Raya..
Korang raya macam mana?
Ada macam-macam ragam ye dak?
Kali ni aku punya raya sangat la bosan. Cuti 10 hari kau tahu??? Lama tu.. Kalau nak pi menikah kat siam memang lepas sekali dengan honeymoon kat Bangkok. This raya I made plans untuk celebrate raya according to what it is supposed to mean sebagai contoh, pegi beraya rumah ke rumah like truly visiting rumah sedara mara senak sanak rakan-rakan dan sebagainya. Dalam list tersenarai untuk balik Penang - lawat rumah adik beradik mak, makcik dan pakcik dan paling utama lawat kubur Maklong dan Maktok. I had dreams tentang Maklong. I missed her and sampai sekarang macam tak percaya yang Maklong dah tak de. And then I thought I wanted to beraya dengan my dad. 14 tahun tak beraya dengan my father sebab ada halangan dan kekangan masa and I wanted to have a short trip / percutian dengan my mom and my sis.
Bunyi plan ni macam extravagant la for me tapi meleset kecepet semuanya except for one which was beraya dengan my father which I shall not share with you kind readers atas sebab-sebab bapak aku tu artis sebenarnya.. kome je tatahu. Moving on...
Mak aku boleh pula main aci tak larat nak balik penang dan yang lagi kasi aku berasap dia boleh tak cuti rabu dengan khamis tu sebab takut nak apply cuti sebab bos dia tak cuti. Weiiiii... it is not her problem that her boss doesnt have a life kot. Pagi raya aku dah macam moody sebab tak jadi balik Penang. Second day raya, semua pakat buat baloq liat nak gerak dari sofa.. Raya ketiga (rabu) memang marah tak boleh hide lagi. I sent a text to my mother mmg meroyan la kiranya.. stok rebel mcm mintak kena humban masuk lombong ni.. Finally mak kata Friday dia akan cuti.. Hey hey mother.. Friday I ada plan dengan rakan2 sebaya. I told you kan.. Kemon mother.. Kemon..
Tgk, family first sampai beraya dengan kawan2 buat hujung minggu tu ha.. tapi acane nak celebrate family kalau tak de kerjasama kan? So this entry sebenarnya pasal nak cerita la tentang celebration raya yang my friends and i decided to have... Temanya adalah "Beraya Cara Kami".
Kau tengok mukadimahnya.... 4 perenggan.. Kau mampu? Bahahahaha
Percaya atau tidak plan ni datang ketika komen komen kat facebook je seminggu sebelum raya..dari cerita pasal fasha sandha (ok tipu je sebenarnya tak ingat trigger point plan raya ni) tetiba tertukar topik pasal plan nak beraya bersama. Sembang punya sembang, terbit idea untuk berkelah... di... TAMAN TASEK TAIPING..
Berapa kerat sangat orang KL suka berkelah sekarang ce habaq mai.. dengan pollution dan panas matahari orang Malaysia xdenye hingin nak berkelah sekarang ni. So we came up with idea utk buat potluck versi berkelah dan pusing taiping thereafter and we successfully executed our plans.
As plan, kami berjumpa di Taman Tasik Tepeng dalam jam 11.00 pagi. I was from Ipoh. Ikin n Mahfuzah all the way from Manjung. Kau nampak komitment tu macam mana? Ini baru friendship. Kena komited.
Sampai2 cari port, and then bentang tiko.. melantak sampai buncit.. Mahfuzah bawak spaghetti, ikin bawak nasik impit.. dan I brought egg sandwiches and buah-buahan tempatan (Kiwi dan Stroberi beli Mydin, tempatan la tu).
Dalam sejam setengah mentekedarah, Ikin proposed jalan jalan dalam Zoo Taiping. (pastu teringat my trip to Zoo Tepeng prior to this trip tak masuk blog lagi.. ahkak bizi maafkan ahkak).. Kami pun okay aje... Zoo Tepeng memang best. tapi Ikin stok "Aku tanak jalan, aku nak naik tram" Heh? Apa barang? Tapi sebab perut dah buncit macam toyol, kami redha je naik tram. Tanak cite banyak la pasal zoo sebab naik tram ape sangat nak diceritanya kan..
Biarpun naik tram, blh tahan lama jugak kami dalam Zoo tu.. Antara conversation yang I could remember we had was tentang Justin Bieber dengan Orlando Bloom... Yes kids.. Umor 30 tahun pun kami borak pasal Justin Bieber.. Hampir 2 jam dalam Zoo Tepeng kami akhirnya berjaya membebaskan diri.. It was simple but it was fun... Makan2 bawah pokok tepi tasek.. memang havoc..
Kendian Ikin proposed lagi kayuh itik.. tengahri2 buta kayuh itik.. tak terkayuh wehhhhh..... Tips : Kayuh itik dalam tasek petang2 je okay. panaih terik lip lap lip lap..
We cheched out from Taiping dalam jam 4.30 petang.. and the photos are as follows:-
Kami tak plan nak pakai Black & Blue.. Suratan dan Kebetulan je..
Manis kan kami kan?
Mahfuzah is a new friend as dia tu kawan sekolah Ikin.
Tapi ngam nye kemain lagi siap blh laga-laga hidung.
Rupanya Mahuzah April Baby jugak macam Ikin & I
Ikin's birthday is on 4th of April
Mine is 7th of April and
Mahfuzah's is on 10th April
Ate selang 3 hari je kome..
Itu lah coretan raya ahkak.. Saje nak abadikan dalam blog untuk kenang-kenangan.. Dalam seronok2 tu, ingat-ingat lah mereka yang tak merasa untuk beraya.. Panjang-panjang doa untuk mereka.. InsyaAllah ada ganjarannya.. InsyaAllah.....
1 comment:
beraya cara apa pun ok yg ptg hati kita hepi dak yer... cantik mural kat belakang tu...
Post a Comment