Wednesday, October 23, 2013

Visiting JB - Singapore : Day 2 (Sight-seeing/Mini Shopping)

Second day started quite early for us. Dan it was our plan to do a little sight seeing di Singapore. Sebab tak drive to JB maka kitorang ambil bas je untuk ke Singapore. Maka, we took a hotel to JB Sentral. Nak ambil teksi di Tune Hotel agak susah. Kena mintak receptionist call. Tapiiiiii.... thank God I downloaded this app called "MyTeksi". Senang gila nak guna dan sangat efisyen. It is an app allowing us to book a taxi dan it tells if ada driver nak bawak kita, no teksi, estimate fare yang mungkin kita kena bayar dan location teksi tatkala teksi tu menuju ke aras kita. It took less than one minute untuk teksi tu sampai ke kitorang lepas booking berjaya. Kalau uols jenis yang suka naik teksi, sila la download app ni.



Bus ride from Woodland Checkpoint into the City Centre amik masa dalam setgh jam gitu. Sempat la nak tidur dalam bus tu kan. First time kat checkpoint to tercangak jugak la taktahu nak buat ape. Dengan bantuan polis polis airport, mudah urusan segalanya. Aku idok la tahu ngape bajet bajet masuk Singapore, aku rasa macam Singporean tak faham BM. Berabuk la dok skipping London. Pehtu Yeya la kata kabo yang deme tu cakap je BM. Tengok Aaron Aziz udah. Lepeh tu berabuk la skipping BM. Senang kehidupan.

Citenya dah sampai kat CityCentre tu, kitorang pun berkeliaran la cari MRT. Atenye teman idok la nampak train MRT sekitar city centre tu. Udoh ke mana train nye... Kalau ada train, senang jugak nak mencari stesen nye. Maka kami pun merewang-rewang la di area tu before learning that we were in Bugis Mall. Ahaks. Ate shopping complex kan tempat universal. Semuanya ada. Ahaks. There should be a station here, lantas hati bergerak2... #eh? Berdasarkan study few nights before, kat area Bugis ni ada MRT station. Pusing pusing pusing dalam Bugis Mall, eh eh Sephora... Tengok! Sekejap je perhatian hilang. Masuk la dalam Sephora sat. Macam la KL xde Sephora kan?? 

Mujur la tak beli apepe. Pusing-pusing lagi lantas kitorang amik keputusan untuk tanya je sape sape mana stesen MRT. Deme kat bawah. Bawah mana la pulakkkk... Pusing2 lagi. Baru la terjumpa. Sesampai di MRT station we all macam "Wahhhhhhhh... suke".. tetiba! Kitorang pun beratur kekunun nak beli tiket. Eh memang nak beli tiket pun. Pehtu ternampak pulak "tourist pass" dengan harga SG$10.00. Sebab memang plan nak sight-seeing, kami pun purchase la pass tu dengan value card SG$10.00 dan deposit SG$10.00. SG$20.00 la semua. (oke jangan convert, bye). Dah dapat pass, kami pun hip-hopping la sekitar Singapore tanpa rasa bersalah. Kalau salah tempat pun kitorang mcm tak kisah, sebab pass tu mcm tak de limit. Kak ton shuke shangat... So misi seterusnya, Mustafa Centre, stesen Farrer Park. Stesen MRT derang sangat la efisyen. Ada map, dan banyak signage. Kebarangkalian nak sesat tu macam agak kurang. So, sebab ada phone canggih dengan skrin beso, maka kitorang snap MRT/LRT Routes untuk kemudahan. Citenya system MRT/LRT ni underground semuanya, sebab tu tak nampak masa kat Bugis Mall tadi. Dan connecting train semua di dalam satu station. Tak macam kat KL tu. Kalau nak tukar stesen, kena menapak keluar dari building la.. ape la... (ehem.. monorel, please take note oke.. tp rasanya dah ada connecting bridge dr KLsentral kan skrg? whatevs).

Turun2 kat Stesen Farrer Park, sekali hujannnn.. Maka we went into an Indian Restaurant dan melantak, dan kemudiannya menapak selow selow ke Mustafa Centre. Area sini, mcm Little India..memang Little India pun namanya. Sangat banyak seni bina Indian dan Indians. Bajet bajet macam brickfields gittew.

Jadinya, sesampai sahaja kat Mustafa Centre, ape lagi menggila lah kan... terus ke perfume aisle. Agak murah perfume yang dijual dan based on my readings, perfume kat Mustafa Centre semua original. Tiada yang fake. Price range are from SG$29.00 - SG$99.00. I bought the perfume that I have been eyeing since forever YSL Parisienne for SG$72.00. Lama jugak kat Mustafa Centre membelek perfume.



Kemudian kitorang naik MRT untuk ke Harbourfront. Kitorang taktahu pun tempat ni tempat apa.. Nama macam menarik je, so selamba je la pegi. Sekali rupanya kawasan perlabuhan dan shopping mall yang sangat best, Vivocity. Keluar je ke belakang Vivocity tu ada kapal besar Star Cruise Virgo sedang berlabuh.. Mak excited nookss tengok kapal besar macam bangunan. Di sini juga lah ada perkhidmatan MRT dan cable car untuk ke Sentosa Island. Harganya idak la teman nengok sebab memang esok nya nak ke USS naik shuttle. Sekadar melawat kawasan je la kat area stesen cable car tu.

Nampak tak kat bawah ni, ada gondol gondol cable car.


maxi dress : forever 21, RM69.00


Kendian masa nak balik terlalu pulak kat exhibition hall dalam Vivocity, sekali ada hair care sale. Arghhhh.... ini unexpentant purchase ni. (Ya Allah, tabahkan hatiku). Rugi kalau tak beli sebab memang guna. Dan prices nye memang sangat murah beza RM30.00 - RM40.00 jugak la.. So, i purchase la the items tanpa rasa bersalah.


Lepas menuai kat Vivocity, kitorang ke Orchard Road. Dan sungguh kitorang tak sangka Orchard Road sangat-sangat la bizi dan padat dengan manusia. Imagine Bukit Bintang tapi 345% lebih jam packed dengan manusia. There is a huge shopping mall seakan-akan Pavilion dengan barangan mewah dan the other side tu Plaza mcm imbi plaza dan Lot 10. We went to Lucky Plaza untuk borong buah tangan. I bought fridge magnets as per picture above and Yeya bought few shirt and magnet and keychains kot. Dalam pada Yeya dok memilih, aku dah terduduk kat tangga kedai tu mcm nyonya jual sayo kat Siam.

Jam dah tunjuk pukul 5.00 petang and kitorang penat sangat. Bajet nak ke Geylang, kunun.. tak de maknanya.. More places we go, makna more money spent. Esok nak belanja ape kat USS kan? Maka, kitorang pun beransur la nak balik ke JB, naik MRT ke Woodlands and then amik bus ke Woodlands checkpoint to JB Checkpoint. Di sini, kami return balik tourist pass for our SG$10.00 refund. Dan amik teksi untuk balik ke Tune Hotel. Memang sangat lemau sight seeing/shopping kat Singapore but it was so much fun!  I want to do it again.

Next entry : Universal Studios, baybeeeee.... 


Image

No comments: