Showing posts with label #ctmwashere. Show all posts
Showing posts with label #ctmwashere. Show all posts

Monday, September 21, 2015

Bangkok


Assalamualaikum,

Dari 16hb Septermber hingga 20hb September last week, my friend and I went to Bangkok for a vacation. Bila kami tanya kawan-kawan yang pernah ke Bangkok, they all said "Bangkok tu macam KL je, kenapa nak pegi sana?"

Actually kami pun tak tahu kenapa nak pegi sana. Tapi apa yang pasti, KL is KL and Bangkok is not KL. So, kami nak rasa macam mana perasaan ada di Bangkok. 3 times travelling to Singapore, buat kami rasa 'cukup cukup la kot admire Singapore. Apa kata tengok kota Bangkok pulak. Rasa teringin juga nak jelajah the northern side of Malaysia kan?

Pengembaraan kami di Bangkok pada asalnya dicadangkan :-
17/9/2015 : Bangkok City exploration
18/9/2015 : Northern Bangkok exploration (Mae Klong market / Floating Market River tour)
19/9/2015 : Kanchanaburi - The Death Railway train ride experience / Chatuchak Market

Tapi, ada yang tak kesampaian. Plan mana yang tak kesampaian tu?

Wednesday, August 19, 2015

Singapura : Day Trip (Aug 2015)

Pada suatu hari sedang bergosipping dengan Yeya, terasa rindu pada Universal Studios, Singapore.

So I asked "Yeya, jom pegi Singapore lagi.. Rindu la"


Dengan yeya ni seronoknya adalah dia akan tanya "bila???" dulu.. baru dia bagitahu dia ada bajet ke tidak nak berjalan.

So we made a plan in early July to travel in Mid Aug. Pulak tu Air Asia tetiba buat tambang murah.

So we booked a day trip to Singapore departing at 6.10 am from Malaysia dan from Singapore depart jam 8.05 mlm. Harga tiket RM132.00 return fare.. Gitu...




Misi kali ni memang nak pegi USS sahaja.. dan masuk USS tu misinya adalah memang nak naik roller coster sahaja...


Thursday, April 23, 2015

A Short Trip to Kuala Terengganu / Dungun

Assalamualaikum,

It has been a while since the last time I wrote about my travelog. Paling terakhir rasanya tentang my second visit to Singapore early January haritu. So, I was in desperate need of a short vacation to let off some steam, really.

As some of you might know, my job requires me to travel a lot. Merata ceruk dah pegi dari Kuantan ke Kota Tinggi, Johor. It is fun doing what I do, sebab I get paid to discover new places and seeing the variety of cultures of penduduk tempatan. Last weekend, I was in Kuantan. Kuantan is not a strange place to me, so tak de ape nak diceritakan sangat.

Since it was Friday, I thought it would be good idea untuk bercuti/pay my sister a visit in Dungun. And so, the impromptu plan was executed.

Perjalanan bermula dari Mahkamah Kuantan di Indera Mahkota melalui tol Jabor ke Dungun. I was earlier suggested to take the LPT2 tu Dungun tapi waze mencadangkan ikut Jalan Jabor - Jerangau would save around 30mins. So I followed Waze. Perjalanan bersendirian melalui felda kelapa sawit itu sangat la scary sebenarnya tapi seronok rasanya dapat mencabar diri macam tu. I started my journey around 4.30 and reached UiTM Bukit Besi dalam 5.30 (note that Jabor - Bukit Besi lagi dekat dari Jabor - Dungun).

Sesampai kat UiTM, my sister was excited to see me. Ye lah, berbulan tak jumpa kan?

I spent the night illegally in her dorm before we started the journey early to guess what, we decided esok paginya, to visit Kuala Terengganu. Taking the LPT2 from Bukit Besi to Kuala Terengganu cuma satu jam. Highway tak de kereta, takde tol (at moment this post is up), the journey was a breeze and we were loving it.

I have previously visited KT. Niat kali ni nak bawak sister berjalan-jalan so I took her to Pantai Batu Burok and initially thought later nak bawak dia ke Taman Tamadun Islam, tapi tersasar ke Muzium Negeri Kuala Terengganu. Semua perjalanan kami ni bergantung harap kat Waze semata-mata.

Pantai dan anak-beranak pakcik Jenal memang tak dapat dipisahkan biarpun ianya bukan pantai stok orang mandi manda dengan beach activities. We just love the beach. 



And then on the way nak pegi Taman Tamadun Islam, sister nampak Muzium Negeri and ada exhibition yang best tentang organ manusia. So we ditch nak pegi Taman Tamadun Islam and spent the morning in the museum. Unlike most people, kami sukakan muzium. I remember my date dengan boyfriend di Muzium Negara was hell sebab dia tak enjoy muzium langsung. Boring katanya. Dengan bayaran RM5.00 untuk seorang dewasa, I think it was worth of the entrance fee sebab ada organ exhibition tu. Kalau tak de, mungkin kami rasa macam tak best je kot. One thing for sure, the architecture of the museum memang terbaik! Sangat cantik. I didnt take any photos here at the Museum sebab tak rasa macam nak bergambar, hehe. Sebenarnya tak boleh ambil gambar kat exhibition ni tapi gambar baby cyclops ni macam menarik sangat, so bedal je lah. Semua barang-barang display ni 95% adalah real organs and real human tissue. So wajar sekali lah kalau korang ada kesempatan untuk pegi, pegi lah.




Kemudiannya kami, singgah di area Masjid Kristal untuk snacking di tepi sungai (which I am sorry, I dont know the name) before driving back to Dungun. 




Berpandukan Waze, kami melalui Jalan Kuala Terengganu - Dungun instead of Lebuhraya Pantai Timur 2 dan sepanjang perjalanan tu, kami lalu di persisiran pantai. Ya Allah seronoknya la dapat tinggal tepi pantai. Untung sangat sesiapa yang ada rumah kat situ. 

Dari KT ke Dungun took about 30 - 40 mins and I took the risk not to book any hotel. Gamble kan. Sesampai kat Dungun, kami cari Cool Blog. Haaa kenapa Cool Blog? Cool Blog ni special sebab Cool Blog ni bakal adik ipar punya. Actually I am a bit confused. Dia pangkat adik ipar sebab I am marrying his big brother tapi he is actually older than me. Saje pay them a surprise visit gitu. Memang surprise sungguh. Location kedai ni betul-betul depan gate besar Politeknik Dungun. Datang la jengah memana student Poli tu ye?



Misi seterusnya adalah mencari motel atau guest house. Yang ini macam agak horror sebab saja la tak buat booking sebab ingatkan off season, senang la nak dapat guest house untuk menginap. Ya Allah, tidak rupanya ya. Kebetulan uitm dah mula discharge students untuk cuti semester, jadi parents yang mana tak kerja hari ahad tu amik peluang bercuti di Dungun. Maka, hampir kesemua guest house atau Inn, fully vacated. Rasa macam nak menangis je. Kitorang call setiap iklan yang terpacak di tepi jalan tu bertanya bilik untuk dua orang when finally, ada jugak satu bilik yang baru sahaja kosong. Rejeki. Alhamdullilah. Satu malam RM60.00. Okay la untuk habuan tidur kan. Bilik pun ada balcony hadap laut. Sronot betul.


Kami check in dalam jam 4.30 petang dan rehat-rehat sekejap (sampai terlena rehatnya) dan pukul 6.30 petang kami pegi pantai lagi...

Lodging kami seberang jalan tu je



Ini gambar kasi edit sikit.. Muehehehehe

Waktu malam di Dungun sangat best. For a small town, I didn't expect it would be so meriah. Pekan dia hidup waktu malam. Malam tu kami keluar makan kat Marry Brown, pusing-pusing area pekan, shopping apepe yang patut and then tuck in early sebab esok I need to drive all the way to KL after dropping my sister kat UiTM Dungun for her debate tournament.

Perjalanan to KL via LPT2 took only 3.5 hour from Dungun. Rasa macam setiap minggu pun boleh pegi Dungun cem ni.

So, itulah dianya pengembaraan KL - Kuantan - Dungun versi lone ranger.

It was actually  my mission to drive my Myvi in KT. Sister asked "how is it significant to you having such ambition?". My answer is "I like to challenge myself that way" and berapa ramai perempuan kat luar sana yang boleh drive pusing pusing keliling pantai timur sorang-sorang cem ni? Ada tapi tak ramai. I take pride in being my own hero. Mom was proud, too. She was very surprised when sister and I called her from Dungun.

Next challenge, tak tahu lagi. So far belum ada ape-ape.

Until then, have a great week.

Byebye.






Tuesday, January 27, 2015

Singapore Zoo & S.E.A Aquarium, Sentosa Island

Assalamualaikum,

Sambungan dari kisah di USS, hari Ketiga yang juga merupakan hari terakhir, kami telah plan nak visit Singapore Zoo dan SEA Aquarium. 

Perjalanan kami bermula jam 7.30 pagi kalau tak salah. Dari Dickson Road ke Singapore Zoo jarak perjalanannya agak jauh. Dari awal lagi kami dah rancang untuk naik teksi ke Singapore Zoo. Singapore Zoo ni terletak di Northern Singapore Island. Lebih dekat dengan Johor. Kami dah kira kira dah tambang teksi yang bakal dikenakan. May be sekitar 30dolar per ride. Salah, ride kami pagi tu kalau tak salah laa.. dalam SGD10 dolar kot. Pakat-pakat la share bahagi-bahagi. Perjalanan dari Singapore City Centre ke Singapore Zoo mengambil masa lebih kurang 20 - 30 minit. So dalam jam 8.00 pagi kami dah sampai. Sampai-sampai je jumpa pulak KFC. KFC di Singapore certified Halal ya (Burger King jugak certified Halal). McD kami tak tahu sebab kami tak habis lagi boikot McD, so jeling pun tidak.

So sebelum masuk Zoo, kami breakfast KFC dulu...

Masa makan kami perasan banyak motor dan kereta registration Malaysia parking kat Zoo tu.. Oooo kat sini rupanya pakwe dan makwe JB deting ye...

Jam 9.00 pagi kami pun masuk la Zoo Singapore ni ha... Rasanya Zoo ni sangat besar. Kami ni, penat semalamnya tak hilang lagi. Nak berjalan tu macam malas sangat. Sudahnya kami jalan tengok dari luar je dan berpandukan map, kami jengah tempat-tempat binatang yang best je cem White Tiger, Polar Bear dan Kangaroo... Tapi kami tak jumpa Kangaroo pun. Ade ke tak de sebenarnya Kangaroo ni?


The infamous White Tiger yang dikatakan membaham keeper dia satu ketika dahulu. Alaaa video tu viral, korang tak tengok ke?

Polar Bear bandar, tak takut matahari. Siap berjemur lagi.

Miyau... chut chut chut.. Always a fan of feline. Encik bopren panggil binatang ni Liopat... 
Ikut ejaan sangat tau.. T___T

Singapore Zoo ni best sebenarnya kalau korang cukup tenaga dan memang kaki berjalan. Korang dinasihatkan tidak memakai heels atau wedges di dalam kawasan zoo ni sebab.. penat oiii.. Mana nak kontrol tonggek buntut.. mana nak meragas bukit.

Dalam 11.30 kami bajet nak tengok Sea Lion perform di Splash Amphitheater. Pastu bajet berani sangat duduk di Splash Zone. Memang kena Splash kau... The Sea Lion namanya.. ape ye namanya.. Stan Lee kot. Besar dan manja dan sangat genius. Performance dia lebih kurang 20 minit dan saaaaangat entertaining. Worth the wait. Nak order Sea Lion satu kat Ebay nak buat pet.

Habis je performance tu sifat malas semakin berleluasa dalam diri, kami pun naik tram terus sampai ke exit door. Bahahahahha... janji dapat tengok rimau singa dan binatang binatang rare, sudah..

Dari Singapore Zoo, kami gerak ke hotel kunun kunun nak berehat. Jam 1.30 ke 2.00 petang cemtu, kami beransur ke Sentosa Island lagi sekali untuk ke SEA Aquarium.

