Wednesday, October 23, 2013

Visiting JB - Singapore : Day 3 - Universal Studios, Singapore


Hari yang dinanti-nanti telah tiba!! Yehawwww!! Universal Studios, baybeee...which obviously needs no introduction. So, I will skip la bercerita tentang keluasan, lebar, ukur lilit tempat ni hokey?

Our day started very early, sebab blow rambut takes time oke.. Nak flat iron lagi. #eh?

By 7.30 am kitorang kena tunggu di lobby Tune Hotel tu untuk naik paid shuttle provided by Odyssey Service untuk ke Sentosa Island. Tiket kami dah collect the night before. Breakfast pulak kitorang beli kat 7E sebelah office Odyssey tu je. So tak de masalah di situ. Tot tet tot tet.. All checked, kami pun naik bus dan melayari perjalanan ke Sentosa Island.

Sistem di checkpoint sama jugak la macam sebelumnya, cuma this time bus Odyssey tu akan tunggu sampai semua penumpang naik sebelum meninggalkan checkpoints. Unlike bus Causeway Link the day before, once dia turunkan kita di checkpoint Woodlands, dia akan drive away and we have to wait for another bus. Berbekalkan tiket yang ada tu la, dia akan let us take the bus. Tiada tiket no naik bus.

Perjalanan from Woodlands checkpoint to Sentosa Island took about 1 hour. Bajet2 boleh tidur la sebab bangun pagi2 kot. Sekali sangkaan ku meleset sama sekali. Dalam bus tu ada bebudak. Kebetulan ada dua adik beradik lelaki belakang seat kami. Ya Tuhanku, sepanjang sejam tu, aku rasa dia dengan abang dia dok cari lori Scania kot. The younger brother would be like "Abang, itu lori Scania.. sini banyak pakai lori Scania kan?".. and they would sebut satu satu jenama lori yang ada... NON-STOP! Azabnya Ya Ampun!!!!!!!

We reached Sentosa Island around 9.30am. Universal Studios (USS) opens at 10.00 am. Ada setengah jam. Tayah beratur beli tiket dah sebab dah ada printed ticket kan? Ape lagi camwhoring la depan globe Universal Studios tu sambil tangan melambai2 kepada mereka2 yang beratur membeli tiket. Dah puas bergambar, 15 mins before the gate opened, orang ramai dah beratur nak masuk. Kami pun beratur la jugak. Tapi hang on, we got the express pass, takkan nak kena beratur dengan rakyat2 marhaen ni jugak kot? So i asked the lady kat counter tu, yang ada express pass nak kena beratur kat mana. Dia kata kat tepi.. wahh the line is very the short. Maka, kami pun dengan riaknya berjalan ke kawasan pemegang express pass sambil pemegang tiket biasa memandang dengan penuh perasaan blur. Nak nak yang naik bus sekali tadi. Ada yang teragak-agak nak ikut sekali hahaha keji tak perangai? Keji kan. That's how the express pass affects you.

ini namanya "tension". Ate aku ni nak bergambar dengan globe, kome tercangak kat situ, 
bikin wa punya hati banyak panas!

finally you and me.....alone... ahaks


Okeylah moving on. Tak masuk pun lagi tapi karangannya dah lapanblas mukasurat.

Masuk je dalam USS, we were amazed. Kawasannya cantek. Perapian yang begitu teliti memang menambat hati sesiapa sahaja. Hello kawasan cantek... kenapa kau biarkan camera kau dalam beg?? Snap away, bak kata omputih..

masuk ke dalam sikit, ini lah pemandangannye.... 

eh... abang prime.. kita sedondon la.. adakah ini jodoh?

Kengkawan mana yang tahu I was going to USS terus menasihati untuk jangan miss naik Transformers ride. Ada yang ralat sebab masa pegi ride ni tak bukak lagi. Ada yang dah sampai depan pintu masuk tapi tak sampai hati nak beratur panjang. So, sementara orang tak ramai lagi, kami serbu ride ni dulu. It took less than 5 mins for us to ride tanpa menggunakan express pass. Just beratur macam rakyat marhaen. Yeya, acah2 takut sebelum naik. Dah ready nak keluar pulak tu sebab takut ride ni horror. 

