Assalamualaikum...
Entri kali ni ditulis selepas 3 jam ahkak touch down dari KLIA2. Kau nampak tak betapa ahkak teruja kat situ? Sambil run washing machine kita tulis la blog.
This entry would be about my trip to Sabah. My 3 days and 3 nights trip to Sabah merangkumi Kundasang, Ranau, Tuaran dan Kota Kinabalu. This entry juga akan menceritakan tentang kos, what to expect and ada sedikit unsur-unsur expectation vs realiti dan entri ini akan memberi informasi ringkas tentang perkara-perkara berkenaan penginapan dan pengangkutan di Sabah.
This trip was my idea. I cetuskan to my B*Sync group dimana hanya Meks yang responded. So since I needed more people to meriahkan suasana (and to share the budget), I allowed her to open the invitation to her colleagues (which are my colleagues, as well since they all from OHC KB Branch) - yea I am not going to tell you what OHC means.
So I bought the Air Asia ticket 9 months earlier than the depature date dengan harga RM202.00 (exc insurance) for return ticket KL-BKI (Kota Kinabalu). Meks and Wanie flew from KB - BKI, so i tak tahu berapa harga tiket yang mereka bayar. I rasa macam slightly mahal dr KL - BKI.
TRAVELLING TO KLIA2
Hari yang ditunggu telahpun tiba. Unlike my previous domestic flights, this time I departed from KLIA2. Ahh, menggagau mencari information untuk ke KLIA2. Ada banyak option untuk ke KLIA2. Options termahal tentulah dengan menaiki teksi. But then it depends where you start your journey. Macam I, dari Sunway ke KLIA2, teksi akan charge RM80.00 ke RM90.00 per ride.
Other option adalah dengan bas. Ada banyak perkhidmatan bas untuk ke KLIA2. Ada yang depart dari KL Sentral, Paradigm Mall dan Jalan Ipoh. You may google it. The information banyak di dalam laman sesawang ni. Perkhidmatan bas ni ada yang RM9.00 ke RM12.00. Murah, tapi mengambil masa yang agak lama yakni lebih kurang satu jam lima belas minit. Derang kata satu jam lima belas minit. Rasa-rasanya tak masuk waktu-waktu yang terkandas dalam jam tu. So, bajet-bajet la satu jam setengah ke satu jam 45 minit.
Option yang pantas dan memang mahal tapi amatlah convenient adalah KLIA Express. Dengan bayaran RM35.00 sehala, korang naik, duduk, tunggu 33 minit, dah sampai dalam kompleks KLIA2 tu sendiri. Tapi RM35.00 tu for 33 mins punya journey to me adalah mahal but untuk departure time is everything, ku gagahi jua membayar that much fare to the counter. Tapi korang boleh juga pilih untuk ke KLIA2 dengan ERL tapi dengan cara yang sedikit mengambil masa. Korang naik KLIA transit dari KLSentral turun kat Putrajaya/Cyberjaya. And then dari situ beli tiket untuk KLIA2. Kos dia jauh lebih murah dari direct journey KLsentral to KLIA 2 (RM9.50 [KLS - Pjy/Cjy) + RM6.20 [Pjy/Cjy - KLIA2) = kira sendiri la berapa beza harga tiket tu ye.
So pagi tu ahkak ambik option mahal ala ala ongkaya sebab malas nak bergerak banyak.
I departed from KLIA2 to Kota Kinabalu International Airport pukul 12.00 tghr (flight delayed half an hour sebab ada passenger hilang - derang check in tapi tak datang tapi luggagenya ada). Dua setengah jam later, sampai la kat KK. Meks dan Wanie punya flight lewat dari KB. So, I reached KK first alone and I decided I nak uruskan bab kereta.
