Wednesday, October 16, 2013

Visiting JB - Singapore

Yellops!!

Nak dijadikan cerita elok lepas Aidilfitri hari tu, Yeya and I tetiba merancang nak ke Universal Studios, Singapore. Kami ni stok memang addicted to "travelling". From one spot to another main taram je buat plan. Tiada detailed plan, just plan gitu-gitu je. Masa perancangan ni dibuat, kami tak pergi Penang pun lagi. Penang masa tu tengah tunggu untuk dilunaskan je.

Perkara pertama yang kami jenguk was website AirAsia lah untuk dapatkan tiket murah. Dekat dua minggu jugak kitorang hold nak beli ke tak tiket sebab I was having doubts untuk apply cuti hari Isnin (14/10/2013). Takut cuti tak dapat, dah terbazir tiket flight. Tapi tiba suatu hari tu, AirAsia buat lawak dengan menawarkan tiket JB - KL : RM39.00 all inclusive. While tiket KL - JB priced at RM96.00 all inclusice. Terus lupa daratan yang awak tu tak apply cuti dan purchase return flight KL - JB from 12/10 - 15/10. So now, flight tiketnya dah ada. Hotelnya pulak tak ada.

We opted for the cheapest hotel in JB iaitu Tune Hotels. Setelah perbincangan dibuat, kami pun book la Tune Hotels dengan bayaran RM222.00 kot for 3 nights dengan 24 hours air-conditioning service. Itu sangat la murah dan sebab amount tu dibahagiakan kepada dua, terus jadi lagi murah. Hewhewhew.

Kemudian, kami tanyala rakan-rakan tentang pembelian tiket untuk masuk ke USS and tiba kat sorang kawan ni dia cadangkan beli dari seorang agent ni sebab boleh dapat murah sikit berbanding beli online from Resort World Sentosa punya website. So, I contacted the person and she emailed me her quotation menambat hati kami, that was : RM235.00/person untuk admission tix ke USS + Express Pass + Return shuttle Tune Hotels - USS. We agreed and made payment seminggu sebelum ke JB dan we got the tickets 2 days before our tarikh nak masuk ke USS tu.

Isu seterusnya adalah nak convert berapa RM untuk berbelanja di Singapore. I had plans not to shop in Singapore. People say that seronok shopping kat Singapore. I sempat google and buat price comparison, kalau nak ikutkan mahal barang2 kat Singapore lagi by RM10.00 to RM20.00. Jadi pesal deme kata shopping kat Singapore lagi murah? Jadi I asked around lagi berapa juta nak kena convert ni? Would SG$250.00 enough to cover my two day trip to Singapore. Tanya punya tanya ramai yang pernah pegi kata it should be more than enough provided aku tak gila shopping. Oke, jadi convert la RM624.50 kepada SG$250.00 dengan rate exchange RM2.57 = SG$1.00. Mahai kot. Yeya tiba di airport Senai, the rate hiked up to RM2.75 = SG$1.00



All set, tiba la hari yang ditunggu2. Why not I just skip towards our arrival kat JB. We arrived kat JB dalam pukul 3 lebih. Lepas check in kat Tune Hotels, our airport limo driver offered untuk bawa kitorang ke JPO hanya dengan RM25.00. He also offered untuk bawa kitorang balik ke Tune Hotels dengan fare yang sama anytime we were ready to balik ke hotel. JPO was in the list of places to visit sebab we need to fill the time while we were in JB. Memandangkan ramai yang tulis dalam blog yang JPO ni best giler kentang, kami pun pegi la. Sesampai kat JPO tu kami excited sangat tapi bila masuk je setiap kedai yang ada, kitorang frustrated sangat. JPO tiada apa yang special. For instance people said Fossil JPO best gila sebab diskaun dia agak hebat. Memang Fossil ramai orang masuk. Diskaun 40% - 60% tapi collection yang ada.. alahai... I am a Fossil freak and the collection kat JPO memang tak mencapai standard piawaian untuk kitorang menggila. We basically went into every kedai and tiada apa untuk kami rasa wahhhhh we are in JPO.. best gilerrrrrr... Kawasannya memang agak cantik but what is the point? We went into Burberry and Armani and Marc Jacobs. I dont know about these brands that much tapi barang2nya tidak la murah. Baju newborn Burberry sampai RM400? Hoh? Sendiri pikirlah.. Yang berkunjung ke JPO pun aku tengok macam taraf2 mak mak aku je. Yea.. conclusionnye, JPO ni indah khabar je la dari rupa. Tapi I managed to buy a hat from Roxy dengan deduction of 50% from its price. Kiranya oke lah sebab memang perlukan. Around 7.15pm we are ready untuk balik. We called the limo driver tadi untuk pick up kitorang. Sekali dia ada customer dan dia tak dapat nak ambil kitorang. Dalam keadaan gelabah tu rupanya baru la kitorang tahu ada bus services JPO - JB Sentral dengan tambang RM4.50/person. Jadi kitorang tunggu la bus. Dan bus ni boleh pulak hantar kitorang ke Tune Hotels dengan extra fare of RM2.00/person. Oke.. Bayar dan duduk dendiam dalam bus. Penat kot.

JPO in a nutshell
Exterior : cantik... ada banyak bench kat luar every shops untuk para hubsters duduk sementara nunggu wifeys shopping
Kemudahan : ada foot court, few restaurants, tempat solat, tandas, kawasan permainan kanak-kanak
Kemudahan pengangkutan : ada bus services, executive taxis sahaja (dengan bayaran double dari teksi merah biasa).
Selection barang-barang untuk dishopping : Dissapointing, enough said. I was so dissapointed sampai tak rasa macam nak ambil gambar. Boleh? Hahaha..

Jadinya malam tu, biarpun penat, we did not tuck in early. Tak tahu kenapa, but I couldnt sleep. Tune Hotels adalah hotel murah yang sangat selesa. Ruang agak terhad tapi comfy. I loved their bed. Here are some photos to give you guys the idea how the room look like.






End of day one. Next post will be about my trip into Singapore City Centre.


No comments: