i feel about something very strong strong that i have to put down into words of my opinions. Sekarang ada rakan yang rajin melayan perdebatan pulak, maka makin bersawang la blogspot ni sebab berdebat lagi best and the pleasure of having the ability to make your opponent terdiam and terfikir cara nak lawan balik tu sangat fuuu best. Sometimes, the points tu tak berapa kukuh sangat pun, tapi i came from the background where i need to belit to survive so i take this as "medan latihan" gitu to polish myself :D.. Ngeee... Pulak tu sekarang macam tgh bunga bunga ceinta dengan kekasih hati berkereta kuning.. so chances nak tak puas hati pada dunia tu, kurang.. Ahaks.. Oh so gedik!!

Ok.. updates...

Not that I am famous or anything but saje nak merapu meraban sensorang kat sini telling those who wants to know whats been going on in my personal life.. Celemakkk!!

So, I am not that active on Facebook anymore because I found Twitter lagi best. Twitter best (mungkin) kerana tiada limit penggunaan bahasa di sana. Kalau kat Facebook, guna perkataan kasar sikit je mesti kena kecam dengan dahsyatnye.. tapi kat Twitter kau carut la mcm mana pun, takde sapa nak kondem. Further, unlike Facebook, orang tak bother sangat dengan ape yang kau tuitkan melainkan derang rasa apa yang kau tuit itu best.. Kalau tak, derang biar je kat timeline (refer = news feeds facebook). Itu juga salah satu sebab kenapa blog ni senyap. Sebab i can mengomel sensorang kat Twitter tanpa tekanan.

Due to certain circumstances dulu, my tweets were protected.. sekarang tidak lagi...kerana tiada rahsia lagi nak disembunyikan.. so those with Twitter account. Do follow me and join me twitting hate tweets. :D

In regards to that one man yang timbulkan chaos mcm orang gilak tu. I supposed we both can accept the fact that we are better off as friends je kot. He tweeted me and i could better to him tanpa apapa perasaan... that's a good sign kot.. I think.. I hope tak de orang meroyan lah hendaklah dengan this new development.

Ape lagi yea.. Itu je lah kot..

Owh.. i desperately need a new handbag.. I dont see any other brand dah.. Fossil Forever, bebeh.. Yang aritu tu, too professional. I need something casual + sophisticated design. Pastu nak kena beli jam tangan lagi.. Bengkrap mak jah macam ni... 
Satu persatu.. InsyaAllah... 

Adeke orang sebuk nak tahu pasal aku ni ha?? Memang la tak de kan??
Tak pe.. tgk la kalau rajin.. next week ke.. next month ke.. atau next year ke.. Iols update pasal satu produk Kryolan i bought that works wonder macam majik!

Akhir kata.. Iphone 5 da kluar.. adik adik yang mana UPSR tu blh demand.. 1A bersamaan dengan satu model Iphone.. Dapat 5A, blh hentak2 kaki nak Iphone5. Kalau dapat 4A, kau jangan nak berangan sangat demand Iphone5 oke.. Iphone4 sudah.. Time akak memuda dulu.. score 9A.. [Straight A blh la berlagak.. Ce tny result PMR cemana.. haram akak takkan jawab sebab memalukan betul] (BTW, 9A tu termasuk KAFA ye), abah kasi mountain bike LeRun yang reger RM250 je.. Tp time tu mountain bike adalah satu barang yang blh dilagakkan la kan.. Sekarang tidak lagi.. Pastu dapat beskal, ronda2 kat taman... DENGAN T-SHIRT inside out terbalik.. Kunun nak berlagak dapat beskal baru.. Memamg sangat tahi! Anyways.. itu je lah.. Akak nak buat keje.. Score tau UPSR ni.. pastu jadi Loyer mcm ahkak... hikss... BoBye..

p/s : Boss suruh kawen utk selesaikan masalah kesempitan wang... Err boss.. i dont accept charity when I can afford them. Tenkiut :D 



Image

Tuesday, August 7, 2012

My first dress .. boleh??


I scratched my "want" item for Hari Raya, forgetting I have placed an order for this maxi dress from Jessabella Plus Size Stealz

It's surprisingly cheap and comfy. Now I finally got a dress... Feeling so breezy down there, if u know what I mean..

See me cam-whoring with the dress at Sunway Pyramid last Saturday..
Bukan senang tau nak cari dress murah utk orang tinggi mcm ai...Hew hew hew..






Image

Wednesday, July 25, 2012

Raya Checklist


Senarai barang barang untuk raya...


a) Perfume; (wajibul ghunnah)
Sudahhhhhh.. Chanel's Mademoiselle.. 
(Akhirnya)

b) Baju kurung moden;

c) Sun dress (maybe)
- cancelled.. tak jumpa sun dress yang bukan jenis tube dress.. 
I segan pakai seksi meksi sgt

d) Jeans & t-shirt
Jeans : Dorothy Perkins & Belt

e) Work attire (raya) - ye aku mmg suka beli baju.. tahun depan kena beli lemari lagi satu.
(tak penting.. loyer pakai itam putih je.. so nak shopping baju keje ape la sangat)

f) Sri nak eye liner, hair straighterner, USB cable, Justin Bieber (eh?) - seb baik la dia tak suruh aku beli rumah ke, negara ke, kereta ke.. Kalau tak parah jugak ni..

g) Kat mak nak kasi ape? Last year dah kasi Chanel.. Aritu balik tgk dia dah beli perfume.. Takkan nak kasi perfume lagi.. Jam tangan ke? She likes the fossil one... Tp jam dia sekarang Tissot kot.. Mahu ke dia jam Fossil je? Ahhh runsing.. Kasi cash je lah kat mak..

h) Duit raya untuk anak anak buah yang tetiba membiak mcm cendawan (Amagawd)

i) stok maggi utk sebulan...



Image

Monday, July 16, 2012

Post break-up syndrom...




Depending on circumstances.. PBuS (aku sendiri yang create perkataan ni) yg dialami oleh individu-individu adalah berbeza bergantung kepada fasa-fasa pemecahan hati tersebut...

Berikut aku senaraikan PBuS yang aku alami berserta fasa-fasa break upnye :-

Fasa : Aku syg kau lagi.. please kejar aku semula
Tukar gmbr profile Facebook kepada gambar-gambar berunsur keperasan terlampau seperti gmbr black & white awek tgh menangis. Gambar black & white membawa erti kesuraman dan gambar awek tgh menangis tu umpama aku yang sedang diusung duka...

Fasa : Aku menyampah dengan perangai kau.. tapi aku syg kau lagi.. I wanna be with you, baby...
Tukar gmbr profile kepada gmbr sendiri yang hot dan chun..tapi share pelbagai-bagai gambar dan kata-kata dengan harapan dia si dia terasa...

Fasa : Aku rasa kau tak sayang aku dah.. biar lah aku pergi membawa diri
Tukar gambar profile kepada gambar black and white dan awek sedang menangis serta share pelbagai2 jenis kata-kata yang berunsur kekecewaan dengan harapan si dia faham isi hati yang tersirat

Fasa : Aku syg kau.. sayang sangat... tapi aku sedang cuba nak sygi diri sendiri dan beri peluang orang lain yang mengharap kasih sayang kau tu, terima kaseh sayang kau..
Tukar gambar DP kepada gmbr chuns dan hot... pura pura mcm tak kenal dia kat Facebook.. unsubscribe to updates dan kalau nampak dia kat newsfeed.. ko cepat cepat scroll.. SMS pun tak berhantar dan basically ignore, ignore, ignore...

Fasa : Aku syg kau.. tapi ntah la.. aku bengong
Update blog 3290 kali dalam masa sehari... Tumblr diabaikan biarpun aku tahu ada post baru dari dia dan... merapu meraban kat blog.. bukan dengan niat nak amik perhatian... tapi sebab mmg hala tuju tak keruan...

#Kalau ini bukan bertujuan nak amik perhatian dia, habis tu ape??
#Bengong, bengong, bengong, bengong






Image

Friday, May 4, 2012

Masalah


Dah lama tak update blog.. ye ke dah lama??? (dengan muka perli sakan) kekeke.. ye dah lama oke.. sort of.. yang entry lepas lepas tu cuma puisi nukilan isi hati je... consider sebagai valid entry jugak ek?

Baiklah.. to cut the story short, i wanna tell tentang isu MASALAH. As some you readers might have had noticed, i went above and beyond my insanity meter semenjak 2 3 minggu ni. My mood swings and my hormones are all over the place akibat kesan radangan/rengsaan hati yang kronik. Kat FB tu, my timeline tu umpama mcm dah blh kena samak dengan profanities. 

#I find profanity is a great way of self-expression. Ini aku yang rasa.. some people find it offensive.. to me tidak.. so, those yang nak bagi syarahan tentang iluminati, free-masonry, hell and what not tu, bugger off~ Aku bukan mencacai sape sape pun.. Its my self-expression towards what I'm feeling.. period~

Back to the issue.. MASALAH. I noticed how much of an idiot I had been merampus cem orang meroyan kat timeline dan blog ni.. (but then, salah ke? this is my blog and thats my timeline - if it bugs u that much, there is a "home" button for u hit kekeke )

I remember I once said that "If u wanna be happy, be~"

I forgot la to be happy for the last couples of weeks. I was only thinking of being miserable..thinking that my happiness lies in one's hand. Apparently it is not tau. Ur happiness lies in ur hands. Now some of you might just thought cem ni.

{Nothing makes me happier than receiving his text saying "I love you, babe"} atau
{I can only be happy if he loves me}

Wrong~ Tak pasal-pasal orang lain feel obligated to make u feel happy lak tetiba kan? Itu kalau dia rasa dia bertanggungjawab. Ce kalau dia kata dalam hati "ape kejadahanya aku nak kena text minah ni untuk buat dia happy lak?  Ingat aku tak de keje lain ke?" Haaaa kan.. Sangat tak fabulous oke.

I understand sometimes, when u are in love, u devote urself to that one person and of course, I wont deny that being in love is greatest feeling of happiness there is.. Tak caya?? 

Remember the first time someone u absolutely adore told you "I miss you la".. Korang tak de ke rasa muka tu cem kembang semacam je.. Jantung gededuk gedebak cem nak pecah.. Bulu roma tegak smp bulu ketiak pun sama kembang.. tak de rasa cem tu? Bukan cinta la tu.. ahaks.. Being in love absolutely makes u happy but its not the only reason of happiness oke.

Chop~~ bukan aku nak cerita pasal MASALAH ke tadi? Apesal melalut ke cerita HAPPINESS lak neh?

Owh, baru terjumpa hubung kaitnya.. The thing now is.. you can be happy while having masalah sebenarnya.. Tips and tricks :-

1) Although I know its difficult as hell to do, u have to divert you thought on your problems from ur head. Buat la apepe yang patut.. Paling best perkara yg memerlukan keringat fizikal. Not, doing jigsaw puzzle atau complete the sudoku challenge. That should help; 

#Sape tgk The Break Up (Jennifer Aniston & What-his-name?).. Kan ke Jennifer Aniston gi jogging sebab tensyen dengan boipren dia yang cem mala'un tu kan? haaaaa~~

2) Do what u do best.
Contoh :- If u are good at flirting... so flirt (even when u are in a relationship).. Flirt all u want but dont catch feelings.. At times of devastation u need nothing less attention. Instead of kau mengamuk cem orang sakai kat Facebook (sampai semua colan colan pengganti ex boyfren ko larik) ape kata kau put up a great tempting profile photos (bukan gmbr separa bogel oke) dan be nice to everyone.. Chances are, they could help u feel wanted other than rejected (by that scumbag)

3) Jangan pegi mentekedarah
I lost weight last few weeks.. I like.. period ! (at least aku rasa la aku lost weight - baju size S cantek je kat badan aku now) Esok lusa tembun la balik.

4) Keep urself calm and collected..
Now this is mmg super hard to do, when u have all this adreneline rush yang bersedia untuk attack. Think of it through and through and through. U cant tarik nafas hembus semua tu. It wont help. Best advice is to get a girlfriend to soothes u heartache tu. Have her to talk sense to ur brain before u go out and do everything stupid (like urs turly)

5) Do what u think u want to do
This tips only applicable kalau ur reaction towards ur problems tu memerlukan satu perancangan tektik sebelum tindakan. Contoh~
Cem what I experienced when I found out about punca masalah tu, i was ready to plot a revenge (memerlukan rancangan terperinci tu).. memang dah ready dah sume bahan-bahan... story board...plot.. sume ready.. tinggal nak execute je.. tetiba senses came into my mind.. so the loser one wat cem ni.. Mungkin ada ramai akan rasa ini tindakan sia sia sebab semua dah ready tapi tak proceed.. Wrong - plotting a revenge keeps urself bz too.. thus gets ur head away from the problems... Yang akan jadi masalah adalah jika kauorang proceed sahaja.. :) wink wink

6) tak de tips dah..kecuali, bawak - bawak la bersolat.. yang merangkumi tips 1 sampai la 5 di atas.. :)

Semua orang ada masalah wei.. Bezanya cara kita tekel masalah tu je....
Selamat menekel masalah...

#kunyah coklat lazat (sebab hati bahagia)












Image

Monday, March 26, 2012

Orang Kaya


Tahukah kamu menjadi orang kaya sangat best.. Pagi tadi kan.. tatkala on the way nak ke opis.. seperti biasalah kat bulatan menghala ke SS15 tu jem sokmo... pastukan tetiba terdengar bungi eno eno eno eno dari belakang....

Aku tak reti nak bezakan bunyi polis ke bomba ke ambulans ke.. Pada aku sama je bunyinye... Pastukan aku tgk kan... semua kereta berganjak ke tepi... Dalam hati ku berdetak.. Ooo ada orang sakit neh.. Sebab area tu dekat dengan Subang Jaya Medical Center.. 

Tapi cem magik lak tgk kereta sume berganjak ke tepi cem cite Bruce Almighty tu... Nanti ku godek gmbr kot kot ada...

Dengan megahnye kete Perdana kaler emas tu menyusur sambil ada abg pulis seketul dok eskort kat depan dok eno eno kawal lalulintas...

Haish... untung badan...... 

Aku memati la ingat ada orang sakit tapi rupanya ada orang malah tempuh jem.. Jelesh ke aku?

O'tidak sama sakali....
But I wonder, would my lifestyle changed if I am rich?
Adakah adab dan tingkah laku aku akan berubah?
Mohon dijauhkan sekiranya satu hari nanti nasib ku ditakdirkan berubah...


Much Love + Respect,

Friday, September 2, 2011

Saturday, May 14, 2011

PTP : Orang Malaysia Murah "I Love You"

Korang pernah tgk movie2 omputih kan... Ber"dating" meaning You Are Going Out With That Person and Going Out With Somebody Else Means You're A Player"... Derang tak perlu susah2 nak declare cem orang kita ni.. Orang kita.. selagi tak de declaration, selagi tu la deme membuaya.. tsk tsk tsk.. Kita punya berdating lain.. Kita punya berdating defined as "kuar makan McD, tgk wayang, jalan pegang2 tangan, turun dari kereta - salam com tangan boypren.. (bkn jadi laki lagi tu).. Kuar je dari kete, maka aktiviti berdating pon habis.. No no no.... Mat Salihin tak mendefinisi dating cem tu je, sayang2 sekalian..


Dan korang perasan tak, sometimes derang nak ber"dating" (bercouple la istilah kita) sampai 5 6 bulan tp tak pernah cakap "I love you" kat pasangan derang sampai la derang betul2 yakin... Perasan tak??






Tadi aku terdengar lagu "Ucapkanlah - Erra & Yusry"...Tetiba emo pasal mencintai orang yang tak dikenali.. Kui kui kui...


Tu je.. nak kasi korang berfikir sikit.. Asyik pikir pasal politik dan cara nak turunkan berat badan je.. Benda yang ringan2 korang tak fikir... So skrg fikir... berapa nilai "I love you" korang..


Much Love + Respect,

Tuesday, February 8, 2011

Hidup Di Puncak Kayangan

Kenapa my title cenggini??


Because I live in an apartment named Kayangan Apartment dan tinggal di top floor.. Memang berada di puncak..


Apa yang best???


It's Bandar Sunway, the perfect little down with a lil bit of everything to make your life comfortable.


From Kayangan Apartment, dalam radius 500 meter terdapat:
a) Sunway Pyramid, the best-est shopping mall ever
b) Eateries dan restaurants dari Korean Restaurants to Japanese Restaurants dan Westerns, Pantai Timur dan Mamaks..
c) Since Pyramid ada Pej Pos, segala urusan pos dan pembayaran bil senang dilakukan hanya dengan berjalan kaki
d) Sunway Lagoon


Tapi itu kena jalan kaki.. Lagi best..
delivery services:-
a) Domino's
b) Kenny Rogers
c) Mc D
d) Mamaks
e) Burger Ramli..
f) Dobi pon ada delivery service..


Mana aku tak gemok.. keja main dial phone.. order..tunggu..bayo..
Tak kuar rumah...


Mcm mana nak jadi Puteri Kayangan kalau gemok??




Puteri Kayangan,

Monday, January 10, 2011

The Nudge


I am currently reading a book called "Happiness in Hard Times" by Andrew Matthews. He is the famous author of Being Happy! which is a worldwide seller.



I am not much of reader. Unless the book is really really insteresting, I prefer to watch movies rather than to read books. Main reason is that I have a short attention span which I can only focus on something yang I dont really admire for sekitar setengah jam. If nothing excites me dalam masa setengah jam, that's it.. byebye la jawabnya..

I am wrting this bukan sebab nak review buku ni sebab frankly, I tak habis baca lagi walaupon buku ni kalau nak ikutkan nipis je.. sekitar 160 ms dan font nya besar. I think dia guna font 14... and ada byk gmbr dan layout nya agak menarik di mana ianya menarik my attenttion untuk beli. Nak nak pada ketika hari pembelian, I wasnt in a happy mood..so i thought, why not kan..mana la tau kot kot blh uplift my mood.

So far, I only managed to read sampai page 50 gitu.. i go on chapter by chapter and point by point sebab i understand better that way.

Among the many points the author brings up is that how life is actually inter-connected with us (sama ada kita sedar atau tidak).. If you watch Avatar (over and over and over and over again like me), you realize they talked tentang how kawasan hutan Pandora tu berkomunikasi dengan orang orang Na'vi sendiri and there was Eywa and stuff like that which gives them signs for interpretations. Dalam kehidupan kita seharian pon, alam memberikan kita petunjuk dan panduan sebenarnya untuk kita bertindak ke arah kebaikan. Tapi kita leka dan lalai dan kita tak sedar tentang semua tu. Apa yang kerap kita buat adalah bila tiba sesuatu yang terburuk jadi, kita bentang sejadah dan menangis memohon petunjuk dari Allah sedangkan dari awal2 lagi Allah dah bagi petunjuk.

Perkara yang sama diutarakan dalam buku ni which betul2 kecepek kena kat my head. Mr. Matthews says "The universe is  always nudging us with gentle signals. When we ignore the signals, it nudges us with a sledgehammer"... Samada u all suka atau tidak, it is the truth. It is not easy untuk tafsirkan signals yang universe lemparkan kat kita.. Looking back, I dont think i ever made a decision kerana signals from universe. I did it melalui cara check dan balance and I must say, my life was hard. i know some of you akan kata "hidup aku lagi susah dari hidup ko"... Yeah, if it is true, then I am lucky but if I could, I would want to make everything easier than what I've gone through.

Then, satu lagi point yang memang sungguh menarik my attention..."sebagai manusia, kita sentiasa mencari benda untuk disusah-hatikan".. So fricking true. Think about it.. pernah tak korang hidup sehari, tak susah hati tentang apapa langsung. Amik contoh aku je cukup... 

Sekarang aku tgh bercuti panjang.. dah nak masuk 2 minggu tak de buat apepe tapi dapat duit... Duit masuk..mak bagi duit, duit dividen ASB, duit elaun kursus last month... Kalau nak ikutkan aku masyuk bulan ni...tapi hati tak tenang ni... I feel like a useless person sebab I am not doing anything.. Celik mata, makan, tidur, makan, tidur.. Ada mood, aku cuci bilik, mop rumah segala bagai tapi otak dok berpusing.. why the hell aku tak pegi keje kat 7E ke.. jadi promoter ke sementara tunggu result exam..

Dan last time masa aku keje, i always thought, indahnya dunia kalau tak yah buat apepe tapi duit masuk... 

Nah.. sekarang dah dapat, ape lagi yang nak dikecohkan..

See, it is  a true and genuine example proving that manusia CANNOT STOP WORRYING. Nak tau cara handle benda ni, kena la beli buku ni kan... Kang tak pasal2 aku kena saman sebab publish buku ni online..

And erm.. yes.. aku menulis ni sebab hati tak senang.. I was thinking of signs yang dilemparkan kat aku sekarang.. aku taknak universe nudge aku dengan sledgehammer tapi aku tak certain signs ni genuine atau tak dan aku taknak misenterprate segala2 signs signs ni.. and backing up the second point i brought kat atas.. benda seco'et je pon tapi aku worry too much sebab bascially, there is nothing else for me to worry about...

Ahhhh sudahlah.. Nak makan epal.. sambil tgk katun... byeee byeee..




Much Love + Respect,

Monday, September 20, 2010


I am not a saint....
I know there are things in life I have done are just pure sins...
But what happened to me yesterday.. is by far the worst experience I had in my full-of-sins life....
I just cant say it what i heard last night...
Its by far worst than finding out than I am pregnant (although I have never had an intercourse).. or finding out that I have murdered someone...or finding out that I am adopted...

Its haunting in my ears that I havent been able to sleep...
Oh..
My..
God...


This is something so big that I couldnt even tell the most trustworthy person I know...
That's all that I can write to legakan hati ku ini....
But may be after few months you can ask me about it and I may tell you...
 
 





Much Love + Respect,

Friday, April 23, 2010

Mood : Dreadfully Missing Some Other Man


Dear *****,
Its not too much for me to say that I missed you
I have been thinking about you a lot..
I know I have never say these words in my entire life..
I also happen to know now that you are happy with your life..
Why havent you call??
Dont I matter?
I am part of you, arent I?

Dear *****,
No matter what she says about you..
No matter how much truth I finally found out about my childhood and you,
You will forever and ever be a part of me..
She cannot make me hate you...
There are things I remember, and although at times I say I will never forgive you.. I already did
*****, I miss you so much..
And I need you..

Dear *****,
I also want to say I am sorry...
I already did when I buzzed you at YM but you never replied..
Im not sure if you dont get the message or if you chose to ignore me..
I know I hurt you when I say "yeah!! yeah!! I know promises dont mean anything to you"
I am sorry again..
Please know, that you hurt me too
But I wont let that be the last words between us..

Dear *****,
You are the man in my life...
I know you have the capability to actually ignore me..
I am part of something that you left behind
I remember you said "I am doing this for the sake of you and kakak"
Honestly, dont i matter at all??

Dear *****.
I never thought that one day i'd cry out of missing you...
but i am to scared to call you..
and you never called me too...

Dear *****,
it has been 5 months..
I think its time for us to stop this silence...

 please keep holding my hand and walk me thru this life...

 
Much Love + Respect,

Thursday, March 4, 2010




Semalam dan hari ni memang pelik...
Ntah kenapa dia cuba berhubungan dengan saye..
I mean i used to really hate him.. sekarang hate je.. dah tak sampai really lagi..
Dia da ada keluarga sendiri, our story was years back...
Kenapa dia nak contact contact untuk reminisce sejarah sejarah kisah saya dan dia?
I think dia bosan, wife gi keje... anak dah tidur gamaknya.. so dia boring..
Funny thing he said what we had was fun..
tapi he dumped me ok... ok not dumped but left without notice.. cem ala MIA gitu..

Then it came to my mind, dia bukan satu satu nya yang kata cem tu...
"What we had was great, you were great, sape yang dapat awak mesti bertuah gila"
Kamon la wei.. if that is so, why wouldnt you want to be that lucky man??

Then i wonder lagi, why my ex-es keep returning to me dengan harapan nak jadi kawan?
korang tak hengat ke korang dump ai dulu?

sangat sakit sebenarnya sebab my perangai..
when i love some, sampai bebila saya sayang.
dan it hurts so much sebab bila kita dah kawan dengan dia,
kita tak mampu nak ucapkan benda tu tanpa buat dia takut...


Tuesday, March 2, 2010

Survivor Si Kaki Panik

i took this from my other blog...
this happened somewhere in 2008...



Hahahahahahah biar aku gelak dulu sebelum korang gelak...
This happened yesterday, time aku nak balik dari opis ke Subang Mewah. Before that, let me brief you tentang what usually happens every time aku nak balik ke Subang Mewah after office hour.
Setiap hari aku akan jalan kaki dari opis aku kat building Sin Chew Daily, Jln Semangat tu sampai la ke PJ Hilton kat Federal Hi-way, tempat orang tunggu bus ramai ramai kat situ. Jauh sungguh sebenarnye dari opis aku nak ke PJ Hilton tu. Kalau naik kete 5 minit je tapi kalau jalan kaki, mau 30 - 40 minit. Tapi aku gagah jugak la sebab, nak naik bus ke PJ Hilton tu payah. Bus lambat so better aku jalan kaki je. Save RM1.00... Memang sikit je.. tapi ce kali RM1.00 dengan 20 hari, RM20 tu.. buleh makan kepsi dua kali tu... Kengkawan aku tau la, kalau ada peluang nak berjimat, aku memang tak pernah give that up.. even kalau buleh RM0.50 pon, aku takkan give it up..
Hari hari itu la rutin aku.. Officemates aku sume kagum dengan kecekalan aku jalan meredah traffic every day that derang suggest kan aku naik bus ke untuk ke Hilton tu. Sejak dari mula aku keje lagi derang dok kesian kat aku, tapi nak jalan kaki tu bukan masalah untuk aku, so aku ignore je la nasihat derang tu. tak penat pon jalan kaki tu cuma sometimes i do feel like sume ligamen ligamen aku kat betis makin loose dan tulang pelvis aku makin longgar.. heh heh heh....
Nak dijadikan cite, ntah macam mana petang semalam, aku rasa malas nak jalan mcm selalu. Pulak tu matahari petang terik giler. Elok pulak kawan aku bitau bus tak lalu lagi..aku pon tunggu la bus untuk ke Hilton tu.. About 15mins tunggu, bus pon sampai. Dengan muke bongkak nyer, aku byr bus fare and dok dendiam kat dalam bus yang ber-ekon tu. Sejuk je. Normally aku nervous bila buat something yang aku tak pernah buat, tapi this time aku konpiden gile ni. Sambil dok dalam bus tu, aku enjoy siaran transNet...i supposed itu channel TV untuk bus bus ni kot.
Sampai kat T-junction ujung Jalan Semangat tu, TETIBA bus tu kona kiri.. Nak ke Hilton kena kona kanan.. Ahh sudah.... menggelabah aku... Aku tak tau kat mana the nearest bus stop untuk tekan loceng.. Kelam kabot la aku wak kuar henpon tepon housemate aku. Die leh gelak kat aku time aku ngomel kat die... Terasa mcm jantung aku nak terputus dari urat urat nyer... Bulu roma aku kembang kingcup... Mata aku dah berair dah ni.. Bus tu tak de tanda tanda nak berenti pon.. Aku susah hati betol. Aku rasa budak perempuan sebelah aku mesti gelak dalam hati die tgk cemana aku menggelabah sorang sorang dalam bus tu...
Sekali jammed pulak... Shilakeee betol... bus pulak dok kat lane tgh, meaning, there was no way for it to stop any time soon. Aku pasrah sensorang kat atas bus tu. Dalam hati aku dok ngomel marah diri sendiri dah ni... Aku dok terfikir nak soh dreba bus tu drop aku kat tgh tgh traffic jammed tu je, biar aku jalan ke Hilton dari situ, biarpon dah jauh dah sebenarnyer jarak aku ngan T-junction tu. Tapi segan lee. Mesti orang dalam bus tu tgk aku cem orang penan masuk pekan je. Sesak napas jap aku kat dalam bus tu. Mata aku meliar je cari kot kot ada land mark yang aku kenal.. Harammmmmm tak de... So aku nekad, aku akan turun at the next stop and and then aku akan figure out sendiri la cemana nak get back to Hilton...
Sekali bus tu berenti kat Emkop Mall..right at the side of Fed Hiway.. Aku memula tak cam building Emkop Mall tu.. Tetiba aku rasa cem sume building kat situ tinggi tinggi dan aku ibarat kerengga je la kat situ. Suasana nyer lain bonar la berbanding dok dalam kete...memang aku tak cam. Memang aku tak pernah pay attention pon building ape yang ada kat luar kalau aku naik kete.. Padan muke aku...
Pastu aku tepon housemate aku lagi.. aku kata kat die, aku tak tau aku ada kat mana.. pastu die kata, kalau ko taktau ko ada kat mana, cemana aku nak amik ko ni? Ye tak ye jugak.. bengap nyer ctmunirah... tu la..dah panik... aku dok mundar mandir le kat sebelah fed hi way yang aku tak cam lagu tu... Pastu aku cari lagi kot kot ade land mark yang aku tau.. sekali aku ternampak Menara Axis.. hahahahaha.. aku tak sesat!!! Yay!!!..
Aku cakap kat housemate aku tak yah la amik aku sebab aku dah nampak Menara Axis. Hilton kat depan Menara Axis tu je. Tapi at that moment aku runsing kan cemana aku nak jalan kaki ke Hilton sebab itu federal hiway, beb... Mana nak cari pedestrian walk kat tgh tgh hiway.. Aku gasak jalan kat laluan motosikal dengan penuh ketakutan sebab motor datang belakang aku.. Laju laju pulak tu.. Mau nyer kena ragut.. Mampoih aku... Paling teruk, kena lenyek dengan bus ke.. lori ke... Naye je aku mati katak tgh tgh hi way tu...
Aku gagah kan jugakla jalan sepangjang fed hiway tu.. After 10 mins kot, aku sampai la depan Hilton. Heh heh heh.. perkara pertama yang aku cari sebaik saje sampai kat bus stop tu, korang tau ape? Aku cari if ada passengers dari bus yang aku naik tadi.. MALUUUUUUUUU.. huhuhuhuhu.. seb baik tak de...
Pastu aku teringat balik.. heh, kunun taknak penat..nak jimat masa... Makan masa lagi ada la... tapi aku tak hanging pon.. aku sengih je sorang sorang.. ngeh ngeh ngeh.. nak buat benda kelakar lagi.. After bus tu berenti kat Emkop Mall, bus tu berenti kat Stesen LRT Asia Jaya, which nearby Hilton tu je.. that's the stop yang aku patut turun.. muahahahahahahahaha.......buang masa dan duit betol...
Bodus.... Panik nye hal... dalam bus aku dok teringat je..betapa aku ni seorang survivor.. muahahah.. ikot instinct sendiri je nak buat apepe pon... cuma panik tak bertempat tu aku kena prektis kurang kan sikit.... Hahahah.. pastu dalam perjalanan nak ke apartment, bus aku tu lalu kat taxi stand depan Mydin Mall kat Subang Mewah tu.. aku nampak ade la sorang mamat melayu ni tertunggeng kat tingkap teksi sambil suar nyer menampakkan setgh dari alur muntut nyer.. wakakakak hi light of the day btol... Selepat je muntut nyer jadi tatapan rakyat jelata....
Gila seksi, setgh muntut tu... slek nyer orang tu gelap.. jadi gelap la pandangan mata aku sekejap... Eeee... tak pakai underwear... Yek yek.. Hilarious tol kalau dikenangkan....
kalau ada orang yang aku kenal tgk keadaan aku time aku panik tu, konfirm keras perut die gelakkan aku...Nak bok cemana, aku memang senang terkejut, senang panik... kat opis pon ada sekor mamat IT ni keje dok nyakat aku sebab die suke tgk aku terkejut.. Shilakee betol...
Anyhow, itu la cerita tentang survivor yang panik... Moral of story kat sini.. Jgn cepat panik...tapi jgn takot untuk jadi  berani..