KERETA SEWA DI KOTA KINABALU
We rented a SAGA AUTO from Kak Maya/Kak Liza and booked the car sometime in June / July. Duration of the rental is for 3 days considering that kami sampai petang 6hb sept dan returned the car on 9th Sept awal pagi. So, perkara yang ditunggu-tunggu oleh korang, i tahu ape... berapa rege nyewa kete ha? RM300 for the 3 days. Murah?? Hamagerd! Nak to telepon? Nah (Kak Maya : 019- 832 5485) (Kak Liza : 016-584 0229).
Kak Liza delivered the car to us and then terus tak kacau dah kami sepanjang 3 hari tu.
Sementara tunggu Meks and Wanie I drove around isi minyak dan beli kudap-kudapan untuk dibawa ke Kundasang. The plan was to spend a night in Kundasang and start the day in Kundasang sebab driving to Kundasang takes around 2 hours from the airport. So we dont want to waste the time hanya dengan memandu awal pagi ke Kundasang. We drove later that evening upon arrival. Note that pukul 4 di KK sama macam 5.30 di semenanjung dan 6.00 petang di KK dah sama gelap macam nak maghrib di semenanjung.
KUNDASANG/RANAU
We reached Kundasang around 6.30pm. Dalam sejam sebelum reached Kundasang, kami dah boleh nampak Gunung Kinabalu. It is so majestic and huge. Suasana pun dingin. Sangat best. We drove terus ke Ranau untuk refuel. Di Kundasang takde stesen minyak. Kot kot la korang stok nak berbajet sangat isi minyak ciput2, jangan la cari pasal. Dr KK ke Kundasang pakai lebih kurang RM30.00 minyak sebab naik turun bukit (imagine driving ke Cameron Highlands dari tapah). Pekan kecil ranau adalah lebih kurang 30minit dari Kundasang and ada Petronas seketul kat situ. Pekan besar Ranau lebih kurang 15 mins ahead further dari pekan kecil Ranau. Kat sini ada macam-macam lah. Bank, petrol stations, KFC dan pusat pentadbiran. Ranau ni ala ala macam pekan Temerloh gitu. Small and quaint.
Having refuel our tank, we headed back to our Lodge for the night. We booked Kinabalu Mountain Lodge through Agoda as recommended by a friend. Adoila rekemendasi kawan-kawan tak semestinya bagus. Tempat tu memang terletak di kaki mountain sampaikan kereta nak naik pun payah. Kami terpaksa turun dari kereta dan tolak kereta sebab kereta taknak naik. Setelah masuk ke dalam lodge, we learned that the toilet is macam dalam asrama. Luar dari bilik. We also learned that there was no TV in the room. Dalam bilik ada katil dan cermin dan satu power point. Ngaaaa... why why? harga untuk satu malam RM173.00 dengan dua katil king size untuk 4 orang penginap. Turth be told, I fell it it rather expensive.
Mungkin I tak perasan, but kat Kundasang macam tak de kedai makan. Kedainya ada, bisnesnya tutup. So, mujur Meks ada bawak roti dan ikan bilis sambal dalam tin. Kami makan itu je la buat alas perut malam tu. Sedih tau. Malam tu kami tuck in pukul 9 mlm yang dah macam pukul 12.00 malam kat Kundasang tanpa mandi. SEBAB KUNDASANG IS SEJUK.
Sejuk malam di Kundasang tidaklah sesejuk pagi subuh di sana. Subuh pukul 4 pagi was torture. Kami saja bangun awal pagi sebab nak chop bilik air dan segan la nak kluar masuk bilik dengan kehadiran penginap lain. Dia punya sejuk tu, bila basuh berus gigi untuk berus gigi, gusi sampai boleh kebas. Bila tadah air kat tapak tangan untuk cuci muka, hujung-hujung jari tu sampai kebas. Korang bayangkan mandi dengan air sejuk direct peti ais sudah. I was literally crying in the shower room sebab switching on water heater pun macam tak de efek. Tidak mandi bukanlah satu pilihan pada pagi itu sebab ketiak punya bau boleh tahan jugakla hapaknya. Sebab sejuk punya pasal, mandi pun stok cuci bahagian yang patut je untuk rasa bersih. Kami siap-siap dalam 6.00 pagi. Breakfast saki baki roti yang Meks bawak semalam. Jam 6.00 di Kundasang cerah macam jam 7.30 di Semenanjung. Berbekal kereta Saga kami, kami bergerak ke Kinabalu National Park at around 6.30 am only to find that the botanical garden is open at 9.00 am. Boleh tahan lambat jugak rupanya tempat-tempat ni beroperasi.
DESA DAIRY FARM, KUNDASANG
DESA DAIRY FARM, KUNDASANG
So we decided nak ke Desa Dairy Farm dulu sebab kami rasa Desa Dairy Farm ni bukak pukul 8. Perjalanan to Desa Dairy Farm sebenarnya tak de la jauh dari Kinabalu National Park ni tapi memandangkan time tu sejuk, matahari baru acah-acah nak naik, kami berenti di tepi jalan untuk bergambar.
Pastu boleh pulak terlajak ke Ranau mencari Desa Dairy Farm ni, patah la balik. Patah balik pun berenti tepi jalan jugak sebab nak bergambar dengan Mount Kinabalu. Pung pang pung pang jam 10 kot baru sampai Desa Dairy Farm ni. Kami rasa rugi kalau tak berhenti bergambar sebab mount kinabalu menghadap sunrise.
And here it is... Desa Dairy Farm, Kundasang!!!
Berhenti di tepi jalan untuk bergambar
peak of the mountain... nampak tak?
this photo was taken in front of Kinabalu Pine Resort.
Gunung Kinabalu diselaputi awan tebal. Ini sekitar jam 9.00 pagi selepas tersasar ke Ranau
And here it is... Desa Dairy Farm, Kundasang!!!
Just to give you the idea of how breezy the weather is...
Look at my hair. Serabut habis! Breezy dan sejuk dingin! Combinasi yang paling best.
dua gambar di atas, edited guna snapseed untuk efek lebih drama..ahaks
Dah datang sini, rugi la tak merasa hasil hasil tenusu di sini kan?
Gelato di atas berharga : RM5.00
Susu segar RM3.50
I did not know I was lactose intolerant until I had these two. Mungkin sebab segar sangat kot. Dua jam lepas tu perut rasa kurang selesa.
KINABALU NATIONAL PARK
korang tak pelik ke kejap aku pakai seluar kejap aku pakai skirt.
Korang taktahu aku ada superpower..
Haaaa
And then we ols bergerak semula ke Kinabalu National Park, di mana sesiapa yang nak mendaki Gunung Kinabalu, kat sini la port dia... terus shoot the Botanical Garden. Sesunguhnya tiada apa di sini melain pavement di dalam hutan. Bukan stok jungle trekking tu.. Ala.. macam laman rumah yang semak tak terjaga dengan nama-nama saintifik tumbuh-tumbuhan gitu. Nothing much to explore here. But I did have a good time splashing my face dengan air sungai di dalam garden tu.
Sebab kat sini macam takde apepe kami pun bergerak ke Poring Hot Spring, that is sekitar one hour and a half drive from Kundasang.
PORING HOTSPRING
Mula mula sampai kat sini, we had the idea of mandi lumpur. I dont know why we had the idea but we expected untuk mandi lumpur. Macam la ada volcano kat sini untuk mandi lumpur kan? Well, mabuk kereta lettew. Di dalam Poring Hotspring ni, selain ada mata air panas (yang telah dimodify untuk mengalir dalam saliran paip) ada juga air terjun dan kawasan pemuliharaan dan kajian bunga rafflesia.
Kami mengambil peluang untuk explore apa yang ada kat sini sebab tak tahu bila lagi nak sampai kat sini kan. Antaranya adalah meniti titian gantung which getting to the titian was a horrible idea. I am not fit and as much as I love nature, I hate meragas bukit, gurun untuk ke sesuatu destinasi and malang sekali this was my idea and I quoted my own cuss ketika meragas tu.. I told my friends "yes this was my idea, this idea is bad. Next time, dont make me even think of an idea".
And then ke air terjun, thereafter. Another 400++ meters punya torture. I mean, we were not really dressed for jungle trekking.
yang ini memang sungguh tak di sangka.. free foot spa.. hello...
tengah tengah celup kaki tetiba kaki kena hurung. Gembira okay..
Masa ini memang berpeluh.. sebab one thing dah pukul 2.00 cem tu kot. Dan area sini bukan la kawasan tanah tinggi macam Kundasang. Kundasang je sejuk macam obersea...
Dalam perjalanan keluar dari kawasan air terjun ni, kami terserempak dengan banner bahawasanya Bunga Rafflesia sedang mekar. Balik dari Sabah ni I read few blogs yang menyatakan mereka frust tak dapat tengok bunga Rafflesia live. So, ada makna la kot bayar RM10.00 seorang semata-mata nak tengok bunga ni. *isi emoticon whatsapp duit ada sayap*
Ini la Bunga Rafflesia. Katanya bunga ni baru 3 hari kembang dan hanya akan kembang sekitar 8 ke 14 hari sahaja. Kami bertuah perhaps ye dak?
Nah, gambar tuan punya blog dengan Bunga Rafflesia kembang, sebelum korang buat andaian aku kutip gambar Rafflesia tu dari poster mana ntah kan?
And then...
Inilah kawasan hotspringnya... Ada open area untuk mandi manda dan ada closed area untuk mereka yang menjaga aurat. Kami jaga aurat so kami sewa bilik. Rasanya RM15.00 untuk sejam. My idea was to mandi je sebab melekit-lekit. Air sejuk dia air sungai uols.. Best... Actually bila kita jejak ke sini, kita akan jumpa Hotspring ni dulu baru jumpa hutan-hutan macam gambar-gambar kat atas tu. Tapi kami ke belakang dulu, baru singgah kat kawasan Hotspring ni.
Habis je mandi-mandi sekitar jam 3 petang, kami pun beransur lah ke city iaitu Kota Kinabalu. Destinasi seterusnya, mueheheheheheheh Nexus Karambunai Resort & Spa. Oh yea, kami tak singgah di Rumah Terbalik tu sebab nak masuk je RM10.00 pastu rasa macam overrated je benda alah tu and paling utamanya out of the travelling path gitu. So, from Poring to Karambunai (which is the name of the daerah if you guys did not know) took sekitar 2 jam setengah ke 3 jam gitu.
NEXUS KARAMBUNAI RESORT & SPA, KOTA KINABALU
Kami sampai di Nexus Karambunai sekitar jam 6.30 petang. Lokasinya actually agak jauh dari town. It takes sekitar 30 mins to drive to the town include traffic jam. Yes, Kota Kinabalu pun macam KL jugak, ada traffic jam.
I think this is the highlight of this trip was our stay kat Spa Suite ni. Tempat penginapan kami memang gojeres tak ingat.
Pastukan bila pegi balcony kan, kitorang nampak ini....
Ini keadaan ketika air surut.. Ketika air pasang, ombak akan memukul sampai ke benteng tu. Dah alang-alang duduk sebelah pantai, kami tak mandi tak unpack.. terus terjun ke pantai.. Sunset kot.. cantik...
ini time sun betul-betul nak set sangat sangat dah ni..
cantik yang amat-amat. ni takde edit-edit ye... khas dari lense Note 2 aku je ni.
Bila malam menjelma, biarpun baru pukul 7.30 malam, selesai solat Maghrib, kami pun plan nak pegi makan kat Restoren Seafood Gayang (which I often accidentally pronounced "Ganyang")
GAYANG SEAFOOD RESTAURANT
Restoren ni berada dekat dengan Karambunai. Finding it in Waze agak sugar sebab someone else or Waze check restoren ni di tempat lain. Kami sampai di sini sekitar jam 9.0o malam, di mana mereka tutup pada pukul 10.00 mlm. Kalau di KL 9,00 malam stok awal lagi di sini, 9.00 malam adalah time di mana semua benda habis. T__T
Kami berhajat nak makan lobster, tapi lobster sudah pun habis. Jadi kami order je lah udang, ikan, sejenis shell fish, soft shell crab dan nasik seperti gambar di bawah ini.
setengah kilo udang besar-besar
tak habis, kami tapau bawak balik suite
itu pun tak habis, kami buang esok paginya
ini pun tapau bawak balik suite. tak habis jugak.
Total bill : RM159.00
Hey sangat reasonable kot untuk 3 orang makan.
So, untuk hari ini, itu je la activity kami... Kemudian kami balik hotel dan bergolek - golek di dalam bilik sangat la selesa sebab esoknya kami nak pegi 'snorkeling' di Tuanku Abdul Rahman Marine Park.
TUANKU ABDUL RAHMAN MARINE PARK
Getting to to this marine park is not hard at all. Dari Karambunai kami drive berpandukan GPS ke Jessleton Point (Jetty).
Prior to this trip, kami ada jugak googled untuk find out berapa total untuk snorkel di marine park ni. Ada yang buat tawaran full package sekali dengan makan, ada juga yang buat package island hopping dan snorkeling sahaja. We were interested is Pulau Manukan, Mamutik dan Pulau Sapi so just get brief idea how much a pre-booked package would cost, kami email few tour agencies. Kami terkejut kerana rata-rata package sektiar RM120.00 ke RM250.00 untuk ketiga-tiga pulau ini. So we did a further research where we found kalau main pergi dan sergah jauuhhhh lebih murah. Jadi, kami tak ambil apepe pre-booked pakej dan stok main redah ikut suka hati. We paid, roughtly RM53,00 including snorkeling gear rental dan boat transfers and island entrance fees as well as jetty fees kot.
Haritu, laut agak bergelora. Getting to Pulau Mamutik was torture for some people yang mudah terkena seasick dan memang our team mate sorang ni, stok seasick terlampau sampai pucat lesi mukanya.
Getting on Pulau Mamutik, expectation vs reality terus terdetik di kepala. Aduh sedih sebab firstly, laut bergelora jadi bila ombak memukul pantai dia tarik sekali dengan pasir2 maka air langsung tak jernih. Secondly, I understand sekiranya laut dipenuhi dengan rumpai air. But rumpai air yang tercabut dari akarnya dan terapung-apung di permukaan laut automatically buat air nampak kotor. Thridly, wrappers mami, keropok, coklat, bersepah atas permukaan laut. Dah cukup aku geli dengan rumpai air berselirat di kaki ketika berenang, terkena pulak wrappers makanan. Failed!!!
gambar diambil ketika berenang dengan menggunakan water proof pouch
so frustrating
Meks were so disappointed that she didnt want to get herself wet. After one hour melengung tengok ombak we decided we wanted to ditch snorkeling this time. Dengan keadaan laut yang bergeloranya. We felt that it is not safe for us the beginner untuk snorkel tanpa pengawasan.
So around 3pm, we rode the boat back to jessleton point and decided to shop kat Pasar Filipino. Lesap la RM50++ pada petang itu.
Kemudian, kawan kepada Fazli called sebab he knew we were there and he wanted to show us around. Kami pun buatla arrangement dengan beliau pulak for later that night.
PASAR FILIPINO
I dont know why is it called Pasar Filipino, but gathered from my conversation with kawan Fazli malam tu, kebanyakkan orang Sabah ni bukan pure Sabahan tapi mostly orang Philipines yang berhijrah ke Sabah. Pure Sabahan kebanyakkannya masih duduk di kawasan pedalaman. Macam di Kundasang dan Ranau tu, penduduknya memang pure Sabahan.. Ooo gitu.. Ok.. Moving on.
Pasar ni macam Wakaf Che Yah la kiranya.. pasar biasa-biasa ni.. Ada bahagian basah, ada bahagian kering dan ada bahagian makan-makan.
Sesampai di Pasar Filipino, kami pun membeli belah perkara-perkara harus seperti keropok2 local macam Amplang dan Kueh Cincin. Meks dan Wanie membeli mutiara. Aku.. well.. Iold tidak la girly cem tu.. so I passed.
We moved to bahagian makan-makan. Perut pun lapar. Malam sebelumnya tak dapat nak pekena lobster. Ape kata sekarang ni kita try lobster.
not your average pasar malam.
Pasar malam kita takat jual nuget dan fish ball je..
Sini?? Sorry...
taknak goreng-goreng?
Beli yang mentah, suruh deme masak.
Mcm kat bawah ni..
Ini adalah seekor lobster yang telah kami korbankan sebab pakat nak merasa rasa isi lobster. Harga seekor lobster adalah dari RM120.00/kg - RM150/kg
This however, we got it for RM130.00 seekor.
Losbter, verdict?
Stock expectation vs reality sgt. Tiada apa yang best tentang lobster. Takde la tak sedap. Kalau nak dibandingkan dengan udang dan ketam, sedap lagi ketam n udang. Tekstur isi nya bukan la macam udang biarpun namanya Udang Kara dan rupanya macam udang. Isinya lebih padat dan mampat macam isi ketam. Memang langsung tak sama macam isi udang. So, terbangla RM130.00 untuk merasa seekor lobster. Tak kenyang pun.. tapi lepas ni tak de dah nak gian-gian merasa lobster kan.
Setelah mentedekarah kat sini, kami pun pulang ke Nexus Karambunai dan bersiap-siap untuk jumpa member Fazli.
NIGHT LIFE IN KOTA KINABALU
Nightlife in KK is not boring and not as I imagined as it would be. Although, by 10.00 kedai-kedai beransur tutup business dah. That night, Fazli's friend brought us all to more "pasar malam". Apparently kat KK ada banyakkkk pasar malam. Think Jalan TAR ketika hari raya. Tapi suasana dia tak de la macam Jalan TAR tu but consider meriah. Meks and Wanie went on shopping for pearls. Actually derang borong banyak pearls. I, on the other hand, was waiting for "food only found in Sabah".
We headed back to Pasar Filipino and Amid (Fazli's friend) insisted we tried this unusual dish, Bubur Pisang. Basically, ianya kueh ketayap. Instead of ada kepala manis sebagai inti, they replace it with banana dan dipotong ke beberapa kepingan dan di rendam di dalam santan macam cendol tu. It is delish!!
rupanya lebih kurang cem ni.
tapi lepas potong direndam dalam santan dan gula perang
credit gmbar : as per watermark
By 11.30 kedai-kedai di Pasar Filipina pun beransur lah tutup. We bid goodbye to Amid and headed back to Karambunai, bersedia untuk pulang ke KL keesokkan harinya.
So, there goes my trip to Sabah in one entry.
Overall, I am pretty satisfied with our time management in Sabah. We planned it beforehand and did all research as much as possible when drafting the itinerary. My one advise is that if you are planning to explore Kundasang in one day, better spend a night in Kundasang and start your exploration early dari bergerak dari KK. Buang masa sebab Kundasang in the morning adalah sangat indah.
If you want to adopt my 4D3N itinerary, here it is.
____________________________________________________________________________
Kota Kinabalu – Kundasang Trip 2014
Dates : 6 – 9 September 2014
4 pax (reduced to 3 at the very last minute)
6th September 2014
1.40 pm : Reach Kota Kinabalu
- Singgah di KK
untuk beli barang-barang makan atau keperluan sebab barang - barang di Kundasang mahal (Lunch)
3.30 pm : Depart to Kundasang (perjalanan
should take around 2.30 hours)
6.00
pm : Reach Kundasang – check
in, freshen up, solat etc (KINABALU MOUNTAIN LODGE)
7.30 pm : Jalan Jalan Cari Makan (Dinner)
10.00 pm : Bed time
7th September 2014 (Kundasang)
5.00 am : Subuh @ Siap
6.00
am : Keluar bergambar dengan
puncak gunung semua time sunrise, (breakfast kat hotel) – check out from
Lodging
7.30 am : Visit Kinabalu Park + Desa Cattle + War Memorial Park
11.30 am : (Lunch)
1.00 pm :
Depart to Poring Hot Spring:- (One hour drive)
- Butterfly
Farm
- Hot Spring
- Jambatan Kanopi
- Mandi Waterfall
- Gua Kelawar
4.30 pm :
Gerak ke Kota Kinabalu
7.00 pm :
Check in Karambunai Suites
8.30 pm : Makan Malam (Seafood)
10.30 pm : Bed time
8th September 2014 (Kota Kinabalu)
5.00 am : Subuh @ Breakfast @ Siap
8.00 am : Depart to Jettleson Jetty
- Boat ride to Tuanku Abdul Rahman Marine
Park
- Island Hopping & Snorkelling
-
Suggested Snorkelling Spots (Pulau Manukan & Pulau Mamutik)
REMINDER
:
1. To bring food / drinks along. Food can be very
expensive on the island.
2.
Bawak tikar untuk sun-bathing
4.30 pm : Depart from Marine Park to
Hotel
7.30 pm : Jalan Jalan Cari Makan Malam
8.30 pm : Shopping di Pasar Filipina
10.30 pm : Tido
9th September 2014
Flight KL : 9.30 pagi
Flight KB :
5.00 am : Subuh @ Bangun @ Mandi @ Siap @
Breakfast
7.00 am : Depart to KK Air Port (estimate
travelling time : 1 hour)
8.00 am : Serah kunci kereta
Sampai rumah
dan weep for the trip has been very short
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Now, let's talk cost bagi mereka yang merancang bajet untuk bercuti ke Sabah. Pengiraan bajet ni adalah bajet sendiri berhad, maknanya for one person.
AirAsia flight ticket KL - KK : RM202.00 round trip, xde meal, xde insurance, xde preferred seat allocation, xde baggage fees.
Car Rental : RM300 / days
(My bahagian : RM100.00)
Petrol : roughly dalam RM120.00 / 3 person
(My bahagian : RM40.00)
Kinabalu Mountain Lodge : RM172.00 / family room for 4 person / night (booked through Agoda)
(My bahagian : RM43.00)
Entrance fees to tourist attractions di Kundasang / Ranau / Poring : roughly dalam RM30.00
Tuanku Abdul Rahman Marine Park (Snorkeling Gear) : RM50.00 ++
Seafood and lobster : RM300.00 / 3 person
(My bahagian RM100.00)
Shopping at for souvenir dan kiriman udang kering & ikan bilis dari mak : rougly RM100.00
2 Night stay kat Karambunai Spa Suite : fully sponsored by someone but we booked Tune Hotel KK initially for RM200.00++ seorang
Let's count cost, shall we?
RM865.00
Tak sampai RM1,000.00 pon...
Jadi ape lagi, pack your bags and start planning...
Now I can scratch off Sabah from my to do list
Nak tanya something further about my trip? Email me : krylonglue@yahoo.com
Chambering students suka email I tanya soalan-soalan comel.
Next stop? Well.. Hermmmmm... baru baru ni macam terindu kat Alex, the Lion. King of New York City. Rasa-rasanya patut pegi lagi tak?
No comments:
Post a Comment