Thursday, July 21, 2016

Kuew Teow Goreng (Mom's Recipe)

THIS IS LIKE MY ULTIMATE FAVORITE
sebab this is my mother's recipe.

Latar belakang kisah macam mana boleh termasak resipi mak ni, kita share la sikit.
I was homesick but I did not feel like driving to Ipoh. At the same time, I also missed my mother's cooking particularly, this Kuew Teow Goreng. I know cara nak buat dia simple nyet nyet je. I know sebab I saw how my mom did it one time, but I did not know the ingredients.

So I texted my mother.


Secara ringkasnya, itu je lah bahan-bahan dia guna. Tapi text ni tak habis kat sini je. Ianya disusuli dengan panggilan telepon pastu kena jerkah jugak la beberapa kali kekekekeke... Pastu kena lecture "aku suruh hang belajaq masak, hang tamau!! Penin pala aku haih".. Nyet nyet nyet nyet.

Okay, basicnya adalah resipi di atas lah. Perasan tak, ayat stended mak mak - aku main agak ja.

Kita tulis cantik-cantik la untuk rujukan masa akan datang.

Resipi ni to serve 400 - 450gm of kuew teow roughly untuk 2/3 orang makan.

Bahan perap (lagi lama perap, lagi la sedap tapi mak kata 10 minits should do it)
  • Daging (hiris halus - halus)
  • kicap manis cap kipas udang (mak kata brand ni je sedap)
  • sos cili
  • sos tomato
  • sos tiram
  • lada hitam
  • satu sudu besar gula
I boh dalam tupperware, sumbat dalam peti ais sementara sediakan bahan blend dan bahan-bahan lain


Bahan blend
  • 2 bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 8 - 10 cili kering (nak pedas lagi, tambah lagi. Tanak pedas, kurangkan)
  • 3 - 4 ulas cili padi merah (ntah la, cili kering tu tak pedas, mak buyong tak reti beli cili kering - so kena tambah cili padi kasi pedas)
Para pakar bagi idea blend bahan-bahan ni dengan minyak supaya nanti senang, dari blender terus simbah je dalam kuali panas. I cam, banyak nye nak guna minyak untuk lubricate bahan-bahan ni. So I tak guna minyak, I guna air je. Dan panaskan minyak macam biasa. Buat manual je senang. Dah blend, letak tepi.

Sayur-sayur pilihan
Tomatoes (love, love love)
Carrot (hiris halus-halus)
Park choy (I hate sawi)
Taugeh / kucai
atau nak senang, frozen vege

Protein pilihan
My mom biasa guna daging, udang dan sotong. Masakan rumah kan meriah. Ahaha. I use only sotong or udang dan mesti ada daging.

Benda-benda ni semua, letak cantik cantik atas counter top supaya nak masak ni, main grab dan campak sahaja.

Cara penyediaan:-
Macam biasa, I will use api sederhana kecil/sederhana sahaja supaya senang nak monitor.

1. Tumis bahan blend sampai la wangi.
2. Secara berhemah, gunakan chop stick atau garpu atau nak lagi afdal, guna tangan - kutip daging dari perapan (remember daging sahaja), liquid perapan tu tak mahu langsung kalau boleh, boh dalam kuali panas tu. Immediately tambah tomatoes. Saya suka tomato benyai (lembik)
3. Bila daging dlm 80% masak, boh hirisan carrot dan frozen vege (kalau guna) - gaul sampai sebati
4. Masukkan kuew teow, gaul sampai sebati - adjust rasa (garam, gula, kot nak boh chilli flakes ke, terpulang)
5. Masukkan sotong dan sayur daun - gaul sampai sotong masak (sotong overcooked tak sedap) dan sayur daun layu.
6. Kalau guna taugeh - tutup api - boh taugeh - gaul. The heat from the kuew teow will cook the taugeh. Baru la dapat crunchy crunchy.
7. Hias - dengan kucai ke, bawang goreng ke. Egg strips ke.

I have made this like 3 4 kali dah. Dan I improvise every time. Tapi I make sure rasa macam kuew teow goreng mak tu tetap ada. Husband tak minat sangat makanan lain selain nasi, but kalau ada extra dalam kuali, bertambah juga la sehidangan lagi untuk perut suami.

Caution : when I started making this, I didnt care much tentang presentation. So gambar-gambar dia macam huduh belaka. Ahahaha. Tapi rasanya, eh rasa macam masakan mak lah.



Berbeza kan? Yang atas tu cuma terextra pedas je. 
Yang bawah, malas cari sayur dan basah skit.
But rasanya tetap sedap!
But I am pretty sure, you alls lagi pandai masak. I share this post in my blog supaya I senang rujuk whenever I need it dari dok scroll whatsapp dari Mak.

Next nak belajar resipi sup bunjut dari Mak. Dia dah ajar tp sebab dia buat perencah bunjut sendiri, I rasa macam renyahnya la Ya Rabbi. But tengok la nanti macam mana.

No comments: