Assalamualaikum....
Krik krik krik...
Hambik 2 bulan tak hadap blog. Sebabnya adalah password missing pastu macam malas nak recover.
Baiklah. Di dalam entry kali ni, sukacita hendak saya kongsikan pengalaman kunjungan saya ke Zoo Negara. Apeeee? Zoo Negara? Tak menarik betul Zoo Negara. Zoo Negara ni aku rasa macam sedikit overrated.
Kenapa? Read on!
Pada beberapa bulan yang lalu aku managed to buy pakej Zoo Negara dari Groupon RM51.00 for two Malaysian Adults. (Normal price for Malaysian Adult is RM30.00 / person). So murah ke agak2 nya? Tak berapa murah kot. Beza RM9.00. Boleh la. Lepas la beli McValue Meal untuk seorang.
Dah menjadi resam aku bila nak ke sesuatu tempat aku mesti akan Google mencari information yang aku rasa perlu diketahui. Antara infomation yang aku ndak (pertaining to Zoo Negara) adalah feeding time and animal show timetable. Jadi some time in March 2014 haritu, aku dan Encik Boipren pegi la Zoo Negara bajet nak berdating mcm P Ramlee dan Cikgu Norkiah. Sampai elok pukul 9.00 pagi. Dapat parking spot cantik bawah pokok. Tapi alangkah hampa tak terkatanya aku bila aku diberitahu oleh staff kat check in kaunter tu "Kak, kat dalam ni banyak renovation tau. So kami tak sajes la akak lawat time time sekarang ni sebab tak nampak sangat binatang-binatangnya. Nampak kepala je nanti".
Terus la sifat mak beruang aku keluar...
"Ooooo harga tiket tetap sama tapinya ya?"
"Ha ah sama"
"Kenapa uols tak inform kat website je Zoo under construction. Tak ke ni buang masa orang?"
"Sorry Kak.. Akak datang dalam bulan 6 nanti, InsyaAllah dah siap dah semua"
"Tak pe la dik... Groupon akak ni expired 30 April nanti"
"Haa time tu pun dah oke rasanya"
-__-'
So, dengan hampanya kami pun keluar la. Sekali parking kena bayar RM5.00 untuk 15 mins. Aku punya marah memang tak dapat lagi dibendung. Aku picit butang kat mesin parking tu lantas aku jerit "kau tahu tak parking kau mahal *disusuli dengan kata kata nista*"
End of the story there.
Mid April, demi kerana Groupon tu memang stok yang non-refundable (utk kes Zoo ni) maka aku gagahi juga la pegi. Ketika ini, aku telah sesiap prepare dari segi rohani dan jasmani untuk masuk Zoo Negara.
Kali terakhir aku masuk Zoo Negara is adalah sekitar 4 tahun sudah. I couldnt remember anything good about it to compare it with my recent visit, honestly.
boipren aku ni bab ngambil gambar muka tak siap memang terer
As expected, memang banyak la kawasan pecah tanah di dalam area enclosure binatang-biantang. I know that diorang tengah cuba nak upgrade facilities ni. Tapi I would appreciate if they could put a notice dalam website mengatakan yang tempat ni tak berapa perfect untuk kunjungan or at least kasi la diskaun ke ape ke sebab pengunjung datang nak tengok binatang. Bukan nak tengok tanah merah berlonggok-longgok dalam enclosure.Sepanjang dalam Zoo tu, I think I pretended I was happy kot. I dont know. Rasanya macam excited sebab dapat berjalan dengan Encik Boipren tapi at the same time I was disappointed. Nak amik gambar pun tak de semangat.
Gajah yang macam sedih.
But then again, aku tak tahu gajah gembira rupanya macam mana.
Juga telah menjadi resam tempat percutian (tourists spots) di Kuala Lumpur terutamanya, semuanya kena pakai duit. There was no elephant show. I was not expecting a show sebab I know how these animals were tortured to get them to perform tapi we were allow to feed the elephants dengan half cut papaya DENGAN BAYARAN RM2.00 1/2 betik. Memang dalam hati aku, "betik la kau". Aku kesian tengok gajah2 tu, hadap penjaga dia yang dok pegang sebaldi betik mengharapkan ehsan orang ramai membeli betik tu dan suap ke belalai gajah tu. Gajah dua ekor. Kau kasi betik separuh kat seekor gajah, hampas betik tu jadi taik hidung je. Owh, kesian kesian kesian. Aku meyakini di Zoo Negara ni selaku tempat penyelidikan dan Jabatan Zoologi Negara, binatang-binatang ni sebenarnya diberi diet yang sesuai dengan keperluan tubuh mereka. Sangka baik je la.
gajah cute melukut di tepian gantang tunggu betik
anak gajah terkeluar dari enclosure pulak.
(Bila berdiri dekat dengan gajah tak de la rasa gemok macam gergasi sangat)
#tipsfotography #largebackdropmakesyoulooksmaller
And then bila pukul 11 pagi tiba, aku pun bergegas ke amphitheater untuk lihat sea lion and other animal punya pertunjukkan. Aku rasa binatang ni takde kena torture kot sebab unlike gajah yang memang spesis liar, haiwan haiwan dalam show kali ni memang spesis boleh dipeluk dan diraba dengan penuh kaseh sayang.
Jangan salah sangka, biarpun tempat ni ada teduhan, tapi teduhan ini amatlah menghangatkan suasana. Ketiak ku berpeluh hangit time ni.
This is interesting and a sneaky way pihak Zoo nak buat duit. U see, this burung. Aku rasa burung nuri, kot is claimed to have a special talent. Korang rasa ape talent dia. Memang talented sangat. In order for the bird to fly to you, kau kena hold RM10.00. Burung tu akan terbang hinggap di tangan kau dan akan ada cameraman amik gambar kau kat stage. Aku tak boleh brain benda ni. Pagi tu je pihak Zoo easily made RM70.00 in less than 5 mins.
-___-
Ni namanya Binturung. Dia cem fluffy gila macam bear.
OMG I want one. Kabonye dia ni bau macam pop-corn
Okay! Nak order kat Ebay satu.
compipi... shayang. Watching the sea lion was entertaining.
And then we headed to the African Safari enclosure di mana aku memang nak sangat sangat sangat sangat nengok Singa, Rimau dan binatang yang sama spesis dengannya. In case you havent notice I am a huge cat person.'
Ini zoomed in. Handsome gagah perkara tau binatang.
Look at those muscles.
Haish.. aku tidur kat gym 3 tahun pun takkan dapat muscles cem ni
I think this is the highlight of my visit to Zoo Negara. To get the tiger to look at the camera and to actually view the animal super upclose cem ni. Nope, ini tak zoomed in. Ini spesis harimau putih. The color is actually lighter than harimau biasa.
Here is the video harimau dua ekor ini sedang bersuka ria. How I wish the enclosure lebih besar sebab golongan feline kan suka lari lari.
haaa ini rimau biasa. tapi bak ang jauh. pastu tanak tengok camera.
Fedap mak, nyah!
Satu pembaharuan yang aku appreciate and enjoy (sebab tempat ni berhawa dingin) adalah kawasan Aquarium. Tapi, maaf, when you have gone snorkeling and view ikan depan bijik mata kau bawah laut sambil derang snap a bite from your hand, viewing ikan ikan dari aquarium jadi macam "meh".
Have you read my entry on Redang Island?
Here they have quite a variety of species jugak tapi tiada jerung, ke ada? Eh tak ingat. Sebabnya hati dok risau harga parking yang sedang menaik.
mata bertentang mata, adekah kau terasa...
*nyanyi ikut beat oh manisnya.. manisnya senyumanmu*
Clown fish? What the heck is that?
Ini la Nemo lah.
#disneyeffect
So ceritanya we got out from the Zoo tu sekitar jam 1 tghr. Perasaan ketika melawati Zoo tersebut = tak datang pun tak pe kot. Ntah!
Last sekali, hadaplah gambar zirafah dan panda ini. (Panda ke?).Coming soon katanya. Boleh cuddle cuddle tak?
kau is hensem. seriusly hensem
Futher information on Zoo Negara termasuk waktu waktu animal show dan entrance fee boleh di dapat di website rasmi Zoo Negara.
No comments:
Post a Comment