Tuesday, February 21, 2017

Breastfeeding Journey

Hi, 

I am writing this so I can read later in the future.



Since I got pregnant, I have been wanting to exclusive breastfeeding my baby kurang kurang takat 6 bulan dan dalam masa yang sama berharap rezeki diberikan pada my baby to enjoy my milk sampai ke 2 tahun. Reason utamanya adalah it helps us, financially. Dengan taksanya yang mencecah RM5000.00 ++ setahun, I think it is appropriate to panic when it comes to the cost of raising a baby. Jadi, kat mana boleh cut cost, I normally berusaha ke aras itu. Cuma, tang nak cut cost membeli pakaian baru kat anak tu macam tak boleh nak master lagi.

From diaper, bermula dengan Mami Poko, I downgrade to Petpet. Bagus juga. So far bum bum Firdaus tak de rashes pun. Bocor tu ada la sekali dua kalau salah pasang tape nye atau dia poop massive goop. Naik sampai ke belakang nun. Tapi I have no complains using slightly cheaper diaper. Lagipun baby poops a lot, tak sempat nak peram baby dalam urine diorang for them to develop nappy rash. So, nak beli diapers mahal-mahal rasa tak berbaloi sangat.



So coming back to my breastfeeding journey. I have been doing it for three months now. I can say it was fun. Breastfeeding adalah sangat menyeronokkan especially masa direct feeding. Plus, it keeps my baby to relax dan more importantly, I am the only who can calm him time dia mengamuk atau terkejut sebab mimpi. #PowerofBubis bak kata pak dia.

Menurut support groups, mindset is the most important and the milk booster yang paling terberkesan. I guess it is right, I do not really experience shortage of milk supply lagi sekarang. Susu pun tak de meriah macam sesetengah mothers tapi kalau pam tu selalunya ada la benda keluar. Mungkin sebab dari mengandung dah set nak susukan anak exclusively, maka susu tu selalu je ada.

Preparation
Truth be told, I started collecting information tentang breastfeeding selepas Firdaus lahir. I thought what is so hard about breastfeeding, it is there kan, bila baby nangis just stick into their mouth. It is not like that. Lucky, I bought breastpump sebelum beranak lagi. So, masa dalam pantang, I fully gunakan my breast pump to feed my baby. My first challenges come just after three days of delivery. 

Challenge #1
Susu tak keluar
I did not get the chance to bond skin to skin lepas delivery sebab I was very high on drugs. In fact lepas I declared he is a boy, I ask them to feed him dengan formula, which I truly regret. Tapi in my defence, I was really stoned masa tu sampaikan sanggup bagitau husband suruh bagitau doktor I wanted a C-Section sebab tak tahan sakit nak teran. So, my baby had been feeding on formula two days. Day 3 kat wad, lactation consultant try nak ajar untuk DF, baby mengamuk sebab susu tak kluar. He sucked but I don't know lah, susu tak kluar. Picit picit ada susu tapi mungkin dia dah biasa susu dari botol keluar laju, dia tak puas bila DF. I tried both sides sehinggalah nipples crack. Masa ni tak perasan lagi nipples dah crack.

Balik je rumah, terus panggil bidan untuk urut. Bidan tu urut kemain la sangat. Dia gentel, tarik semua cukup. Dan kena dengan gaya urutannya, susu memang keluar. Sekali, nipple crack. Bila my baby started suckling, the pain is unbearable sampai menangis nangis nak susukan anak. Disebabkan ilmu yang sangat cetek pastu ketidaksabaran merajai hati dan masa yang sama dok fikir jiran jiran marah anak meraung raung. Maka dibancuhkan lah formula untuk Firdaus

Challenge #2
Cracked nipple
Rasanya almost SEMUA new mother akan experience benda ni. Cracked nipple is no monkey business. Sakitnya sangat OMG suatu penderitaan yang kalau boleh tak mahu diharungi. It is painful bila baby sedut. It is painful juga bila pumping, just a little less dari direct feeding. Bila pump dapat la 2 oz from both sides. Masa tu tengok susu dalam storage bottle ~ alahai sikitnye la. Anak pulak kat kat hospital dah diajar minum 2 oz sekali hadap, maka demand dia tinggi. Susu badan pulak every three hours baru "refilled" balik so nak kejar demand dia 2 oz setiap sejam - sejam setengah tu rasa sangat la memenatkan. So, berselang seli la dengan formula. Kesian anakku itu.

Challenge #3
Kekangan masa
Dalam pantang, I had time. Dah dalam maternity leave, I sure had a lot of time. But I use that time to sleep sebab I was sleep deprived like big time. Dengan husband kat KL, only visited sehari seminggu, dengan my mother sekali sleep deprived. I fully utilise my privilege di mana "the mother should sleep when the baby sleeps". So, sebab letih senantiasa, dan nak yield 2oz in 30 minit (each pumping session), rasa leceh sangat. Masa ni guna Lacte Duet Elite. It is a heavy duty double pump tapi, hanya reti buat sebelah sahaja each sessions sebab sebelah tangan kena pegang botol, sebelah lagi nak massage breast to stimulate. So, 15 minutes each sides utk dapatkan 2 - 3 oz tu rasa bercinta sangat. Lebih baik tidur. Haa.. masa ni tak motivated lagi nak breastfeed. Tambahan pulak, formula tersedia. So, Firdaus berselang seli FM dan BM (tapi gradually BM tu lebih banyak dari FM). 

Masuk minggu ke 4, boleh dikatakan Firdaus fully breastfed. Stok pam harini guna harini. Setakat ini, tak berani tak bagi direct latching sebab dia tak pandai latch, kita pun tak pandai nak position kan dia dan ditambah pulak dengan sakit belakang dan trauma cracked nipple. Dalam hati berkata - pump pon pump lah, janji dia minum susu ibu. Formula dah tolak ke tepi.

As far as I could remember, Firdaus minum dalam 3 kotak kecil formula Anmum tu je.. 200gm X 3. Ada beli satu yang besar 600gm kot sampai skrg tak guna sebab susu badan kian bertambah.

Challenge #4
Stok susu
I DID NOT KNOW THAT YOU MUST START MAKING STOCK MASA DALAM PANTANG. Dan bila dah tahu, I thought of "rumah tak de fridge besar so how la?". Percaya atau tidak I started keeping stock 2 hari sebelum masuk kerja. Memang jenis kais pagi makan pagi kais petang makan petang la kiranya. To date, I have collected dalam 25 x 3oz packs. Lagipun, the idea of keeping BM dalam freezer sampai 3 4 bulan cam agak tak best. Kalau boleh setiap feeding nak bagi yang fresh kan. Alhamdullillah, so far boleh kejar demand anak.

To me, breastpump tu sangat penting. After joining support groups, I notice ramai ibu ibu beli 2 3 4 jenis breastpump sebab ada yang tak kena la, suction kurang la, ntah kenapa I rasa membazir. Kenapa tak invest terus untuk satu pump yang berkualiti terus?

I use Lacte Duet Elite. This is the first pump I beli, dengan harapan I can pump efficiently dengan menggunakan double pump.. Jimat masa. But I never used both of the cups sekaligus sebab rasa suction kurang kalau gantung kat bra semata mata. So, I tend to buat sebelah sebelah.. kalau rajin dpt la pegi 30 minit X 2, kalau tak rajin, 15 minit X 2... Leceh kan? And then, I learned ada sesuatu dipanggil "Freemie". Google punya google... amboi cecah RM400.00 utk cup sahaja. Mahainyaaaaaaaa... nak nangis..

Challenge #5
Tuntutan kerja yang memerlukan pekerjanya sentiasa on the go.
But, I thought at that time investing in freemie cups won't be a waste. Lagipun, boleh claim tax exemption under the 2017 budget. Trust me when I say, this is the best decision I ever made. Sebelum ada freemie, or lebih tepatnya sebelum tahu kewujudan freemie ni, I dah serba salah dan susah hati how to restock EBM di kala I have to go out of town for my Court trials. Siap plan perjalanan nak berhenti kat R&R to pump and then continue the journey. Dengan adanya freemie, I just stop kat R&R to put on the cups and then boleh teruskan perjalanan. Berhenti kat next R&R untuk simpan expressed milk dalam storage bottle/bag aje. Mudah sangat dan sangat menjimatkan masa. I also find that freemie ni amatlah mudah digunakan kat office. Jadi tak de la curi masa sangat nak pumping masa waktu bekerja. Maintenance pun senang. Tak renyah nak cuci. So yea, freemie is the best investment I did to exclusive BF my son. I bought my freemie for RM340.00 with postage (2017). I think this the cheapest sold so far.

Challenge #6
Pumping while at Court. 
Setakat ini belum lagi pernah pump kat Court. Pump dalam perjalanan ke Mahkamah pernah dah sekali ~ guna Freemie. Ada one time, almost nak pump kat Court tapi kes habis awal. Yang ini, bila tiba masanya I think it is either I have to do it in the surau or pump dalam kereta je. Waktu pumping 3 jam tetap kena jaga.

Challenge #7
Motor pump rosak
This happened before I returned to work. One of my double pumps motor rosak. Mujurlah pusat service Lacte ni dekat dengan my house. So, I went there one day sebab pump masih under warranty. Rupanya, susu dah berkerak kat dalam motor pump akibat back flow. (Susu tersedut ke dalam motor). Masa tu dah susah hati. Kalau kena tinggal pump kat service centre cemana nak pam susu. So, I invested in a manual pump. This one I beli second hand je. Medela Harmony. But it is good as new. In fact kotaknya pun cantik berkilat lagi. Rupanya previous owner tak sempat nak guna pun. Beli beli konon nak pam susu, susu tak nak keluar. So, she sold it to me for RM100.00. Ok lah kan? Yang ni tak berkesempatan nak guna lagi. Harap harap tak perlu guna tapi saje la beli, mana tahu kan berguna kelak. Nak marmet tak reti.

Challenge #8
Susu LDR. Kemudian membazir. 
Ini sepatutnya berada antara cabaran yang terawal sebab before I learned tentang milk collector, collecting milk yang LDR ketika anak menyusu adalah sangat hazab. Ye lah, tak pandai. Alatan bantuan pun sikit. Masa ni I tak purchase lagi Freemie or Medela harmony tu. So, every time LDR berlaku, tekap tuala je kat bubis. Sayangnya susu. Kadang kadang tengah berjalan pun boleh LDR dah menitik atas furniture, atas lantai. Maka my mom mengamuk la kena mop satu rumah. So, for this, I invested in the Hakka Milk Collector. Sebelum kenal Freemie, I am super impressed dengan milk collector ni. Just lekap dan leave. In 30 minutes, collector tu dah almost full dah. Baru la tahu, ibu ibu tandem guna cara ini lah selain dari pumping sebelah dan DF kat sebelah lagi. Kemudian, Firdaus pulak fuhh kaki dia kuat macam badang. Dia sangat suka terajang, jadinya ada la beberapa insiden dia terajang milk collector tu sampai terpelanting tertumpah susu. Sedih weh tengok susu badan tertumpah.

Challenge #9
Storage refrigerator
This is becoming really fast as a challenge for me kerana Alhamdulillah, Allah bagi rezeki dapat 5 ke 6 pack of 3 oz every day kalau pam kat office. Maka peti ais ku yang kecil tu kini memang khas utk susu je. Bahagian sejuk beku kini tak de dah lauk mentah, digantikan frozen EBM. I am thinking of getting a new fridge now hanya untuk letak susu. Tapi susu tak banyak mana sangat pun. So I am 50 -50 tentang getting a new fridge.

So, buat masa sekarang dah 3 bulan breast feeding Firdaus, inilah cabaran yang I hadapi dan I berjaya harungi. Panjang lagi perjalanan ni. Harap harap Allah kekalkan memberi rezeki untuk Firdaus merasa susu ibunya sampai ke usia 2 tahun.



No comments: