Assalamualaikum dear readers,
Baiklah... Blog I ada stalker tak? Kalau ada, gembira Kak Ton mendengarnya. Sekiranya ada yang selang sehari dok google nak baca gosip-gosip atau cerita-cerita percutian Kak Ton, maafkan Kak Ton kerana tidak rajin nak update blog ni.
Baiklah, so far Kak Ton ada 3 program (percutian dan jalan-jalan) yang overdue, yakni tak masuk blog ni lagi. Kemain kau. Ingat Kak Ton diam, Kak Ton tak ke mana-mana? Siapa Kak Ton? Okay Abaikan.
Ceritanya macam ni, macam biasala hujung-hujung tahun bila dapat kalendar baru, perkata pertama yang I akan tengok is Cuti Umum. Hikhikhik. Dari January sampai la ke December nun. Cari cuti berkembar yakni cuti yang jatuh hari Jumaat, Ahad atau Isnin. Siap tanda dah ni dan siap rancang nak ke mana bagai semua. Perancagan tu penting sebenarnya.
Setelah dibelek kalendar tu terjumpa la cuti yang best iaitu Chinese New Year. Tak hagak-hagak nak pegi bercuti time CNY. Penting untuk I rancang vacation dengan teman-teman sebab masing-masing dah duduk berjauhan. Ikin kat Manjung, Paan kat Aloq Staq, Meks kat Kota Bharu, Yeya kat Tapah sekarang dan kami saki baki golongan B*Sync yang agak rapat sebab semua single lagi. I dont remember if there was an initial planning to go somewhere else, takde rasanya.
One fine day, approximately 2 weeks befor CNY arrived, I called Ikin bajet-bajet nak melawat Paan kat Aloq Staq tapi Paan suruh KIV dulu sebab kemungkinan besarnya dia dan family nak bercuti bersama. I pulak fesyen yang suka "book" the date awal-awal. I can't be planning my journey to anywhere outside KL in less than a week. Kelam kabut nanti jadinya. So, as Paan asked us to put our plan on hold, I spoke to Ikin. She suggested since she is on semester break (Ikin is student Master, BTW) and in Manjung, why dont we all come to her place in Manjung / Lumut. Terus it rang to my mind, let us all go to Pangkor this time. Kebetulan my sister tengah tunggu result SPM, it would a perfect oppoturnity to take her tfora vacation. Dia pun tak pernah bercuti rasanya, sebab my mom is a workoholic... T__T. Pastu takut-takut nak bawa kereta keluar dari jalan yang dia biasa lalu. Ikin immediately agreed. She said she can take Mahfuzah, her friend in Manjung, along. Cantik.... But, rasanya tak meriah kalau tak ajak member B*Sync yang lain. I called up Meks in KB, told her about the plan to spend CNY kat Pangkor, she immediately agreed and book air ticket bound for Subang. See, senangkan berkerja macam ni. Gi Pangkor je. Everything done in 24 hours. And then there was Yeya, yang tak dapat beri kata putus. But she said, if she couldnt make it on Saturday, she will meet us in Pangkor in Sunday. Komitmen tu penting, people! Tapi kami tak berharap pun... maklumlah.. datang asing-asing ni kang sesat la, terlambat la..
The day came, where I picked up Meks from the Subang Airport (yang takde dalam GPS Myvi tu). She arrived sharp at 10am and I began the journey from PJ to Ipoh on Saturday 10am via PLUS Highway, of course. Tapi Naúzubillah, traffic jam. Kereta bukan lagi stok drive slow-slow. Stock berhenti terus. We should be able to reach Ipoh some time around 1.00 pm terus sampai jam 5.00 petang. Takke hangin Ikin dok nunggu kat Manjung nu ha... Plan asalnya nak jejak Manjung petang tu pusing-pusing Lumut, bermalam kat rumah Ikin, esok paginye shoot ke Pangkor. Hmm tak merasalah....
Sampai di Ipoh, picked up my sister, freshen up sikit, and then starrt driving ke Manjung pukul 6.00 cem tu. Ipoh - Manjung sekitar one hour driving via Highway Lumut (tapi tak de rupa highway pun, jalan je lurus straight tiada gangguan trafik). Ikin pulak dalam masa kitorang nak sampai tu la dia pergi berjalan-jalan, so dia minta kitorang pusing-pusing dulu before cecah rumah dia. Meks was eager nak tengok sunset kat Telok Batik. Kebetulan we reached Lumut sekitar jam 7.20 cemtu, elok sampai kat Telok Batik, dah 7.25pm. Sunset sekitar jam 7.29pm. Perfect sangat tapi biasalah haze kan. Terpaksa terima yang tak dapat nak capture reflection matahari kat laut masa matahari setting di jaluran horizon bumi. Ewah.. ayat.. TV3 sangat.
Short description of Telok Batik
Telok Batik ni bukan la pantai macam kat Redang tu. In fact compare to Feringhi Beach, Telok Batik tu macam dicipta dan dideveloped untuk cater penduduk-penduduk kampung sekitarnya sahaja. Pantai dia pendek kat pondok-pondok untuk orang berehat banyak dan rapat-rapat. From far away nampak semak. Masa kami sampai kat situ (memang takde niat nak mandi manda pun - buang tebiat nak mandi laut senja-senja. Tak pasal-pasal kena tarik masuk laut dek mermaid), tersangat la banyak la manusia (mostly kanak-kanak) mandi manda. Tersangat banyak, sampai jammed pancaindera nak digest begitu banyak manusia kat situ. Banyak jugak youngers dengan motor dan gitar, ngorat-ngorat awek yang lalu lalang.. (I tak de kena ngorat, zaman tu tak habis.. sob sob). As I said, tempat tu adalah untuk penduduk-penduduk kampung disekitarnya. Mat saleh memang takde. Sekian. Kalau kata nak tengok manusia putih pakai bikini, memang takkan jumpa. Ke tengah sikit ada dataran yang tapaknya digunakan untuk pasar malam. I think malam kat situ best kot. Meriah. So, the question is if you are visiting Pangkor, is it worthy to stop by at Telok Batik? Jawapan : No. It will waste your time sebab it has nothing to offer but sands in your car carpet. But if you are visiting Lumut and have no plan to board onto the ferry to Pangkor Island, then by all means, make a stop kat Telok Batik. Ambil gambar, dengar bunyi laut / angin.. Tengok orang. Beach activities sangat la limited.. Rasanya ada perkhidmatan sewa pelampung tayar.. tu je.. Yang lain-lain, xdok. Sekitar Lumut ada few more teloks yang boleh dilawat, i.e. Teluk Rubiah? ke Rubah? Errr... dekat-dekat la bunyinya.
teluk batik during sunset. no filter and suasana agak hazy
Moving on to the night after kitorang dah dapat jumpa Ikin, she took us for dinner kat sebuah restauran yang agak fancy kat Sri Manjung tu, Garden Horizon Restaurant namanya.. restoren makanan laut. Tempatnya cantik dan fancy. Bukan restoren Chinese, so tak perlu was was. Ada waiter dan waitress dengan proper suit. Best la kiranya. Maaf tiada gambar dalam restoren amik sebab kami taknak buat malu kaum.. Hewhewhewhew. Kami berlima bayar dalam RM250.00 kot sebab order soft shell crabs (yang memang deme sengaja tak nak letak dalam menu pakej)...huh...
Fast forward to the next day, setelah tidur di rumah Ikin di Sri Manjung selepas serangan migrain yang melampuar, jam 6 pagi semua dah celik mata. My sister bangun dulu sebab dia set alarm. Kemain lagi. Kalau kat Ipoh jam 11.00 pagi masih lagi mereloh dalam selimut. Then kami breakfast before bergerak ke Marina Jetty. Saja tanak naik kat Jetty Lumut. Jetty Marina ada parking yang sangat besar. They charge RM10 per day untuk parking kat situ. Pada masa yang sama Yeya dok texting kami, telling us to meet her kat Pangkor Island.. Ahh sudah, sesat kau nanti. Tapi jodoh dan pertemuan kan di tangan Tuhan, Yeya reached Marina Jetty sedap-sedap time kitorang nak beli tiket ferry.
ini cerita bulan february.. fuhh..
udoh jadi tempoyak dah
Ferry ke Pangkor is luas compared to the one we rode in Redang.. lebih sejuk dan lebih sedikit selesa. Perjalan from jetty to the island amik masa dalam 20 - 30 minit je. Tak sempat nak tidur pun. Dari jeti Pangkor ke Teluk Nipah (pantai di Pangkor yang kami tuju), kami amik teksi pink (van which can fit up to 7 persons a journey) dengan bayaran RM20 satu teksi setiap perjalanan. Pepandai la pecah-pecah kan duit tu time nak bayar.. Fast forward sikit lagi, kami sewa gear untuk snorkeling dan hire boat untuk island hopping dengan harga RM25.00/ per person. Please bear in mind that I paid double for everything sebab ada budak kecik sekor tu ngikut.. T___T.
Okay, honestly let me tell you, we Malaysians, in fact local oghang peghak lagi, were ripped off during this trip by the locals. Granted ini musim cuti semua, tapi... I will get to that later.
First, island hopping. Neay... not so much compared to the I had in Langkawi, for RM25.00 ringgit cover 5 island termasuk melepak kat Pulau Dayang Bunting, was nothing close being worthy. Radius antara pulau-pulau tu dekat sangat. Kalau aku reti berenang, aku berenang je ke pulau B dari pulau A and then ke pulau C. What kind of island hopping what that? And it wasnt even island hopping, we were taken to the first 'island' di mana masa air surut, all the DEAD coral timbul/muncul and we cant even step on it sebab let's face it, it is coral. And it smells like uhhh... bau laut. Bau hanyir ikan. I cannot tahan. I wasnt complaining though sebab I was among friends and they all buat suasana tu jadi best. Tapi kalau dari perpective "what Pangkor has to offer", haish ada banyak sangat benda nak komplen ni.
kawan-kawan yang buat suasana jadi best
Second he took us to another tiny pulau yang mana ada batu2 macam kepala buaya dan kepada turtle... tak de pantai, so tak boleh turun... Oooooooooo... okay.... Kepada buaya... nice.. Next!
Third pulau was where the pantai was la. He dropped us there. Katanya petang nanti dia datang balik. Whatttttttttttttt?? why??? Apparently kat pantai tu la kami kena pepandai la bawak diri. Dengan tak de makanannya.. Eh wait, snorkeling spot mana? Kau ambil duit snorkeling gear kami... tapi tak bawak gi snorkeling pun. Time tu macam tak digest lagi semua benda-benda yang tiada ni sebab seronok in the presence of my dear friends. Pembaziran dan kena kencing.. T_T
Kat area ni ada banyak batu-batu besar dengan kerikil penuh kat batu tu. Honestly it was damn dangerous. Tapi sebab panas, orang ramai terpaksa panjat batu tu untuk berteduh bawah pokok. Malang for Mahfuzah, she slipped and fell and horribly injured herself. It was few minutes after arrival kat pulau tu. Kerikil pada batu tu cut both of her kaki dengan amat dahsat. I couldnt watch and I held on my sister...takut benda buruk jadi kat dia. Mahfuzah tak boleh jalan tapi dia sangat macho. Tabik kat beliau. With her extra scarf, orang ramai tolong balut kaki dia and flag a boat untuk bawak dia ke main land untuk dapatkan rawatan. Part ni best, ada pulak certain boat taknak ambil dia sebab dia "bukan pelanggan" -_-' Tatahu ke orang emergency?? Siap ada suami orang yang macho dukung cik Mahfuzah yang macho jugak tu ke boat. Bila dah dapat boat, orang ramai yang lain pulak tanak kasi peluang, serbu naik. Ngaaaa.. Ikinlah yang ngikut beliau ke mainland. Ikin kata, dalam masa nak sampai ke teluk nipah tu, boat tu bawak ronda seround lagi tengok kepala penyu dan kepala buaya? What?? Hoi, orang punya kaki terbelah ni!!!
For almost half an hour kami yang tinggal kat pulau membunuh tu stunned. Terkejut sebab niat nak bercuti dengan gumbira tetiba jadi cem ni. Kami nak bergumbira sesama sendiri pun tak sampai hati sebab teringatkan si Mahfuzah. My sister je la yang galak main air laut sendiri2 dia snorkeling tepi-tepi pantai.. Apa yang dia nampak dengan air yang keruh tu pun taktahu la.
We got off that deadly island dalam jam 3.30 petang. Time tu air pasang... dan batu yang penuh kerikil tu dilitupi air.. Dah jadi satu hal, pantai dah tenggelam... Ape punya tempat percutian la orang boat ni bawak kitorang. Sampai balik kat teluk nipah, I was eager to try the jet ski. Adik aku, semua dia nak.. bukan dia kuar duit pun. 15 mins RM60.00. Boleh tahan cair jugak la taik telinga dengar. So kami pun pujuk2 abg boat tu untuk kasi an extra 5 minits. Tiau tiau punya tiau... dapatla seperti yang dihajati. First round, kakaknya cuba bawak. Whoahhhh best weh bawak kenderaan atas laut.. Bergegar-gegar lemak kat perut sebab kena hempas kan.. and then I passed it to my sister. Ada bakat jugak la adik aku nak merempit ni kan walau tak pernah pegang moto. (impian : beli jet ski 1)
Lepas 20 minits setelah basah kuyup kami pun tercangak la nak cari tempat nak tuko baju kat mana.. err errr errr... ada la satu "hotel" sediakan perkhimatan mandi/tukar baju... dia charge RM5.00 oihh... kalau toilet macam R&R Plus tu boleh jugak la nak terima. Ini toilet macam reban ayam.. nak pijak lantai barefoot pun tak sampai hati takut cacing masuk ke tapak kaki kot.. T_T. Melayu ni yang pijak kaum sendiri.. Pasrah dengan orang beratur panjang nye kami berangkat ke jeti pangkor. Owh kat situ ada tandas. 50sen je. Kami bukan nak mandi tapi kami nak tukar baju.. masuk semua tukar baju.. after 3 mins.. orang dah start ketuk. Oii sabar boleh.. siap blh sound sini bukan tempat mandi la woi.. perempuan ni yang jerit.. perempuan.. rasa macm nak libas je dengan seluar berpasir tu ke muka dia. Aku mandi ke pun.. kau tak tahan nak kencing, pegi kencing kat longkang!. cakap dalam hati je la kan.. tapi kalau makwe tu baca blog aku ni.. bawak2 la bertenang ye..
Kami sampai balik ke rumah ikin petang dalam jam 5 ke 6 macam tu di mana lepas mandi semua flat tertido. My sister especially.. tidurnya membawa ke esok pagi.. taknak dinner sebab penat sangat. Malam tu, kami visited Mahfuzah macho kat rumah dia, and found dia rajin shopping kat zalora.. bersusun kotak zalora kat rumah beliau. She was okay... siap gelak2 riding her pimped ""burberry" wheel-chair.
And there goes, my trip to Pangkor. Pangkor itself didnt make me happy... When you have experience big island like redang or tioman... pangkor ni jadi.. mehh.. what?? feringghi pun best lagi kot. Tapi dikelilingi oleh kengkawan yang weng, semua jadi best. The day after that, we woke up early and separated our ways to our town masing-masing. :)
2 comments:
dah lama tak pergi teluk batik... last masa belajar .. itu jerla..hehe..
Memang berbatik lah u',ll... Huhuu
Post a Comment