Transformer ride; the verdict:
Awesome, gila babs, best nak mams! It is not a roller coster ride, eventhough it felt like one. It is like you are on a mission to save the non other than the All Spark bersama-sama dengan Prime dan all the other Autobots are backing you up. So, you will fly, you will crash into buildings, you will fall tapi semua tu hanya dalam satu bilik, one evac (basically kereta utk roller coster tu) dan 3D huge screens yang makes it feel so fuckken real. Nak nak time jatuh bangunan, sebbek tak terkeluar anak tekak menjerit. Bajet2 mcm jatuh betul lah kan.. Kendian, Bumblebee saved us.. Yeya yang memula thought ride tu akan jadi horrifying gila terus kata "Munnnn.. we must ride this again, later sebelum balik".... And yes, we did... dengan menggunakan express pass (cue muka berlagak keji terhadap mereka2 yang kena beratur berjam jam).

Next, kami keluar dari kawasan robot2 dan kendian ke kawasan Mummy - Mummy. Alahai tak ingat pulak namanya tempat ni tapi ianya selepas kawasan robot-robot tu la.

cantik kan????

cantek-cantek kaaannn?? ini adalah entrance untuk this Mummy ride. 
Nampak tak kat belakang tu ada 3 lane? Satu untuk rakyat marhaen (hahaha),
satu untuk express pass holders, satu untuk season pass holders.

The Mummy Ride; the verdict :
Best gila babs nak mams, jugak! Tapi one notch lower dari Transformer but worth the wait (pada mereka yang tanak beli express pass). This is pure in door roller coster ride tapi memang super speedy dan dalam gelap with attractions kiri kanan. Expect mummies untuk melompat untuk terkejutkan uols and scare the shit out of you and kesan gua terbakar in which you will feel the heat (insaf rasa mcm dalam jahanam, serius tak tipu). This ride, I rode it twice. Sebab best. First ride tak guna express pass. Second ride, in which Yeya joined, guna express pass.

Next, the Jurassic Park.

that baby dinasour is fricking alive. Very responsive macam little puppies.
Visit my instagram for short video

Here, ada two rides yang attracted kitorang. Satu sorf of roller coster where we sit and our feet hanging macam buaian terbang tu. That was nice. High speed. Not suitable untuk para gayat-ans. Yeya adalah spesis yang gayat hahah.. tapi dia naik jugak. Cayalah yeya! And then, rapid boat ride which we saved for last sebab kitorang mungkin akan basah, which we were! This ride is a must. Since we were saving this ride for last, when we returned for the ride, the approx waiting time was 80mins. Haaa gila tak? Express pass.. bling bling bling! Manyak syiok ini express pass.. Express pass ni uols blh jugak purchase dalam USS ni dengan harga SG$50.00 (limited : hanya blh guna sekali untuk per ride, subsequent ride kome kena beratur) dan SG$80.00 (unlimited : maknanya, korang tak payah beratur untuk subsequent ride). Mahai kan?? Convert la kalau rajin.. kbai. So better la beli terus before masuk USS ni.

Kemudian kami ke Far Far Away kingdom. Wah di sini cantek. Very Shrek gittew but the rides and attractions here were not for me. More kepada kanak-kanak, sesuai sangat la dengan konsep. Tapi orang dewasa redah juge. Hak hak hak hak.. Ada few attractions we missed here sebab rasa mcm "Alaaa genting pun ada" hewhewhew. We had our lunch here kat fast food restaurant, nama Friar's kot. Halal. Jangan dibimbangkan. Friar's ni ala ala KFC McD la senang cite. Harga pun kalau ikut rate Singaporean, murah je.. Macam harga KFC je. Satu meal dalam SG$10 - SG$12, tapi kalau korang convert, memang selamanya la takkan makan, sekian. I saved on drinks. I brought my own water and refilled kat dalam USS tu sebab ada byk drinking water dispenser. A bottle of 450ml mineral water costs SG$2.80. Sanggup kau?




And then, we came to my favourite theme! Madagascar!
This theme is soooooooo.... colorful. Memang best sangat sangat. Tapi rides dia kurang best. Untuk kekanak sesuai la kot. Cem aku yang adrenaline junkie ni, kureng la! It is not worth the wait tapi sebab dah ada express pass, guna je la kan. Kemudiannnnn, ada meet and greet dengan characters! Arghhh suke!! Nak peluk peluk dengan Melman. Tapi Melman xde. I is sad! Yang penting dapat la peluk2. I love them all!




more photos of me with Gloria, the Penguins and King Julien on my Instagram

Madagascar was the last stop of the park and then we circled around the park again, this time for photos/cam-whoring sessions. We were back at Sesame Street and kemudian ada street show. Ada Bigbird, my childhood hero. Tapi diorang sebuk cuit cuit budak2 kecik. I told Yeya, cuit bebudak tu buat ape tah, Bukan deme keney pun siapa Bigbird. We are the Sesame Street generations. Deme patut cuit2 kita. #Eh?