                            

Actually we had very high hopes masa nak masuk SEA Aquarium ni. Hakikatnya, aquarium ni tidak mengecewakan sebenarnya tapi dalam masa yang sama, kami tak rasa excited pun bila masuk. First and foremost, seperti mana yang diwarwarkan aquarium ni memang besar yang amat, sesuai dengan namanya the largest aquarium in the South East Asia. tapi pathway dia sempit sangat dan cermin kaca aquarium tu sangat tebal sampai pening kepala bila dok hadap.

this is not even the largest display there is. ada lagi yang memang besar.
Siapa pernah pergi 3D Imax theater. Haa cem tu la cermin kaca kat bahagian Deep Ocean.

Satu perkara yang paling I dreaded was baby strollers. I hated baby strollers and parents yang selfish gila bawak stroller letak handbag dan barang2 atas strollers. Dah la pathway tu sempit, stroller kau besau besar macam Rolls Royce sekor2. Annoying sangat sangat bila parents terkial kial nak adjust stroller kunun-kunun tak nak halang orang ramai. 

Satu benda yang best kat sini adalah dolphines. Biarpun sebenarnya dolphine tu sebuk entertain visitors di Dolphine Lagoon, it was a pleasure to see them perform biarpun nampak ekor derang je.

We spent around 1 hour and a half je dalam SEA Aquarium tu. Berbaloi ke bayar RM100.00? Errr errrr haa sendiri pikir sudahla kot kan? Tapi sekurang-kurangnya bila orang tanya, kira dah sampai la dalam SEA Aquarium. Kot kata nak datang balik... tak kot.. 

Next stop, Singapore self acclaimed Southernmost point of Continental Asia. Before arriving at this point, sempat jugak la I baca komen-komen berkenaan tempat ni. Ramai yang sangkal sebab Singapore and Sentosa itself is an island. It does not form part of Continental Asia sebenarnya. By right, Johor is the Southernmost point of Continental Asia. Even some Singaporeans pun claimed the same. 

Wikipedia says it is Johor's Tanjung Piai. Both tip appears dalam Google Maps. But I think yang Singapore punya ni more towards gimmick gitu. But it is debatable of course. Terpulanglah. 




When I was in Padang Indonesia, I missed the chance untuk berdiri betul-betul di garisan Khatulistiwa. That's would have been awesome kan to actually stand in the middle of the Earth hemisphere. Pegi Sabah, tak teringat nak include visiting the tip of Borneo. Haih.. I am sentimental like that. So this time, I want to visit la the Southernmost point of Continental Asia, bak kata Singapore Government.




Untuk sampai kat sini, tak susah. From Universal Studio, naik kembali Sentosa Express (tak perlu bayar) sampai ke Beach Station - stesen terakhir di sentosa island). When I first visited Universal Studio, I thought Sentosa Island ni ada USS je. Rupanya tidak. Sentosa Island ni memang stok tempat percutian yang memang best la. So from Beach Station, korang boleh naik free tram services to Palawan Beach. From Palawan Beach stop, korang menapak lah ke pantai sampai jumpa jambatan gantung ni. Menitilah jambatan gantung ni sampai korang jumpa signage ni....


But take note, Singapore ni tempat orang berdagang dan terkenal dengan perlabuhannya, so jangan la korang expect pantai dia bersih macam kat Redang nun! Nehi nehi. Tapi, view dia agak cantik untuk photoshoot. Dan rasanya tak de kot orang mandi kat sini, tapi mat saleh sun-bathing banyak sangat.

This, no filter what so ever.. Khidmat bantuan cahaya matahari jam 4 petang semata-mata. Sangat cantik okay..

Setelah kami sampai kat Sentosa Island ni, kami merancang untuk kembali ke Singapore. Next visit, untuk bercuti sepenuhnya di Sentosa Island pulak. Waw! Fulus Mania sangat.

Gitulah percutian kedua saye kat Singapore. Last sekali kami sempat jugak lah bergambar di Changi Airport. Airport yang dikatakan terbaik di Asia? Eh ye ke?


satu shot dalam flight.

dan finally, the items I bought in Singapore


May this trip inspires uols untuk pergi bercuti. So if anyone wish follow my 3D4N itinerary in Singapore, here goes. Of course you may improvise ikut keselesaan.





Monday, January 12, 2015

Universal Studio, Singapore (2014)

Assalamualaikum,

Jyeahhhh!!!

Walaupun kami pernah dah datang USS ni, keterujaan untuk melawat USS untuk kali memang rasanya melebih lebih dari yang first visit dulu. Firstly sebab kami dah master tentang selok belok dalam USS ni, Secondly sebab kali ni kami datang dengan Paan. Paan had been wanting to visit USS sejak sekian lama and was afraid untuk suarakan pada kami sebab kami dah pernah pi dulu. Bila kami ajak Paan untuk celebrate new year di Singapore, dia tak fikir panjang, terus "Naaaakkkk" jawapan dia.

Our day started at 7.00 am di mana kami dari Dickson Road board MRT Bugis, alighted kat MRT Habourfront (station dalam Vivocity Mall) dan dari Vivocity, naik ke tingkat 3, board Sentosa Express. Moving about in Singapore senang sangat. Dah boleh buat macam rumah sendiri. Kami sampai di USS sekitar jam 9.00 pagi. Park opens at 10.00.. penat jugak la tunggu biarpun dah camwhore kat globe ni berulang-ulang kali.



So, tanggal 02.01.2015, kami bawak paan jalan-jalan kat USS. Kami aimed nak naik dua rides je yakni Transformers and The Revenge of The Mummy. Yang lain tu kami rasa tak naik pun tak pe lah. So unlike last visit where we purchase the Express Pass, kali ni kami tak purchase express pass. Jimat 30 dollar.

I have nothing to add to this post with regards to the rides and all. You guys can read it here. Cumanya uptodate, Battlestar Gallatica masih belum dibuka untuk hiburan awam. Tapi, during my visit, I noticed that mereka "test drive" rides ni berulang ulang kali, I supposed somewhere in mid 2015 mesti derang akan bukak ride ni.




Also I noticed the USS is expanding. Akan ada attraction baru bersebelahan dengan far far away. Attraction ni bertemakan "Jack & the Bean Stalks" and the rides would be roller coaster. I hope ianya high speed ride. Now, sebab ada new attraction coming soon, dalam kepala mula la buat kira kira nak datang lagi sometime next year atau bila Jack & the Bean Stalks tu dah siap.

Now, since takde benda nak ngomel sangat, please enjoy our photos. Ahaks










Bab makan dalam USS ni, I don't know if sebelum ni dah ada tanda-tanda halal di restaurants dalam USS ni tapi sepanjang visit kami haritu, kami perasan retoren di kawasan "Mummy" (Arabic food) ada logo halal, restoren di "Hollywood" (burgers and grill) ada logo halal and last time kami tahu Friar's (restoren di Far Far Away) tu halal (melalui pembacaan blogs). Di sekitar USS ada carts jual corndogs.. Ya Allah mengujakan sangat tengok ketul2 corndogs tu. Tapi bila kami tanya, penjual tu pun tak dapat sahkan halal ke tak, so kami taknak la ambil risiko.

Apa yang berbeza this visit dengan previous visit adalah decoration dalam theme park ni. Memandangkan Christmas baru je berlalu, masa kami visit, tema Christmas tu ada lagi, menjadikan USS ni lagi cantik. Setiap jam ada snow flakes (which actually is foam) turun dari atas. Budak-budak termasuk kami kemain sronot main main tangkap salji kununnya.



Teruja tau. Seronok sebab datang dengan kawan-kawan dan duit sendiri. Puas rasa di hati. So this second day, kami dedicated khas untuk USS, kami tak ke mana dah malam tu. Sebab nak simpan tenaga, esok nak pegi Singapore Zoo dan SEA Aquarium pulak...


Yeayyy!!!

Singapore : Shopping Galore @ Lucky Plaza & Visiting Merlion Park

Assalamualaikum, 

Kami tiba di Changi Airport, Singapore sekitar jam 10.00 pagi. Kemudian kami beransur ke Hotel 81, Dickson Road via MRT. Di sini kami tersalah buat percaturan, by right we could have just alighted di Bugis Station tapi kami turun di Little India sebab address Hotel 81, Dickson tu terletak di Little India. So berpusing-pusing di dalam kawasan Little India tu cari Dickson Road yang sebenarnya sangat la senang kalau dari Bugis Station.

We checked in at 12.30 and then left our bags and went out for lunch. Kami sangat kelaparan dan kami tak de mood nak cari kedai yang jauh jauh. Jadi, kami pergi warung (yang sedih sangat, sebab warung ni tak cantik langsung) Indonesia dan makan. Seperti biasalah, makan di Singapura ni sebaik-baiknya jangan convert ke Ringgit Malaysia dalam kepala. So takyah lah cerita harga lunch kami. Murah je (kalau dalam SGD)

Lepas makan, jam 2 petang kami pun freshen up dan bergerak ke Orchard Road untuk ke Lucky Plaza. Kami visited Lucky Plaza ni during our last visit. Kalau nak dibandingkan harga perfume, I feel that Lucky Plaza punya prices lebih competitive dari Mustafa Centre dan Lucky Plaza ada perfume yang baru-baru dan banyak pilihan miniatures. So kami pun memborongla perfume idaman. Tapi malang sekali memandangkan time tu after Christmas, banyak pulak miniature sets yang dah habis dan kedai tak sempat nak restock. Jadinya kami beli je la apa yang ada.





Kemudian kami menuju ke ION Orchard di seberang jalan. Now this is the mall yang standard Pavillion, Bukit Bintang lah kalau nak dibandingkan. Merchants dia include LV, Salvatore Ferragamo, Tony Burch and some other high end brands yang I didnt even know existed. Kat sini ada hiasan tema Krismas yang cantik-cantik. Jadi kami pun bergambarla, you know, being typical Asian tourists. Kemudian kami jalan-jalan dalam ION Orchard tu dan terlepak pulak kat Starbucks. Kat Malaysia Starbucks punya prices belas belas ringgit, itu tak masuk tax lagi. Kat Singapore, Starbucks dia tak sampai belas belas dolar pun dan harga displayed dan masuk GST. Sempoi tau. Tetiba rasa murahnya Green Tea Latte kau. Dalam SGD7.00 cemtu. Convert ke RM jadi la RM18.41. Memang rege dia la cuma mainan mata tu sangat mempengaruhi financial judgment.

Dari Orchard Road, kami seterusnya planned nak visit Merlion Park dan bergambar dengan hotel pasir (bak kata Yeya) which was the Marina Bay Sand. From Orchard, we took the MRT to Raffles Place and walked passed Fullterton One to reach to Merlion Park. Singapore di waktu malam sangat la cantik. Cahaya lampu on building makes the city looks so prestigious dan expensive.


this hotel reminds me a lot of Dewan Bandaraya Ipoh


We all went "Daym macam space ship laaaa"


Kami pun bergambarlah berlatar belakang Marina Bay Sands, kemudian pasang cita-cita satu hari nanti kami nak menginap di hotel ni dan mandi mandi di Infitiny Pool kat puncak Marina Bay Sands ni.



So, jam telah pun menunjukkan pukul 9,30 malam dan kami sangat la keletihan. Nak ulang balik masuk Fullerton One untuk ke MRT Raffles Place memang stok tak larat dah. So kami decided nak naik teksi (and experience Singapore dari dalam kereta pulak). Seronoknya naik teksi di Singapore adalah semua teksinya kereta elok-elok belaka. Maksud elok tu cantik, baru dan kemas. Banding dengan teksi Malaysia, ada yang seat koyak rabak, dengan bau hapaknya... 3rd world country sangat.. Okay, tak de kaitan. Kami dapat merasa tengok City Centre dan Singapore di waktu malam sangat waw!! I love it.



Sampai depan hotel, tengok meter. 7dollar somthing je sekali ada surcharges peak hours la ape la.. naik ke 11 dolar. Kalau nak ikut rate dan jarak perjalanan sebenarnya charges tu murah sangat. Tapi sebab gatai pi convert, maka rasa macam omg!! Banding teksi Malaysia, pakai meter ke tak pakai meter ke, still ke bayo berpuluh untuk jarak macam Sunway Pyramid ke Paradigm Mall tu.. RM20.00 kau dia kapak aku.. Jilaka betui.


So that was the story for the untuk hari pertama kami di Singapore. Esoknya kami pegi melawat Abg Prime dekat USS (for the second time).. Sronotnye.... Before I proceed, I wish to share with you guys keadaan Orchard Road at night. Yes we visited Orchard Road again on the third day sebab nak shopping yang mana mana yang terpendam.

Enjoice!

setiap hari Sabtu pertama setiap bulan, jalan ni ditutup dari jam 6 petang sampai 11 mlam bagi membenarkan orang ramai berpesta. Berpesta la korang sampai pengsan.


See you at the next entry



Monday, January 5, 2015

Kos 4 Hari 3 Malam Di Singapore

Assalamualaikum dear readers.

Happy New Year dan Salam Maulidur Rasul. Harap-harap tidak terlewatlah hendaknya ya.

Sukalah sekiranya saya memulakan cerita tentang my latest vacation in, well... Singapore. Yea yea yea. Singapore, again. What can I say? I love the country and the transportation system which make moving from one place to another is a breeze. Planned in September 2014 and executed in January 2015, with Yeya dan Paan.

Berbeza dari trip yang sebelumnya di mana kami tak merasa kehidupan malam di Singapure, this time we decided to spend nights in Singapore. Bab pengangkutan dan pernerbangan diuruskan oleh yours truly. Bila difikirkan semula, memang yours truly-lah buat semuanya.

Perkara pertama yang kami buat tentulah book tiket kapal terbang dan tentunya pilihan kami adalah AirAsia. Kemudian kami rancang jadual percutian selama 3 hari dari mula sampai di Singapura hinggalah hari ketiga (sebab hari keempat kami berangkat pulang ke KL dah). Later, kami pilih hotel mana kami nak spend our nights. We chose Hotel 81, Dickson Road, Little India. While it is located in Little India, it is closer to MRT Bugis Station. So, we booked the hotel through booking.com. RATE HOTEL kami dari 1 Jan 2015 ke 4 Jan 2015 adalah SGD413.78 tidak termasuk tax. We paid approximately RM1,100.00 for the room. Okay lah sehari RM92.00/seorang. Tapi ketika check in, kami sorang sorang kena bayar SGD20.00 untuk tax kot. Itu cem agak horryfing sebab sifat typical Malaysia masih ada dalam hati. SGD20.00 sama dengan RM51.40 kot. Banyak tu.

We made a pack only to convert SGD500.00 to spend in Singapore dan penggunaan kad kredit tidak dibenarkan sama sekali supaya tidak ada perasaan dengki mendengki kelak. SGD500.00 pada ketika ini sekitar RM1,315.00 - RM1,320.00. SGD500.00 merangkumi shopping, makan dan transportation serta termasuk tickets ke USS dan Zoo Singapore yang kami decided nak beli di Changi Airport.

And then, we slowly began planning the itinerary for three days in Singapore. Universal Studio adalah tempat wajib, and then the S.E.A Aquarium and Singapore Zoo. Dan yang mana kami rasa boleh purchase online atau before hand, kami beli dulu siap-siap. Penting untuk purchase everything online dari beratur panjang di kaunter masuk. Here are the list of tickets fare untuk rujukan kalian. Boleh tengok beza, kalau beli online dan beli di kaunter.


Nampak kan perbezaannya? RM40.00 tu banyak tu. Boleh makan 2 hari.

So sebelum I continue further let me show you how much we spent spending 4 days and 3 nights in Singapore. Less than RM2,000.00. Berbanding dengan trip yang sebelumnya, I am pretty satisfied dengan perbelanjaan kali ni. I managed to buy everything I wanted tanpa rasa panas kat my purse dan siap ada balance SGD60.00 untuk di bawa pulang ke Malaysia.


Who says spending nights in Singapore akan burn your pocket? Now, with that, let us move on to the next post where I tell you about my second visit to USS and my first visit to SEA Aquarium & Singapore Zoo.