Pada hari ni iols nak lunaskan hajat menulis tentang my fartherest and longest trip ever dengan kereta Myviku (yang baru umur 6 bulan tapi milagenya dah hampir 20,000km). Perjalanan ini jauh dan panjang kerana misi menghantar adikku ke UiTM, Kampus Bukit Besi, Dungun, Terengganu (not to be mistaken as UiTM Kampus Dungun).
Pada yang tak berapa maklum, my sister dapat tawaran melanjutkan pelajaran dia dari UiTM dalam bidang Kejuruteraan Kimia atau bahasa glemernya Chem Engin atau bahasa orang putihnya Chemical Engineering. Hajat di hati adik ahkak ni nak campur campur solution dalam makmal dan memakai lab coat putih bajet bajet macam pelajar pintar. Tapi katanya masa Minggu Destinasi ke Destini Siswa, dia diberitahu Chem Engin ni more towards pembuatan enjin dan mesin basuh (??? kau biar betul adikku). Nonetheless, she was super excited to venture a new journey and amatlah berbangga dapat title "Budak U" sekarang. Tapi our mother, tak berapa excited knowing that little sis campus is in Dungun. Initially, we thought Kampus Dungun tu. Sebagai seorang kakak, I told her tempat tu havoc ahh sebab belakang tu ada pantai. Sister pun syiok syiok la dapat tahu kampus dia sebelah pantai. Rupa-rupa telahan kami salah!
UiTM Bukit Besi ni kampus baru yang didirikan di tengah tengah kawasan FELDA kepala sawit dengan perjalanan lebih kurang sejam setengah dari Kemaman dan setengah jam dari town Dungun dan err basically 10 hours drive from Ipoh via Kuantan dan siapa lagi la yang emak nak harapkan selain anak terlebih daranya ini untuk memandu ke tempat tersebut. Mom tak berapa encourage sister untuk pursur this subject kerana faktor lokasi. She would prefer sister to further buat matriks KPM di Kuala Pilah, again sebab faktor lokasi. I, on the other hand, support habis-habisan sebab this is sister's first choice and she has been buzzing everyone tentang Chemicle Engineering since SPM ended. She has gotten what she wants and I dont see any reason why she should reject the offer. Sebab lainnya adalah, eager nak merantau ke Terengganu dengan kereta. Ahaks.
So, kami memulakan perjalanan pada pagi sabtu 31.05.2014 dari Ipoh sekitar jam 7.30 pagi. I was the first one to drive the car. Mom tak pernah bawak my Myvi. Katanya dia takut tapi willing nak try bila dah lepas area Gua Tempurung (sebab jalan kat situ belok2 dan berbukit). Sister, well safe to say we dont trust her at all semenjak kejadian memandu di PLUS Highway Taiping - Ipoh. I will get into that some other time.
We reached R&R Ulu Bernam sekitar jam 9.40 pagi and decide nak breakfast kat sini. Rupa-rupanya kat R&R ni ada kedai kueh pau Tanjung Malim yang sedap tu..... Korang tahu tak? Kami pakat borong banyak-banyak habuan nak mengunyah dalam kete. And then mom took over driving and I for the first time, duduk di rear passenger seat Myvi ku ittew. Heaven betul bila ada orang drive. Bajet-bajet macam nak terlelap tapi I can't trust Mom with my car. Ahahaha.. Dia punya speeding, hamboi kemain! Mentang-mentang kete ringan. Tiba di Tol Sungai Buloh, I amik balik steering kereta because Mom HATES the traffic in KL and kawasan kawasan outskirt KL. To cut the story short, Mom said she could never drive on Lebuhraya Pantai Timur nak nak before sampai Karak tu dan dia impress that I can drive to Kuantan utk kes kes bicara kat situ.
Since we knew it was going to be a very longggggg journey, kami decided nak bermalam kat Cherating. Amik feel laut buat terakhir kalinya since sister pun suka pantai. We reached Cherating dalam pukul 3 petang or may be slightly earlier. Matahari memang stok tengah lip lap lip lap atas kepala. We checked in kat Eastana Cherating Resort dengan bayaran RM180.00/night/3 person. Quite reasonable, if you ask me.
Eastana Cherating Resort
kami bertiga suka shower dia sebab pressure air sangat kuat dan airnya banyak.... voom!
Yang sedihnya adalah, lepas solat zohor bla bla bla dua dua beranak tu pakat tidur. Hello siapa yang driving paling banyak ni? Yang sister tu nak tidur kepenatan kenapa? I pulak spesis dah ada kat tempat baru, rugi kalau tak discover kan. Ajak diorang, semua pakat tak larat. Apa barang la diorang ni so since I have the car keys, I meronda la sekitar Cherating Beach tu alone dan terus ke Turtle Sanctuary. Well tak jauh pun Eastana. Like 3 mins driving (2km kot).
Turtle Sanctuary
Tempat ni kecik je. Di dalam tu ada kolam di mana mereka tempatkan beberapa ekor penyu berlainan spesis di dalam kolam. Penyu belimbing xde. Ada satu jenis penyu tu agak besar dari yang lain lain dan corak dia macam agak cantik dan ada satu kolam lagi penuh dengan anak penyu. Oihhh comel kot. I dont know if I manage to get any useful information sebab I went there memang semata2 nak tengok penyu dan tengok penyu sahaja. So I didnt read anything. Pulak tu arrived kat situ dalam jam 4.00 petang. 4.30 dah nak tutup dan terpaksa berebut rebut dengan pengunjung pengunjung yang datang rombongan sampai 3 bas. Aduyai.. But jika nak singgah, boleh la allocate setengah jam kalau kalau yang lalu area Cherating - Kemaman ni. Masuk free tapi boleh la derma bagi membantu penyelidikan dan reservation penyu-penyu ni. Owh and this place betul-betul bersebelahan dengan Club Med. It is easy to find.
Petang tu, selepas dua beranak yang tidur tu dah segar, kami pegi la jalan-jalan kat Pantai Cherating tu. Angin kemain kuat lagi (patutla MH370 hanyut jauh sampai ke Lautan Hindi #eh?). Seronok juga merasa angin kat sini. Boleh la jemput enjoy gambar-gambar di bawah. Sebenarnya bukan gambar Cherating sangat. Gambar kami kat Cherating sebenarnya. hew hew hew. Kami tak mandi pun sebab macam tak de feel nak mandi. Takat celup celup kaki dalam ayaq laut ja. Sebelum pi pantai kami boh sunblock dulu. My sister was like "do you really have to snap a photo of u applying the sunblock, along? like really?". Suke la!
nampak tak manusia manusia mandi sampai ke tengah lautan sana?
pantai dia ni panjang yang amat.
"As the sun sets"
Warung Awang Ikan Bakar
Malam tu, I pun google google la tempat-tempat menarik untuk makan kat Cherating ni. Dan kami stumble upon few blogs suggesting Warung Awang Ikan Bakar (W.A.I.B). Katanya masakan seafood kat sini best best belaka. I dont know if I can agree. It was not bad. It was okay tapi nak kata best sedap yang amat-amat tu tak la kot. Plus, it was rather expensive if you ask me. Kami tak ambil la ketam sotong bagai sebab kami anak beranak pesyen elergik shellfish. Tapi kami amik udang, ikan dan sayur kot. We paid Rm70++ for the meal. Baik makan kat Mohd Chan Restaurant, lagi untung! Udang beso beso sama besar macam ibu jari kaki aku. (promote nampak)..
Nightlife in Cherating
Ya Ampun, Cherating waktu malam sangat la lifeless. There are bars opened tapi siapa pun takde. In fact takde orang berjalan-jalan kot kot nak amik angin. Nothing. And then Cherating xde town pulak tu. T__T . I would rather spend the night kat Kuantan. At least Kuantan ada town. Boleh window shopping. Sudahnya, kami duduk dalam chalet dan tengok TV biarpun gambar merenyut sebab takde Astro.
2 comments:
Uitm bukit besi ni ad sediakan iron and iron board tak? Ke kena bwak sndri ea?
Kena bawak sendiri. My sister brought her own iron and bought the board at the dungun town.
Post a Comment