Yes, USS ni kecik je tapi perincian dan shows and rides they put up together membuatkan masa kita cukup digunakan di sini. It was worthy. 

There are other few attractions that I didn't share with you here but with the express pass, we managed to experience all of it which is why I would strongly suggest you guys get it kalau ada intention nak visit USS. It saves a lot of time ketika nak naik rides and you will have ample time to enjoy the street performance, attend every meet and greet session with the characters and attend theatrical shows. Tanpa express pass, you will be wasting time untuk beratur berjam-jam and miss other fun stuff arranged. 

That, takes us to our last attraction / show we enjoyed before bidding goodbye to USS, The Monster Rock show (Edisi Haloween)



Setelah penat berjalan, sedap juga bila finally dapat duduk dalam kawasan selesa beraircond kan tak? So choosing this as the last show to enjoy was not a mistake. It is a 20minutes sketsa musical performance of monsters (Frankenstien's monster, mummy, the jackel, etc) singing lagu lagu popular. They closed with lagu Thriller, gila kau tak rasa mcm nak berdiri dan join them dancing ala ala 13 going on 30  . Memang syiok habis!! I loved this! Ini rasanya kat Genting tak de ni! Hahahaha.... All of this are free.

And then last shopping kat USS Merchandise Store, 7.30 pm tunggu shuttle yang pagi tadi tu dan tidur dalam bus. Seharian ni rasa macam worthy sangat. Memang duit habis byk la untuk tiket entrance tapi bukan setiap tahun kau nak datang USS ni kan? So, nak datang nak enjoy, buat cara nak enjoy all in, pehtu blh pegi plan nak gi tempat lain pulak.

As for me, I might come again sebab nak bawak my sis, dan nak borong official merchandise die. I only bought two shirts, satu untuk encik boipren, satu for me tapi my sister nak.. so bagi la kat dia tshirt cookie monster yang comel gila tu. Official merchandise memang sangat banyak, sebab dia ada themes kan? Ada themed merchandise, ada yang USS merchandise, so memang byk. Next trip, bawak travellers cheque. Eh?

And to those yang tanya kenapa tak de cerita tentang Battlestar Galactica (oke taktahu nak eja) ride tu. Yang Human and Cyclon roller coster tu. Ceritanya haritu ride tu tutup sebab ada masalah teknikel.. Bagus, semua orang yg datang haritu tak dapat naik. So aku tak ralat sangat.

aku rasa ini Court House kat New York. Aku rasa la.. 
Atau Natianal Library, atau the Mets, tempat Blaire Gossip Girl selalu lepak tu
Aku rasa laaa!!! Macam bebetui je kan?

5th Ave, shopping haven for New Yorkers

So begitu la ceritanya tentang my trip to JB - Singapore. Day 4 tayah cite la kot sebab it consists of us taking a taxi to Senai Airport to LCCT je. Keseluruhan, I can say I spent sekitar RM1,500.00 or slightly more for flights, hotel, makan, USS, MRT pass dan untuk shopping. I must say, not enough. Nak nak kat USS, semua benda cute cute cute belaka that you will be tempted to purchase something that you wont even need. Mujur my will kuat gila, so purchase tshirt sebab tshirt memang pakai kan? Kalau beli tumbler kepala Bumblebee tu nak buat ape? Kau nak bawak gi opis benda alah tu? Hahah tak de maknanya. Dah la mahai! As I said, pricesnya kalau ikut rate Singaporean, tak de la mahal mana pun. Tshirt, they sell it at SG$29.90. Mugs : SG$20.00 for two. Tapi bila dah convert tu yang tetiba kita nampak mahal gila tu. Tips yang mungkin blh dipakai is that, decide berapa banyak uols nak spent di sana (singapore) and tukar wang and spend it all. Jangan gatai nak convert2 dengan RM dalam kepala.. sudahnya apa pun tak blh beli.

So, okey! May that gives you brief idea how USS look like.  USS ni kecik tapi perincian memang gempak. Tiada tandingan nye. Kitorang pusing USS tu 3 kali. Kecik je pun kan?

Happy travelling.
Got questions, sila la tanya! Sekian!

More photos on my Instagram


Image

No comments: