Wednesday, September 11, 2013

September : Penang

Assalamualaikum and hello to dear readers.

I haven't been writing for a while now..bukan kerana tiada inspirasi but because I am google-able. It sucks. I generally rambled everything in my blog kan? Now, no more. So those who asked, why "Poisen-Ivy", yes i purposely spelled it like that, it is for anynomousity. Tapi my blog add hambik kau nama penuh sekali binti. Tertekan oke. Hewhewhew.

Oke, Last weekend, my friends and I went for a short trip to Penang, of which I called it "#selambatrip". i always deemed myself as a Penangite. Truth is I was born in Penang, spent two years growing up in Scortland and moved to Ipoh when I was 7. So, technically I only spent 5 years or so living in Penang. I have been living in Ipoh since I was 7 and until 17 before I moved to KL up until now. I dont even know which state I represent dah. May be I should drop "being a Penangite" status.

This trip was joined by Ikin "Kenzo", Puan Majistret Yeya dan Paan who met us halfway in Butterworth from Aloq Setar. We didnt plan it ahead much, cuma kami booked hotel in advance sebab we wanted the cheapest hotel there is kat Penang tu. Our choice was "Good Hope Inn" in the heart of Gurney Drive. Kami ambil bilik berkembar with 2 single beds yang kalau dicantumkan could fit 3 persons comfortably and 1 queen bed and we shared the cost at RM58.00/night/person. Murah kan? It was very comfortable as well dan biliknya luas. Each katil comes with 2 pillows and blanket yang super fluffy. Manyak syiok..

We started the journey from my house sebab my house sebelah tol Jelapang tu je. So we decided to make it our meeting point. Yeya arrived at my house sekitar jam 6.45 pagi and ikin muncul short-after, tergopoh gapah nak tumpang solat subuh. Rupanya kawan datang straight dari Manjung (rumah family) haa. Asalnya nak gerak kol 7.00 pagi terus lajak ke pukul 7.30 pagi. 






We reached Butterworth sekitar jam 9.15 am sebab ikin bawa kereta dengan amat berhemah sekali. Tak speeding langsung. Personally I think sebab kalau nak bersembang tak renti-renti better jangan bawak laju. Hewhewhewhew. Dari Ipoh ke Penang, ikin tak berenti bersembang. Fuhhh.. Obat ape la dia makan gamaknya.

Dah sampai Penang, Paan pulak text yang bus dia from Alor Setar baru left at 8.45 am. Haaa hamaigawd.. Kakton susah hati dah. Although we didnt plan the trip tapi we knew were time contrained so kalau boleh kami nak elakkan la delay delay yang tak patut kan. Tapi dah buat cemana kan, dah nak jadi so, i suggested that we take our breakfast sebab sebelum bertolak makan sikit2 je kunun kunun perut tak boleh terima makanan berat-berat. Hamboi. Sahur selamba je kau melantak nasik berpinggan-pinggan kan. Tapikan kat area Butterworth tu nak makan ape? Haiyak... Tekak ni menginginkan caffiene. Actually lidah yang ndak. Macam dah ketagih kafien dah aku ni. Maka, keluarkan SmartPhone Nota Kedua dan "Waze" all the way. Waze is a GPS app yang sangat bermanfaat for me. We searched for "Old Town While Coffee" which according to Waze hanya 7 km je dari tempat kami tu. Maka kami pun follow la direction yang Waze tunjuk tu.

Tanpa sesat, we reached Old Town Seberang Jaya. Sementara tunggu Paan, kami makan-makan (ewah macam pantun). Dalam hati, we all were like, two more hours before Paan reaches here. Acane ni? Jom pi Bird Park - kebetulan area tu dekat dengan Bird Park. Sekali lagi, dengan SmartPhone Nota Kedua, I googled the place. Sekali entrance fee RM29.00. O tak jadi lah. 2 jam rasa mcm tak berbaloi la pulak nak masuk birdpark tu semata2 kunun nak bergambar. Makan kat Old Town je nak amik masa sampai 1 jam. So kami batalkan niat and tunggu je Paan kat Old Town tu. At around 10.45, Paan roger kata dah sampai. Eh cepat pulak kau ni. Sebbek tak masuk birdpark.'




Kami saut Paan from the Bus Station terus beratur kat Ferry Jetty. Alhamdullillah, tak banyak kereta. Boleh katakan takde kereta lah sebab kami tunggu tak lama. Dalam 15 mins je. Dengan bayaran RM7.00 kami berjaya naik ferry. Ahh I is syiok tau. Punya la teringin nak naik feri tu (macam la xpernah naik kan?). Reached George Town sekitar jam 11.45 am, terus naik ke Bukit Bendera, dengan bantuan Waze. Tak sesat pun. Lagi sekali kami syiok sebab orang sgt kurang. Nak naik train naik ke Bukit Bendera tu tak payah beratur pun. Dari parking spot nak ke kaunter tiket tu berapa puluh kali daaa berenti keje dok bergambar. Cempera sat sampai kat tempat baru. Hahahaha. Tiket naik Bukit Bendera pegi balik is RM8.00. More information is on thier official website.









Sesampai di atas Bukit Bendera, lagi la cempera sebab tempat tu cantik. Dah snap snap snap snap tetiba lapo... Dahaga lagi.. botol air tertinggal dalam kereta. Nak tanak terpaksa la makan kat atas Bukit tu kan. Kami order Laksa Penang, some western brunch menu dan nasi goreng tomyam. Let me just say that makanan kat atas tu murah gila dan sedap. Laksa Penang RM4.00 je oke. RM4.00!! Kitorang macam terkejut beruk sat sebab tak sangka food dia sangat murah.

Kami turun dari Bukit Bendera at around 2.30 pm. Masing masing dah nak macam lemau dah so according to our instant plan, it is time to check -in. Maka dengan waze, kami pun beransor ke Good Hope Inn. Dalam jam 3.15 petang kami freshen up. Cadangnye by 4.45 nak kluar ke Feringghi Beach. Cadang je la kan. Hehehe. We left the Inn for Feringghi Beach at 5.00pm kot. As usual,  we wazed out way to Feringghi Beach. Kami tak main air pun, just saje nak dengar bunyi ombak dan enjoy watching sunset...{sambil makan). Diet haku ke laut dipukul ombak sepanjang berada di Penang. Tetiba masa kat Feringghi tu, kami pakat nak massage badan. Yeya and I went for a full body and foot massage for I hour and  a half dengan harga RM75.00. Oih.. murah. And ikin & paan, pegi buat foot massage je kot. We didnt know what happened to them.






you must know that I find beach extremely fun. I love beaches.. 

sexy sunset with my bum

This was my first time buat body massage. Ahhh aku dicabuli. First dah la kena bogey... Pehtu T____T I shall not continue sebab mmg awkward gila orang urut your bum. Orang pegang tangan pun aku dah serupa belut.. kelepar tak tentu pasal. Ni urut bum.. tanpa berlapik... :'( Memang takkan pegi dah. Tapi tukang urut tu baik dan boleh kata oke la urutan nye. Dia tahu aku berangin dia focus kat tempat berangin tu. Sakit habaq ang. Keluar je dari tempat massage tu sekai hujan selebat2nye. Unexpected betui. Ikin dan Paan pi buat inai kat tangan. Penuh sebelah tangan and we all were like, whats next? Jom karaoke!!

So our next stop was RedBox Gurney Plaza. Too many crazy things happened while we were enjoying ourselves here, all caught in videos tapi ikin tak mengizinkan iols menghaplodkan nye kat youtube to share with your guys. I swear to God it was hilarious sampaikan kami gelak sampai rasa nak terkencing2. Sumpah tak tipu. We paid RM200.00 dari jam 10.45 sampai kol 3 pagi. Ada supper buffet. Kira oke la kan?

Balik je ke hotel, memasing lemau 100%. I for one spesis yang kol 11 dah shut down, ni pukul 3 masih on, maka otak otometik terus hibernate..

Esok pagi pukul 9.30 baru bangun hew hew hew hew berapa jam dah terbazir kat situ. Never mind, second day kami tak de plan. Cuma nak fulfill hajat terakhir yakni, pasemboq padang kota. Oh.... My.... Gawd... Sedap gila!!! 4 orang makan.. sepinggan seorang.. total. RM62.00.. Bila iols kabo ke my mom she went apa dia?? hangpa makan apa sampai 60 ringgit??? Pasemboq je kot.. Pasemboq gold class mak.. sedap sampai rasa nak jahit lobang muntut supaya ianya terus ada dalam perut. hewhewhewh.. sungguh sedap.. 

And then, we went to Queensbay Mall to kill the time before my flight at 5.10pm to KL. 

It was superb! I love the trip. Biarpun time constrained, we had so much fun sampaikan hari Isnin, kami semua sakit tekak dan demam. Ikin je yang sihat. Aku saspek dia makan jamu ni.

Next stop! Redang Island... Next week!

I love singlehood!! Eh tetiba. En. Fazli tersayang maseh together with me.

More photos here: instagram and facebook

Notakaki : I still wish Ikin was still singing and making super funneh jokes that makes us, literally want to pee on the spot.


Image

No comments: