Hambe tak celebrate Christmas… tapi last
Christmas hambe tunaikan satu permintaan yang dibuat awal tahun 2013. Kereta.
Yes. I had mixed feelings about getting a
car. So far, travelling with public transportation had not caused me any
trouble. Mungkin agak sedikit menyusahkan sebab hambe ni keje nye kena gendong
file banyak2. Mana nak berjalan, mana nak gendong file. Now dah masuk firm baru
boleh dikatakan hari hari travel ke luar KL untuk attend Court. Letak file
dalam back-pack telah mengakibatkan hambe sakit belakang selama 3 minggu.
Ngurut tak jalan, tampal kokyok tak jalan.. sudahnya amik ubat. Kalau hari-hari
nak amik ubat, payah la kan? Jahanam buah pinggang noks..
Throughout the year, I was contemplation sama
ada nak kereta berjenama atau yang kurang berjenama. I had been very lucky that
dengan salary sekarang, I can say that I am actually “mewah” sebab tak de
komitment bayar apa-apa instalment kecuali lah PTPTN. (Tapi savings, yillek
jugak sebab keje berjalan ke sana ke mari). I had Mitshubitshi Mirage stapled
in my head sebab masa tu kereta tu agak rare di atas jalan raya KL. Dan of
course sebab ianya Mitshubitshi. Kang Langkawi bersepah kereta tu locals buat
kereta sewa untuk pelancong. Ate kat Langkawi regenye RM40k++ je. Kat KL nearly
RM70k. But, bila calculate balik duit, aii.. tak mampu eden nak pakai Mirage
ni. Nak bayar instalment memang la lepas tapinya bab mentenen, emergency, duit
nak pergi bercuti (of course I don’t want to give my hobby), minyak kete, Touch
& Go, toll… *mata berpinar kejap. So I told myself, purchase only untuk
necessity sahaja. I changed my interest to Proton Saga (hok paling mughah tu).
Sekejap je la cekalkan hati nak minat Proton Saga tu sebab kita nak hidup
dengan kereta tu sampai 9 10 tahun, nak hadap dia, tentu la kita nak something yang
boleh jadi eye-candy untuk kita kan? Pulak tu ramai kata Proton ni kurang
sikit.
Tapi tetiba Proton bawak masuk Suprema S. Wehh
ape ni? At the same time Vios buat face life dengan menamakannya Vios 2013.
Weiiiiiiiiii ape ni? I did few readings and comparison antara Vios 2013 dan Supreme S. Ramai yang mengatakan bahawa
Proton sekarang bukan la macam dulu. Selepas Preve, kereta keluaran Proton agak
baik. Suprema S menang antara Vios 2013 dari segi performance. Tapi nama Toyota
kan lebih wangi, ramai rakan2 jebik bibir bila dicadangkan nama Suprema S
sebagai kereta pilihan. Tapi agak2 la Mirage pun mata kau dah berpinar ngira
bajet bulanan. Kalau Suprema S, katup tak bukak dah kot bijik mata sebab harga
Suprema S starting dengan RM75k++. Stock kete mewah dah aku rasa tu, So aku batalkan
niat untuk memilki Suprema S dan found comfort driving my mother’s Persona.
Sedap bawak Persona ni. 5 tahun dah kereta ni mak aku beli. Niat di hati, amik
Persona je lah. By this time, Mirage pun aku rasa macam tak lawa dah. Macam
bijik durian je rupa bentuk dia. Dulu awat macam comel je. Tapi mak kata
Persona 1.6, minyak kuat. Dah tak jadi lagi.
Sekarang nak cari kereta idaman baru la mata
meliar mencari kereta2 cute. For a long time, I thought Myvi SE putih adalah
cute. Yes. Putih. Hanya putih. Aku suke kereta kaler putih. It was then I
noticed Myvi ada warna kuning. Bumblebee transformers. Eh tetiba. And I told my
mom, I want that yellow bee. AKu kabokan Bumblee Bee ni comel blab la bla… Elok
mak aku gi tanya member dia pasal “Myvi Bumble Bee”. Lepas tu aku kena maki,
dia kata mana Perodua ada keta nama BumbleBee. Aku kabokan, memang takde tapi
orang kenali dia dengan nama tu sebab dia kuning macam kereta BumbleBee dalam
cite Transformers tu. Pehtu kena marah “Hang ni buat aku malu aku je la”..
Pulakkkk.
Citenya aku ni nak apepe pun kena mintak
restu. Mak kata yes, baru purchase. Kami pun pergi la showroom Perodua kat
Jalan Lahat Ipoh. Mak dari awal suruh aku amik 1.3 je sebab jimat minyak tapi
1.3 tak de warna kuning. Aku ndak kuning tu je. It is either extreme 1.5 atau
SE 1.5. Sebelum tu sempat la google tentang performance si kuning ni. Rata-rata
memberi pujian. For its own class, myvi SE1.5 is not disappointing. Pick up
bagus. Aku tak tahu la istilah kereta ni, pendek kata nya lepas baca few blogs
mcm Paultan and Arena Kereta and banyak lagi blogs, I am satisfied, this is
what I want.
Di hari melawat showroom Perodua tu, aku
sempat la duduk dalam myvi SE1.5 ni. Sekali ada built-in GPS kau… dalam hati
terus berkata “I think I want to marry you”. Memang tak mahu yang lain dah. Nak
yang ini jugak jugak jugak jugak jugak jugak. Mak aku dah macam… Sohih, angau
dah ni. Nak wajibulghunnah nak warna kuning jugak jugak jugak jugak jugak
jugak.. Begitu hendaklah kat si bee ni.
Dipendekkan cerita, 25.12.2013 Myvi SE1.5
Kuning secara mutlaknya bank belikan untuk aku. Eh? Bukan aku punya. Bank
punya. Mak aku pun bersederhana hati tolong letak downpayment 20% supaya bulan
bulan aku boleh bayar RM508.00 sahaja. Sayang mak :’)
Masa nak bawak kereta kuar dari showroom tu
hujan la pulak. ;’( maka, baru baru lahir je dah lencun BabyBee aku basah. Dan
bermula la insiden aku bercakap dalam kereta sorang-sorang bajet macam BabyBee
tu faham la apa yang aku ngomelkan. First time drive, bergenang ayo mata. Macam
baru beranak la rasanya. Gembira, Sedih membayangkan RM1000 kena tolak tepi
untuk kereta je dan sebagainya lah.
Until today, dah almost 2 weeks BabyBee ada
kat KL, memang aku sayang tak dah dah (sayang sangat sangat in Penang) kat
BabyBee. Setiap kali parking, keluar dari kereta aku tengok dia, fuhhh hensem
Baby aku ni. Kalau pun ada kereta yang sama kat sebelah dia, BabyBee aku jugak
lah yang paling hensem. Time driving, aku usap-usap stereng bajet menunjukkan
rasa sayang kat dia. Gila ke tak gila? Gila weiiii…
Harini, musibah menimpa. Tatkala berada kat
Serdang, tayar BabyBee pancit. Tengah2 highway Sg Besi ni. Cuak kera kot. Aku
bimbang rim rosak. Mujur around 100 meters ahead ada Shell. Aku upah orang
Shell je tukarkan tayar. Pecah hati weh tengok tayar kecepek mencair ke
jalanraya. And then lepas tu, aku tak berani bawak more than 50km/hours. Mahu
spare tayar melayang, tak ke dengan nyawa-nyawa aku sekali terbang. Mak kata
bawak la keta pegi kedai tayar, kalau blh palam balik yang lama palam la…
Bila sampai kat kedai tayar, cina tu
terkejut. Aiyak.. manyak beso who.. Ini tarak blh tampal. Tetiba aku terbayang
icon whatsapp gambar duit ada sayap. Lubangnye sama beso dengan diameter batang
pensel. Pakukah?? Mak aku suruh aku ambil tayar baru brand yang sama jugak
dengan yang lain2. Continental. Tegap tayar tu. Tapi takde. Yang ada Good Year.
Er… Mak kata, Good Year pun okay… Melayangla RM185.00. Kalau tayar yang sama,
tak pe jugak. Boleh la aku gembira. Dalam hati dok kata keta aku dah tak ori..
sob sob..
Dalam masa dok tengok cina tu tukar tayar
kereta aku, aku jadi sebak sangat. Perasaan tu sama macam masa aku tengok Kiki
disimenkan dulu masa dia patah kaki 2 3 years ago. Berair mata aku tengok
bahagian tayar kereta tu terlohong berlubang, kena jack sampai terjungkit.
Aduh.. aku yang sakit. Aku call Fazli cite kat dia. Udah rope macam mati laki
je aku sedih. Dia la yang memujuk, kata benda dah nak jadi, nak buat macam
mana. Bla bla bla bla.
And then after the chinese guy is done, aku
pun drive ke opis. Mata berair sambil dok menyembang macam orang tak betul
dalam kereta. Aku kata kat BabyBee, jangan sakit sakit. Kesian kat mama nak
bela Baby. Mama sedih tengok Baby ke jack macam tu. Even time aku menaip ni pun
aku sedih ngenangkan kete aku kat parking kat tingkat 1 tu.
Sampai kat opis Fazli called lagi tanya
keadaan aku. Terburai air mata. :’(
Dia kata aku gila. And he said “Dulu
Kiki sakit, menangis. Tak pe lah, Kita faham la benda hidup. Pehtu Tupperware Herbalife
hilang, menangis mcm benda bernyawa mati. Ni tayar pancit menangis lagi macam
benda bernyawa mati jugak. Kalau jadi yang lagi teruk, meraung kot sayang ni
kan?”
Yes, itulah aku dengan benda yang aku sayang.
Semua aku ibaratkan macam nyawa.
Moga-moga lepas ni tak de dah la jadi benda
pelik2 kat BabyBee aku. Sesungguh aku sayang betui kat dia. It is the most
expensive thing I have ever purchased. Even lagi mahal dari education aku. Tak
salah aku nak sayang dia tak dah dah even it is just a Perodua Myvi.
4 comments:
Salam. Sy mcm tfikir nk beli kereta myvi tp xtau bbaloi ke x. Nk tnya bbaloi ke beli myvi yg ada built in gps ye? Perbelanjaan utk kete slalu hbs brape? Sori byk tnye plak sbb sy pun tgh survey2 lg :) tq.
Salam Cik Ikin,
Hai..
You left a comment kat my blog "CTM Mengomel Lagi" bertanyakan tentang Myvi.
Your questions were :-
a) Berbaloi ke tidak beli Myvi yang ada built in GPS ni?
b) Perbelanjaan kat kereta selalu habis berapa banyak?
My answers are as follows:-
a) As a litigation lawyer who travels a lot (to Mahkamah ke serata Malaysia), this GPS memang sangat membantu. In fact, it helps ke mana saja I nak pegi sebab this is my first time beli kereta dan technically memandu kereta sendiri, so situasinya sama mcm budak baru dapat kaki, kerja nak berjalan je, so this GPS to me is very helpful. Although ada masa masanya GPS ni weng tp at most of the time, it gets me to the places I want to go. Sometimes, boleh dikiralah I do need help from Waze tp overall necessity I would give it 8/10.
So, if your work requires you to travel a lot atau you jenis yang tak cekap hala tuju atas jalan, the built in GPS ni bukanlah item yang extravagant. It is a necessity. Tapi kalau agak2 nak guna kereta untuk travel dari rumah - pejabat - shopping mall - pasar, rasanya tak perlu lah kot.
b) Dari segi perbelanjaan, I think untuk perkara2 penting tak banyak, I spend a lot beli barang2 comel nak letak dalam kete je kot. And may be barang-barang untuk cuci, wax bla bla bla..
Tapi semua tu mostly I hentam my mom punya car wash kit and buat sendiri je. Once a month hantar le ke tempat cuci kereta dengan bayaran RM10.00 or less untuk dicuci dan divacuum.
Tentang servis, Perodua provide free service for the first three years OR until milage kereta sampai 60,000km tengok la yang mana datang dulu. My car dah tiga kali servis dengan PERCUMA, Yes tak keluar sesen pun provided you tahu nak tepis ancaman dari service people yang suke suruh you tukar itu tukar ini tanpa sebab. Buat la research tentang apa yang perlu ditukar setiap kali servis sebab service centre Perodua memang keje derang nak kikis wang dari kita. Dari RM50 dari kita cukup la untuk derang. So kita kena ingat, Perodua kasi free service termasuk labour for three years dan kerja diorang adalah untuk inspect and service kereta ikut apa yang disarankan oleh pengeluar (manufacturer) kereta. (Perodua Service bukan manufacturer).
Tentang kos minyak, toll, saya kena akui terkesan jugaklah kat duit gaji bila cerita tentang minyak dan toll. Tapi kalau saya tak travel, just pegi ofis balik opis, short distance travel during the weekend, satu tank (RM70) tahan 7 hari. My office is 16km from home. So hari2 travel 32km. I'd say kira okay lah..
Dan lastly paling kena consider monthly installments. My monthly installments takes only 22% of my gaji bersih. If your installment takes up more than 25% of your nett salary, may be you should reconsider.
So there goes, ambil kiralah tentang monthly installments, minyak, dan contingencies (hal hal yang mgkin berlaku tapi tak tahu bila nak berlakunya) contoh, tayar pancit, As you saw in my blog, kereta I masuk bengkel sebab tayar pancit after 7 days kuar dari show room. terpaksa forked out RM180.00 beli tayar baru.
Semua ni kena la amik kira. Hope this helps. Kalau ada perlukan apepe, jgn segan2 email kat krylonglue@yahoo.com
Sorry reply panjang2. :)
Wah.. Nak dekat la tarikh saya ambik my Bumbee extreme 1.5. Saya ambik Bumbee tarikh 11/12/13. Mmg akan ingat tarikh ni smpai bila2. Haha :D
Post a Comment