Monday, September 21, 2015

Bangkok


Assalamualaikum,

Dari 16hb Septermber hingga 20hb September last week, my friend and I went to Bangkok for a vacation. Bila kami tanya kawan-kawan yang pernah ke Bangkok, they all said "Bangkok tu macam KL je, kenapa nak pegi sana?"

Actually kami pun tak tahu kenapa nak pegi sana. Tapi apa yang pasti, KL is KL and Bangkok is not KL. So, kami nak rasa macam mana perasaan ada di Bangkok. 3 times travelling to Singapore, buat kami rasa 'cukup cukup la kot admire Singapore. Apa kata tengok kota Bangkok pulak. Rasa teringin juga nak jelajah the northern side of Malaysia kan?

Pengembaraan kami di Bangkok pada asalnya dicadangkan :-
17/9/2015 : Bangkok City exploration
18/9/2015 : Northern Bangkok exploration (Mae Klong market / Floating Market River tour)
19/9/2015 : Kanchanaburi - The Death Railway train ride experience / Chatuchak Market

Tapi, ada yang tak kesampaian. Plan mana yang tak kesampaian tu?



Our trip to Bangkok started very late, sebab nak tiket AirAsia murah. Flight on the 16th departed jam 9.00 malam waktu Malaysia dan tiba di Bangkok jam 10mlm (note that Bangkok is +7 GMT while Malaysia adalah +8 GMT, so waktu di Bangkok lewat satu jam dari waktu di Malaysia). Elok sampai di Don Mueng Airport, kami terus cari means of transportation untuk ke Bangkok City. The only way to go to the city is either by a bus to the nearest Sky Train station (Chatuchak Park) or dengan menaiki teksi dengan bayaran 400B per car. Masa mula-mula sampai Bangkok, dengan 400B, macam mahal sangat. Actually memang mahal pun. 400B sama dengan lebih kurang RM50.00 (tatkala RM jatuh merudum ni) padahal kami google DMK Airport dengan BKK dalam 20km je. So kami naik lah bas ke Chatuchak Park untuk ke Sukhumvit untuk ke Salil Hotel. Murah tapi renyah.

TIPS: Sesampai kat Bangkok dalam airport ada wifi. To me internet connection is super important. Korang boleh guna google translate kalau jumpa local yang tak faham English. Tunjuk je google translate tu kat diorang. Atau korang blh guna google maps untuk estimate masa perjalanan. Paling utama to stay connected dengan mak kat rumah agar dia tak risau. Pastu blh share gambar on the spot and geotag location korang kat IG. 

I bought the Dtac Happy Tourist Simpack masa di Bangkok dengan 1.5GB 4G internet speed dan 100B free international call dengan harga 299B. Ada juga yang harga 199B tapi dapat 500GB 3G internet sahaja. Both pack offer 7days validity. Worthy sangat. Tapi dengan internet ni korang tak de la rasa rindu sangat kat Malaysia sebab korang masih boleh berhubungan dengan group whatsapp korang sume. Maka gosip gosip best korang takkan terlepas

SALIL HOTEL, SUKHUMVIT SOI 11, BANGKOK
Sebeum perjalanan ke Bangkok, kami telah ambil inisiatif untuk book hotel awal-awal supaya tak kelam kabut kelak. Bagai pucuk dicita, ulam mendatang. Tempahan hotel kami buat seawal bulan April 2015 menggunakan voucher Groupon. Kalau tak salah bayaran hotel kami adalah RM350.00 seorang untuk penginapan 3 hari 4 malam. Dan alhamdulillah bilik kami cantik sangat, di lokasi yang memang dalam bandar dekat dengan Bangkok Sky Train station. Kami dapat Premier Room dengan bath tub di dalam bathroom. Amat selesa. Pakej bilik kami juga di datangkan sekali dengan complimentary breakfast setiap pagi. Di dalam bilik ada TV dan DVD player (jenama Sony lagi), hair dryer (jenama Panasonic lagi), mini fridge, iron and ironing board dan room slipper. Receptionist dan hotel staff juga baik baik belaka.. Cuma kalau nak komen benda yang tak elok tu, kami cuma nak komen yang they all kedekut gula. Ada ke patut 2 sachet nescafe dengan 2 teabags tapi kami dapat 2 je sugar sticks? Pastu bila mintak kemain liat nak bagi. Haihh. tapi overall kami amat puas hati dengan bilik ni dan harga yang kami bayar.



Day One : Bangkok City Exploration



Aturcara perjalanan dimulakan dengan perjalanan ke Hua Lumphong Railway Station (stesen keretapi Bangkok - imagine KL Sentral but not quite alike, tapi fungsinya sama) untuk beli tiket untuk naik 'Tourist Excursion Train' to Kanchanaburi 19hb nanti. Excursion train ni hanya bergerak pada hujung minggu dan sesuai dengan namanya, train ni banyak berhenti-henti untuk membenarkan penumpang turun di certain certain tourist spots untuk explore tempat-tempat menarik sepanjang perjalanan ke Kanchanaburi/Nam Tok. Bab itu, kita explore later.

After beli tiket ke Kanchanaburi/Nam Tok kami pun explore la Bangkok City. Truth be told, Bangkok city ni memang la macam KL. Tak dinafikan. Quite urbanized dan modern. Shopping malls bersepah-sepah kat sini dan siap dibina sebelah menyebelah. Kami visited Siam Paragon dan Siam Square dan Hard Rock Merchandise Store kat sini.



Shopping mall is a shopping mall tapi something very special kat Siam Paragon ni adalah, ada section/wing yang dikhaskan untuk butik kereta. Yass, butik kereta. Tingkat tinggi pulak tu. Mereka jual kereta macam jual baju kau tahu... Itu macam agak rare for me.

 


Butik-butik kat Siam Paragon ni juga mewah mewah. Prada, Gucci, Chanel, LV. Oh berpinar mataku so macam amat la tak mampu, jadi kami berfoya-foya dalam H&M yang located kat Wing yang kami mampu.


boleh pulak skirt sama dengan baju. nampak sangat sifat duta H&M di situ

I am not sure if Siam Paragon ni memang besar ke atau sense of direction kami kurang masa masuk ke sini, but we had trouble finding the Hard Rock Cafe. Nak jadikan something yang lebih kelakar, orang-orang kat sini tak tahu Hard Rock Cafe tu apa atau kat mana. Beribu steps juga la kami ambik untuk cari Hard Rock Cafe ni semata-mata nak belikan baju HRC Bangkok untuk tambah koleksi Pentunang kan.

Tak sempat pun nak snap gambar depan HRC Bangkok. Lokasi dia tak macam HRC tempat lain yang besar dan gah. Lokasi dia macam kat tepi tepi jalan je. Tak de bangunan khas pun.

And then kami naik Tut tut untuk balik ke hotel untuk rehat-rehat kejap. Kemudian nak pegi Asiatique melalui Chao Praya river.


Tips : Fare tut tut ni varies bergantung kepada jarak perjalanan. Selagi boleh bargain tu, bargain la. Teksi is quite cheap in Bangkok. Mostly guna meter tapi ada jugak yang tak guna meter. Satu downside dia adalah, trafik kat Bangkok sangat teruk. Jam. So, meter akan rancak berjalan dalam jem padahal korang tak bergerak pun. So kami amik tut tut sebab they all boleh mencelah celah. Another good alternatives adalah dengan menaiki Sky Train.

Asiatique by the Chao Phraya River
River Cruise ni for me is a must in your itinerary  in Bangkok. Ianya laluan yang digunakan untuk ke Grand Palace, Arun Wat and lots of other tourist spots. The Chao Phraya River is important sebab it actually serves sebagai salah satu laluan pengakutan bagi penduduk di Thailand. So, naik boat kat sini bukanla sekadar untuk suka-suka tapi memang orang Thai guna sungai ni untuk menuju ke destinasi. Take note, jambatan jalan tar pun ada. Macam penang bridge tu tapi boring la naik kereta. Lagi seronok naik boat. Dah la free.
View of Bangkok city from the boat ride
gambar gelap sebab nak bagi chance background menyerlah.
Alasan sangat, padahal tak pandai ambil gambar.. ahaks.
Di dalam 'car' ferris wheel, Mekhong. Tinggi dan a bit pricey tapi 'car ni ada aircond so macam worth it kot.
Bangkok from the top of the Mekhong
Day 2 : Mae Klong Market tour / Floating Market Tour
Day 2 : Self Pampering Session

Who knows that exploring Bangkok is sangat memenatkan. Bukan jenis penat yang termengah-mengah tu tapi penat yang when you wake up, satu badan sakit. Yass, itu la yang kami rasa.

So, kami ditched the plan untuk tengok keretapi bergerak atas pasar dan floating market tour untuk cari Spa dan basically tidur sambil orang urut badan.

Nak melawa pun tak larat nok.. Sebab nak pegi spa, fikir lepas tu akan berminyak minyak maka kita pakai je baju semalam. Ahaks.
We went to Soi 31, Sukhumvit sebab katanya kat situ ada spa best dan murah tapi buka jam 10 pagi. Kami dah ada kat situ by 8.30 am so kami walked in je memana spa yang bukak by 9,00 am. Spa yang bukak awal dan dimurahkan rezeki itu adalah Asia Herb Spa.


deco dalam spa ni tak de la gah mana sangat, cukup cukup makan je.. tapi... haa baca further

menu
Biarpun interior deco dia biasa biasa je, dia punya servis meletup letup. Memang terbaik terhebat kau memang da bomb! I chose the a la carte menu 100% Pure Blend Body Oil Massage dengan bayaran 1500B. 2 hours of pure relaxation sampai tido berdengkur (yeya kata) masa diurut. Bila dah habis, rasa macam nak suruh dia continue lagi.

And then, kami balik bilik untuk mandi. Masseuse kami nasihatkan jangan immediately mandi lepas urut badan sebab nanti badan masuk angin. So, kami balik hotel baru mandi pulak. This is saya berendam macam badak air dalam bath tub dengan air panas. Perghh! Rasa nak tido je.

On the evening, we continued exploring Bangkok and pampering ourselves dengan makanan. Nak makanan Halal Toiyibban. Kawan-kawan yang pernah pegi Bangkok recommended Yana Restaurant di MBK complex. So, kami pun pegi la ke MBK complex dan makanan yang diidamkan itu pun dijumpai.

On the way nak ke Yana Restaurant tu, terjumpa Aesthetic clinic dengan cucukan botox sebanyak 300B sahaja.. 300B. Kalau convert ada la dalam RM40.00 kot.. Mygod! Rasa macam teruja nak cocok Botox untuk kawen nanti.

Asians / Malaysians dengan obsession terhadap food photos. This is Tom Yam Gung!
Sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap yang amat!

Pun sedaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaap yg amat jugak!
Ponpuan ni pun sedap jugak! Lemak berkrim! #eh?

Kami tak mau syilling Baht, so kami susun kat tepi supaya dapat guna masa nak bayar nanti.

Lepas makan, kami jalan-jalan la dalam MBK complex tu, tetiba terjumpa pula Nail Parlour. 400B untuk pedicure. Kau rasa?? Tentula masuk dan buat pedicure. Nak dijadikan cerita, seumur 31 tahun hidup tak pernah weh buat Mani/Pedi. Kalau kat Malaysia keje bertangguh je sebab mahal. So buat la sekali kat sini, nak merasa. Kot kot boleh dijadikan amalan setiap dua minggu buat Mani/Pegi kan?


nah tapak kaki selepas pedicure. rasa macam nak salap tapak kaki kat muka sendiri sebab rasa macam kaki bayi.
Lepas pedicure, kami pun balik ke hotel sebab nak tido, esok nak bangun awal tau. Jam 4 pagi dah kena bangun nak pegi Hua Lumphong station untuk ke Kanchanaburi.







the highlight of the 6 hour painful train ride. The Death Railway.


Apa yang special sangat pasal railway ni? Sesiapa yang jebik mulut saying there is nothing special about this railway needs a smack on their head with a chair.

Banyak sejarah ditulis tentang railway ni. I am not much of a person yang sukakan sejarah, tapi I came here to appreciate and to honour of the +/- 100,000 dead souls who were brutally forced to complete the railway. Mereka diseksa, dibiar kelaparan dan dikerah berkerja dengan amat teruk oleh tentera Jepun untuk siapkan landasan ni. Bukan orang Asian je yang dikerah tapi juga orang Australia, America, British. Japanese.. tsk tsk tsk tsk...

"The Death Railway is both a testament to man's capacity for evil and to man's unfailing tenacity and bravery" - Brief History of the Death Railway

The train journey ends at Sai Yok Noi waterfall. Kami tak venture ke dalam untuk discover betapa cantiknya waterfall ni sebab train ride ni memenatkan kami. So, we took a ride to Bangkok dengan bayaran 520B seorang.

That's the end of our Bangkok trip. Banyak trip tak menjadi. Tak pegi Chatuchak market, tapi rupanya Chatuchak tu tutup awal. Nak pegi tengok Cabaret show, tapi rasa morally salah untuk tengok pondan golek golek atas pentas. Nak pegi tengok ketapi lalu atas pasar, dah sakit badan pulak.

Rasanya macam tak cukup je trip ke Bangkok kalau pegi 4D3N. Mungkin kena spend masa seminggu baru cukup.

Apapun, I think, Bangkok is unique. Rasanya boleh ulang datang ke sini lagi sebab Bangkok City itu best. Language was a problem for us. Rasa macam nak menangis berkomunikasi dengan international tourist police tapi sepatah English pon dia tak faham. 

Selepas ni, akan kahwin. Tapi Pentunang kata kalau nak travel dengan kawan-kawan dia tak halang. Selagi tak beranak, boleh la kot. I plan to go to Gold Coast tapi sangat costly. I missed pantai, too. Lama tak bercuti kat pantai.

Nak cerita pasal kos ke? In all honesty I can't remember cost kami melencong ke Bangkok sebab RM dah tukar awal2 sebelum jaman kejatuhan lagi dan hotel dah book awal2. Kami siap withdraw duit kat ATM lagi. For me I think overall, I spent RM2000 for air fare, hotel and expenses kat BKK.

Tips : Sebelum travel, kalau korang ada  CIMB ATM Card, activate kan lah agar mudah withdraw duit di CIMB Thai tanpa kos. Kalau korang withdraw kat bank lain, ada charge 180B (+/- Rm20.00 sekali withdraw).

Till then, I hope you enjoy reading my entry kali ni..

No comments: