Friday, January 3, 2014

Perodua Myvi My BabyBee

Hambe tak celebrate Christmas… tapi last Christmas hambe tunaikan satu permintaan yang dibuat awal tahun 2013. Kereta.

Yes. I had mixed feelings about getting a car. So far, travelling with public transportation had not caused me any trouble. Mungkin agak sedikit menyusahkan sebab hambe ni keje nye kena gendong file banyak2. Mana nak berjalan, mana nak gendong file. Now dah masuk firm baru boleh dikatakan hari hari travel ke luar KL untuk attend Court. Letak file dalam back-pack telah mengakibatkan hambe sakit belakang selama 3 minggu. Ngurut tak jalan, tampal kokyok tak jalan.. sudahnya amik ubat. Kalau hari-hari nak amik ubat, payah la kan? Jahanam buah pinggang noks..

Throughout the year, I was contemplation sama ada nak kereta berjenama atau yang kurang berjenama. I had been very lucky that dengan salary sekarang, I can say that I am actually “mewah” sebab tak de komitment bayar apa-apa instalment kecuali lah PTPTN. (Tapi savings, yillek jugak sebab keje berjalan ke sana ke mari). I had Mitshubitshi Mirage stapled in my head sebab masa tu kereta tu agak rare di atas jalan raya KL. Dan of course sebab ianya Mitshubitshi. Kang Langkawi bersepah kereta tu locals buat kereta sewa untuk pelancong. Ate kat Langkawi regenye RM40k++ je. Kat KL nearly RM70k. But, bila calculate balik duit, aii.. tak mampu eden nak pakai Mirage ni. Nak bayar instalment memang la lepas tapinya bab mentenen, emergency, duit nak pergi bercuti (of course I don’t want to give my hobby), minyak kete, Touch & Go, toll… *mata berpinar kejap. So I told myself, purchase only untuk necessity sahaja. I changed my interest to Proton Saga (hok paling mughah tu). Sekejap je la cekalkan hati nak minat Proton Saga tu sebab kita nak hidup dengan kereta tu sampai 9 10 tahun, nak hadap dia, tentu la kita nak something yang boleh jadi eye-candy untuk kita kan? Pulak tu ramai kata Proton ni kurang sikit.

Tapi tetiba Proton bawak masuk Suprema S. Wehh ape ni? At the same time Vios buat face life dengan menamakannya Vios 2013. Weiiiiiiiiii ape ni? I did few readings and comparison antara Vios 2013  dan Supreme S. Ramai yang mengatakan bahawa Proton sekarang bukan la macam dulu. Selepas Preve, kereta keluaran Proton agak baik. Suprema S menang antara Vios 2013 dari segi performance. Tapi nama Toyota kan lebih wangi, ramai rakan2 jebik bibir bila dicadangkan nama Suprema S sebagai kereta pilihan. Tapi agak2 la Mirage pun mata kau dah berpinar ngira bajet bulanan. Kalau Suprema S, katup tak bukak dah kot bijik mata sebab harga Suprema S starting dengan RM75k++. Stock kete mewah dah aku rasa tu, So aku batalkan niat untuk memilki Suprema S dan found comfort driving my mother’s Persona. Sedap bawak Persona ni. 5 tahun dah kereta ni mak aku beli. Niat di hati, amik Persona je lah. By this time, Mirage pun aku rasa macam tak lawa dah. Macam bijik durian je rupa bentuk dia. Dulu awat macam comel je. Tapi mak kata Persona 1.6, minyak kuat. Dah tak jadi lagi.

Sekarang nak cari kereta idaman baru la mata meliar mencari kereta2 cute. For a long time, I thought Myvi SE putih adalah cute. Yes. Putih. Hanya putih. Aku suke kereta kaler putih. It was then I noticed Myvi ada warna kuning. Bumblebee transformers. Eh tetiba. And I told my mom, I want that yellow bee. AKu kabokan Bumblee Bee ni comel blab la bla… Elok mak aku gi tanya member dia pasal “Myvi Bumble Bee”. Lepas tu aku kena maki, dia kata mana Perodua ada keta nama BumbleBee. Aku kabokan, memang takde tapi orang kenali dia dengan nama tu sebab dia kuning macam kereta BumbleBee dalam cite Transformers tu. Pehtu kena marah “Hang ni buat aku malu aku je la”.. Pulakkkk.
 Citenya aku ni nak apepe pun kena mintak restu. Mak kata yes, baru purchase. Kami pun pergi la showroom Perodua kat Jalan Lahat Ipoh. Mak dari awal suruh aku amik 1.3 je sebab jimat minyak tapi 1.3 tak de warna kuning. Aku ndak kuning tu je. It is either extreme 1.5 atau SE 1.5. Sebelum tu sempat la google tentang performance si kuning ni. Rata-rata memberi pujian. For its own class, myvi SE1.5 is not disappointing. Pick up bagus. Aku tak tahu la istilah kereta ni, pendek kata nya lepas baca few blogs mcm Paultan and Arena Kereta and banyak lagi blogs, I am satisfied, this is what I want.

Di hari melawat showroom Perodua tu, aku sempat la duduk dalam myvi SE1.5 ni. Sekali ada built-in GPS kau… dalam hati terus berkata “I think I want to marry you”. Memang tak mahu yang lain dah. Nak yang ini jugak jugak jugak jugak jugak jugak. Mak aku dah macam… Sohih, angau dah ni. Nak wajibulghunnah nak warna kuning jugak jugak jugak jugak jugak jugak.. Begitu hendaklah kat si bee ni.

Dipendekkan cerita, 25.12.2013 Myvi SE1.5 Kuning secara mutlaknya bank belikan untuk aku. Eh? Bukan aku punya. Bank punya. Mak aku pun bersederhana hati tolong letak downpayment 20% supaya bulan bulan aku boleh bayar RM508.00 sahaja. Sayang mak :’)

Masa nak bawak kereta kuar dari showroom tu hujan la pulak. ;’( maka, baru baru lahir je dah lencun BabyBee aku basah. Dan bermula la insiden aku bercakap dalam kereta sorang-sorang bajet macam BabyBee tu faham la apa yang aku ngomelkan. First time drive, bergenang ayo mata. Macam baru beranak la rasanya. Gembira, Sedih membayangkan RM1000 kena tolak tepi untuk kereta je dan sebagainya lah.

Until today, dah almost 2 weeks BabyBee ada kat KL, memang aku sayang tak dah dah (sayang sangat sangat in Penang) kat BabyBee. Setiap kali parking, keluar dari kereta aku tengok dia, fuhhh hensem Baby aku ni. Kalau pun ada kereta yang sama kat sebelah dia, BabyBee aku jugak lah yang paling hensem. Time driving, aku usap-usap stereng bajet menunjukkan rasa sayang kat dia. Gila ke tak gila? Gila weiiii…

Harini, musibah menimpa. Tatkala berada kat Serdang, tayar BabyBee pancit. Tengah2 highway Sg Besi ni. Cuak kera kot. Aku bimbang rim rosak. Mujur around 100 meters ahead ada Shell. Aku upah orang Shell je tukarkan tayar. Pecah hati weh tengok tayar kecepek mencair ke jalanraya. And then lepas tu, aku tak berani bawak more than 50km/hours. Mahu spare tayar melayang, tak ke dengan nyawa-nyawa aku sekali terbang. Mak kata bawak la keta pegi kedai tayar, kalau blh palam balik yang lama palam la…

Bila sampai kat kedai tayar, cina tu terkejut. Aiyak.. manyak beso who.. Ini tarak blh tampal. Tetiba aku terbayang icon whatsapp gambar duit ada sayap. Lubangnye sama beso dengan diameter batang pensel. Pakukah?? Mak aku suruh aku ambil tayar baru brand yang sama jugak dengan yang lain2. Continental. Tegap tayar tu. Tapi takde. Yang ada Good Year. Er… Mak kata, Good Year pun okay… Melayangla RM185.00. Kalau tayar yang sama, tak pe jugak. Boleh la aku gembira. Dalam hati dok kata keta aku dah tak ori.. sob sob..

Dalam masa dok tengok cina tu tukar tayar kereta aku, aku jadi sebak sangat. Perasaan tu sama macam masa aku tengok Kiki disimenkan dulu masa dia patah kaki 2 3 years ago. Berair mata aku tengok bahagian tayar kereta tu terlohong berlubang, kena jack sampai terjungkit. Aduh.. aku yang sakit. Aku call Fazli cite kat dia. Udah rope macam mati laki je aku sedih. Dia la yang memujuk, kata benda dah nak jadi, nak buat macam mana. Bla bla bla bla.

And then after the chinese guy is done, aku pun drive ke opis. Mata berair sambil dok menyembang macam orang tak betul dalam kereta. Aku kata kat BabyBee, jangan sakit sakit. Kesian kat mama nak bela Baby. Mama sedih tengok Baby ke jack macam tu. Even time aku menaip ni pun aku sedih ngenangkan kete aku kat parking kat tingkat 1 tu.

Sampai kat opis Fazli called lagi tanya keadaan aku. Terburai air mata. :’(

Dia kata aku gila. And he said   “Dulu Kiki sakit, menangis. Tak pe lah, Kita faham la benda hidup. Pehtu Tupperware Herbalife hilang, menangis mcm benda bernyawa mati. Ni tayar pancit menangis lagi macam benda bernyawa mati jugak. Kalau jadi yang lagi teruk, meraung kot sayang ni kan?”

Yes, itulah aku dengan benda yang aku sayang. Semua aku ibaratkan macam nyawa.

Moga-moga lepas ni tak de dah la jadi benda pelik2 kat BabyBee aku. Sesungguh aku sayang betui kat dia. It is the most expensive thing I have ever purchased. Even lagi mahal dari education aku. Tak salah aku nak sayang dia tak dah dah even it is just a Perodua Myvi.



Image