Tuesday, May 7, 2013

Bukittinggi, Padang (Day 2)

Assalamualaikum...

Oke Part 2 / Day 2

Hik hik hik.. Sorry lah.. Penat tau taip panjang-panjang gitu. Anggapla entry sebelum tu entry pengenalan oke.. So you guys ada brief idea tentang preparation nak dibuat sebelum perjalanan dan what to expect masa touch down di Minangkabau Airport tu. Korang pun bukan baca entry panjang-panjang gitu kan.. Scan important information je kan.. Aku tahu dah! Usah kelentong.. 

Oke.. Second day. Pak Henry set akan dalam jam 8.30 pagi (waktu tempatan). Malam sebelum tu dasyat jugak la buat congak congak dalam kepala.. Mandi, make up nak pakai baju bagai.. berapa banyak masa diambil before i could ready before 8.30 am. Masa untuk breakfast pun kena amik kira jugak. My calculation arrived at "I need at least one and half hour to be fully ready before Pak Henry datang". Jam pulak aku tak tukar ke waktu Indonesia. Fuuu mencabar jugak la nak minus sana sini. Maklum la.. Loya ni kan bodo sikit bab bab nombor ni.. Bila dah set set jam semua, esok paginya haaa hambik... Masjid betui2 depan muka tingkap hotel kitorang. Kol 4.00 pagi mereka dah bertadarus.. Tak payah alarm alarm lagi dah. Otometik akan terjaga.. Fuuu semangat. Bab solat, no worries. Al-Quran lagi disediakan di dalam bilik hotel. Hebak ke tak hebak. Pes time ni. Most hotel aku pegi ada Bible je.

So pendekkan cerita, abah ajak turun for breakfast jam 7.30 pagi (waktu tempatan).. and I looked forward to having breakfast kat hotel because breakfast is essential for me. So aku nak load up betul betul tapi hampa. Nothing fancy on the menu. Nasi goreng, roti, cheddar cheese, dan coffee/tea... *jaw dropping moment sebab peras* Tp mujur la ada ommelette station biarpun ommellette nya sangat la basic. Load up the cal and got ready for the advanture pada hari kedua di Bukittinggi.




Hala tuju utama pada hari kedua adalah Istana Basa Pagaruyung. I have heard about the istana but I know nothing about the history. My mistake. It is best to travel and know a little bit of the history of certain certain monumen atau architechture sejarah sesuatu tempat tu so you can appreciate them more. Istana Basa Pagaruyung ni adalah istana yang telah ditinggalkan but they preserve it as tarikan pelancong. Kawasannya luas sangat dengan seni minangkabau yang sangat sangat menakjubkan. I was fascinated by the culture and the art di buildingnya. But it is very unfortunate for us, kitorang tak boleh enter the castle sebab it was under construction sebab it caught fire. Menurut Pak Henry, that was the second time istana ni terbakar. History has also said that dalam pembinaan istana ni, tiada satu paku pun digunakan untuk mencantum kayu kayu tetapi guna pasak. Ke selak.. Pasak kot. I dont remember the term and as accordance to history only the architech je tahu which kayu to tarik untuk robohkan istana ni. But rasanya for preservation and security, kerajaan dah pakukan mana-mana yang patut dah kot.

We took photos here and there and everywhere sekitar kawasan istana dan as usual, the locals business persons can sense you are foreigners and will approach you to offer thier services as memoriablia. I will write more on that dalam entry tips and tricks.

Before we reached Istana Basa Pagaruyung, we made a stop kat satu tempat pembuatan kopi tempatan. I dont remember the name but it was a short visit. Kawasan tu seakan-akan ladang teh boh di Cameron Highland and it offers free coffee buat habuan lepak-lepak disitu. Kawasannya agak cantik untuk photo-shooting. Jadi... ape lagi.. camwhoring le eden..







So, after Istana Basa Pagaruyung, we went to makan atas sawah. I think dalam ketiga-tiga hari tu, makan yang ini yang terbaik dan terbest dan termemikat. I love the food, the scenery, the enviroment, the setting of the huts on the paddy field. Memang sangat awesome. 


After lunch time, we went to Pasar Atas. This is the place where ramai bloggers kata sorga shopping. Well, well, well.. for those yang suke kain kain sulam, it is sorga shopping. For me, tak berapa kot sebab it is not my kind of jam gitu. Pasar atas ni nak macam pasar payang Kuala Terengganu but slightly bigger and kurang sesak. One thing you must know, they know you are a tourist. So opening price dia agak tinggi and then you have to bargain la sampai ke harga yang uols nak. I have to say, memang hasil sulaman di sini sangat sangat sangat sangat sangat banyak dan there are few yang offer kelainan seperti satu kedai yang kami jumpa ni... Nama pemiliknya Kak Linda. She is a very very very nice lady, dengan design sulaman yang unik dari kedai-kedai lain dan harga yang sangat sangat murah (after bargaining of course). Kak Linda owns a boutique di Ampang Point yang jual baju baju ready made dengan harga minimum RM500 hingga maksimum RM5,000.00. So you can only imagine her exclusive designs compare dengan kedai-kedai lain. Here kain yang tak jadi baju lagi, they call it "bahan". Seronoknya deal dengan Kak Linda ni, adalah dia ada kedai di KL dan dia faham budaya Melayu Malaysia dan loghat Indonesia/Minang dia sangat mudah difahami sebab dia rajin berulang-alik Indoensia-KL.

We KIV-ed her shop at decided untuk visit two more other places untuk compare price before purchasing. 

Later that evening, we went to a spot yang betul betul depan hotel kami yakni Ngarai Sainok & Lobang Jepang. This is pretty. I love this spot. Ngarai Sianok is the Bukittinggi's version of the Grand Canyon. Tapi tak de la besar macam the Grand Canyon tu.






Dan being someone yang easily fascinated by history, I appreciate the fact that I managed to visit bekas Kubu Jepun kat sini.  

Kubu Jepun ni for me adalah sangat eery sebab di bawah tanah dan sangat jauh ke dalam. We were guided by a guide yang sambil berjalan dia memberi info-info... My father said dia goreng je tu.. I dont know.. But from his information, kubu ini dibina oleh orang tempatan yang mana setelah kubu itu siap, tenaga-tenaga buruh ni dibunuh demi memastikan kubu ini kekal tersimpan sebagai rahsia. Mayat-mayat tenaga-tenaga buruh ini dicampak di satu lubang khas yang terus disalurkan ke sungai yang berada 50kaki ke bawah. Kalau ikut pandangan mata kasarnye, kubu ni terletak di tebing yang sangat tinggi dan ada lubang-lubang udara di sekitar tebing yang di bawahnya adalah sungai. Begitu lah alkisahnya. Di dalam kubu ni gelap, ada la lampu tapi samar-samar dan scary.. Sekian.. 

Oke.. Moving on.

on the way balik tu kami nampak betik gergasi.. kau tengok haaa.. besar ke tak besar tu?

After dah keluar dari kubu, kami pun balik la ke bilik. Dah kata tempat tu berdepan dengan hotel kan. Seperti sebelumnya, 7.30 malam (waktu tempatan) Sopir/Supir kami datang bawak kitorang untuk dinner. This time kat Rumah Makan lain pulak. Tekak mula rasa bosan asyik pekena nasi. Kat Malaysia ni malam aku tak makan nasik langsung so bila dah dua malam pekena nasik, perut dah macam culture shock gitu.

Malam tu balik hotel dan tidur awal prepare body untuk hari esoknya pulak.

Beransur le kita ke Part III pulak ye. Sila sila.
Instagram


Image

No comments: