Tuesday, May 7, 2013

Bukittinggi In A Nutshell


Hello there, 

Have you guys read my previous three posts about my trip to Bukittinggi?
If you guys malas, here is what I thought of my trip in a nutshell.

It was a a-okay experience for me because I am more of a beach person. I found that my trip to Langkawi 5 times better than my trip to Padang. Other than being surrounded by Indonesian and feeling like a foreigner, Bukittinggi is almost like Cameron Highland but a whole lot bigger. On top of everything, I was certainly not that thrill that we spent most of our time in the car getting one "beautiful spot" to another "beautiful spot" hanya untuk snap gambar 20 ke 30 mins at each stop. And these beautiful spots are views from tops on hills. (I wish we had gone to that spot di mana garisan khatulistiwa terletak). 

I was not that thrilled about the shopping experience juga because the only one thing Bukittinggi had to offer was its Kain Sulam and that is it. Hambo ni bukan kaki shopping gitu so neay.. pass! They also quite proud about the kripek which obviously can be found in Malaysia.

Bukittinggi is not a city. It is a very small town. Think Teluk Intan and its only shopping mall called Ramayana is like Kotaraya KL. 

Foodwise, the sate is so imcomparable to Malaysian Sate and bakso can easily be found in Malaysia and tastes almost the same. I dont appreciate that they serve cold-receycled food to us and for those yang health conscious, well.. coconut milk and salt play huge part of the cooking style. Cold-recycled food? Kenapa begitu? Ceritanya mereka akan serve kita dengan 6 7 lauk atas meja, we wont be eating all of the lauk served. So, lauk yang kita tak sentuh tu takkan mereka buang kan.. They recycle lew.

While the locals are friendly and nice to you, they do it for a reason. TIPS. They live their lives based on tips from foreigners and tourists. They ask for tips for almost E.V.E.R.Y.T.H.I.N.G. This is an observation i did while waiting for our Sopir/Supir after our first visit to Pasar Atas. Outside Pasar Atas is kawasan Jam Gadang. In my last post i stated that Jam Gadang is kawasan tourists. While we waited for our Sopir/Supir, came two local boys one playing a guitar and one with a hat with money. They shove the guitar right in front of our faces pushing us to request for them to play a song that we know of. A simple "no" did not work.  And when derang tak de idea dah, they begged for us to tip them the least that we can. And this is not the the only pair in the Jam Gadang Park. There were at least 4 to 5 pairs of boys doing this. Now this is a new way to minta sedekah if you ask me. There are also clowns/mascots in that area which dressed up as Mickey, Donald.. etc. These clowns will interfere in when you are trying to snap a photo. The moment mereka nampak you nak snap gambar, they will butt in and pose. And yes.. they will ask for tips. Jika satu clown sahaja xpe. Masalahnya, bila clown yang lain nampak clown yang lain posing depan camera tourist, mereka akan butt in ramai-ramai.. Kalau 10 orang? kau ingat ko blh bagi tips untuk seoreang saje? No way man, satu orang satu tips. Haaa pengsan. Dan, when you park your car with your Sopir/Supir in the car waiting for you, masa kau naik kereta, tetiba ada orang pulak jaga trafic (sedangkan tak perlu pun penjaga lalu lintas ni) supaya kita blh move into the main road dengan selamat.. Dah kena kasi tips kat diorang. Ha! Ha! Ha! Ha! Hok ni memang aku tak gemar langsung... 

Also, my advice is that wear decent clothes when you visit Bukittinggi kerana localsnya 100% Islam dan almost every female bertudung. I wore short sleeve shirt on my first day and it caught many undesirable attentions. 

Lain-lainnya I think kalau perlu minum air, minum lah bottled water atau air panas because water treatment di Indonesia is not as sophisticated macam di Malaysia. You do not want to upset your tummy while you are on vacation kan?

Money, berapa banyak duit nak bawak. Well, that depends on your planning. If you want to visit Bukittinggi untuk shopping kain sulam tu, bawak la duit banyak2 macam my dad. I think he spent almost RM3K shopping untuk kain dan telekung sulam. As for me, I was not that keen about shopping so I only brought dalam IDR 2.2 juta (RM700) which half of it I used it untuk bayar servis Pak Kamal. The rest, I spend on kripek untuk kudap2 duduk dalam hotel dan Jus Avocado and bayar tips Sopir/Supir (I gave him IDR150.000 for his 4 days 3night service.. Ada yang kata thats too generous, ada yang kata mcm kedukut je) masa he dropped us at the airport for departure to KL. In RM I think I only spend sekitar RM1500 max masuk sekali flight fare. Kira okey la kan.. Not bad for first international vacation.

So there goes, my stories tentang my trip to Bukittinggi, Sumatera. Got a question? Email me at krylonglue@yahoo.com. I am more than happy to assist however I can.
\Instagram


Image

Bukittinggi, Padang (Day 3)



Assalamualaikum...

Day 3 in Bukittinggi.

Harini jadual bermula agak awal yakni jam 7.30 pagi (waktu tempatan) kerna acaranya adalah hendak ke Pasar Aur Kuning dan Kedai Sulam Linduang Bulan.

Breakfast yang sama di hotel.. Muak aih hari hari nasik goreng, kentang goreng dan kopi. But it comes with the hotel package kan. I can't complain much. Tapi kuantiti tu dah jauh berbeza la dari first day. Ciput je kami makan.

So, the journey to Pasar Aur Tebing began as planned. Tak jauh pun, dekat je tempat ni dengan hotel. 

This pasar famous kerana ini tempat jualan borong. Beli satu dua dia tak layan. But my father and I were dissapointed sebab kedai - kedai di sini berselerak. It is not in a complex macam di Pasar Atas. Nak kasi gambaran ape ya.. Mugkin boleh try Jalan Masjid India but more kepada pasar basah punya syle. At least Masjid India tu luas dan tertumpu kepada kain je tapi di Pasar Aur Kuning ni, segala carca merba dijual dalam keadaan yang berselerak dan that area is huge. We didnt feel like walking around wasting time surveying the price for telekung dan kain sulam so we went to a shop secara random and my father managed to bargain for quite reasonable price untuk telekung sulam. So dia borong 20 pasang telekung sulam. I dont remember how much he paid for it but it is quite cheap untuk something berkualiti macam tu.

And then we went to Kedai Sulam Linduang Bulan. This is a boutique ekslusif tepi jalan. It carries crazy beautiful kain sulam yang designnye memang high fashion. Harganya agak mahal dari Pasar Atas and I was hooked dengan satu kain sulam tekat ni.. Ya Allah lawa sangat tapi my father said IDR 350.000 is expensive. Actually it is quite cheap for design macam tu. Sekitar RM105.00 je tapi dah my father kata rileks rileks dulu. Aku pun rileks rileks la sampai teringat-teringat sampai malamnya. 

this photo is taken using panorama view

After stopping sekejap di Kedai tu, we went to Panorama Sungai Landia. This is basically a spot for a beautiful view of farmers village from on top of a hill. Agak cantek for me yang jarang jarang dapat tengok pokok pokok dan kotak-kotak tanaman atas tanah. 20mins stop itu diikuti dengan pendakian ke Puncak Lawang untuk tengok Tasik Maninjau dari puncak bukit. This tasik is said to form selepas letusan gunung berapi. My father didnt buy it sebab dia kata from his knowledge hanya Gunung Karakatoa dan Danau Toba sahaja yang ada tasek hasil dari volcanic activities. Wallahualam. May be you guys can google it. 




After 20 mins amik gambar bagai, we went for lunch di Rumah Makan Sederhana balik. And I am sorry kalau ada any Indonesian readers particularly dari Bukittinggi but we dread our lunch and dinner on our 3rd day. My father sampai boleh terkeluar ayat "Eh.. malam tadi dapat duit dah, lauk nampaknya makin sikit dari hari-hari sebelumnya and food was served cold". Memang kitorang makan sikit dan food didnt look that much menyelerakanlah kiranya. After that, our Sopir/Supir dropped us back kat Pasar Atas untuk ketemu sama Kak Linda. This time we borong kaw kaw sampai my father kena beli satu luggage bag baru untuk bawak kain kain yang dibeli. He spent IDR 5.000.000 untuk kain sulam 25 pasang dan telekung sulam 10 pasang. Murah kan? Murah la... Dia nak jual katanya.. Oke abah!

And then we got back to our hotel awal untuk rehat-rehat. As as the previous nights, dinner time is at 8.30pm.

For 3rd night dinner, memang kitorang dissapointed sangat. Lauk cuma 6 jenis. Ikan keras gila. Lauk semua sejuk bakhang! Dan this time tiada dessert buah.. We all had some few nasty thoughts la dalam kepada berkenaan dengan servis yang diberikan ini.

Before going back to hotel, my father had requested for our Sopir/Supir to take us to Jam Gadang, in which tempat ni mcm landmark dan tourist attraction bagi kawasan Bukittinggi ni. Fungsi dia sama macam KLCC kot but wayyyyyy smaller and less people. We could sense he was reluctant to drive us around sebab he suggested that we watch persembahan tarian instead. My father punya ayat sonang ja.."dia dah malas la tu". oppsss.. 

Nontheless, kitorang ikuti jugak cadangan dia. Bayaran masuk ke persembahan tu IDR 50.000/person (appro. RM15/person) and it was nothing fancy macam di Istana Budaya oke. Let me being honest here. It is like watching persembahan student2 sekolah menengah untuk talent time gitu. It was not that bad, but it could be better considering that itu boleh jadi tarikan utama pelancong untuk experience budaya minang di Bukittinggi.

And then, 10.30pm (waktu tempatan) we went to bed lah.. Lewat tido kali ni. 

Eh..sikitnye gambo? Owh.. follow la saya di Instagram.. hik hik hik.. 



Image

Bukittinggi, Padang (Day 2)

Assalamualaikum...

Oke Part 2 / Day 2

Hik hik hik.. Sorry lah.. Penat tau taip panjang-panjang gitu. Anggapla entry sebelum tu entry pengenalan oke.. So you guys ada brief idea tentang preparation nak dibuat sebelum perjalanan dan what to expect masa touch down di Minangkabau Airport tu. Korang pun bukan baca entry panjang-panjang gitu kan.. Scan important information je kan.. Aku tahu dah! Usah kelentong.. 

Oke.. Second day. Pak Henry set akan dalam jam 8.30 pagi (waktu tempatan). Malam sebelum tu dasyat jugak la buat congak congak dalam kepala.. Mandi, make up nak pakai baju bagai.. berapa banyak masa diambil before i could ready before 8.30 am. Masa untuk breakfast pun kena amik kira jugak. My calculation arrived at "I need at least one and half hour to be fully ready before Pak Henry datang". Jam pulak aku tak tukar ke waktu Indonesia. Fuuu mencabar jugak la nak minus sana sini. Maklum la.. Loya ni kan bodo sikit bab bab nombor ni.. Bila dah set set jam semua, esok paginya haaa hambik... Masjid betui2 depan muka tingkap hotel kitorang. Kol 4.00 pagi mereka dah bertadarus.. Tak payah alarm alarm lagi dah. Otometik akan terjaga.. Fuuu semangat. Bab solat, no worries. Al-Quran lagi disediakan di dalam bilik hotel. Hebak ke tak hebak. Pes time ni. Most hotel aku pegi ada Bible je.

So pendekkan cerita, abah ajak turun for breakfast jam 7.30 pagi (waktu tempatan).. and I looked forward to having breakfast kat hotel because breakfast is essential for me. So aku nak load up betul betul tapi hampa. Nothing fancy on the menu. Nasi goreng, roti, cheddar cheese, dan coffee/tea... *jaw dropping moment sebab peras* Tp mujur la ada ommelette station biarpun ommellette nya sangat la basic. Load up the cal and got ready for the advanture pada hari kedua di Bukittinggi.




Hala tuju utama pada hari kedua adalah Istana Basa Pagaruyung. I have heard about the istana but I know nothing about the history. My mistake. It is best to travel and know a little bit of the history of certain certain monumen atau architechture sejarah sesuatu tempat tu so you can appreciate them more. Istana Basa Pagaruyung ni adalah istana yang telah ditinggalkan but they preserve it as tarikan pelancong. Kawasannya luas sangat dengan seni minangkabau yang sangat sangat menakjubkan. I was fascinated by the culture and the art di buildingnya. But it is very unfortunate for us, kitorang tak boleh enter the castle sebab it was under construction sebab it caught fire. Menurut Pak Henry, that was the second time istana ni terbakar. History has also said that dalam pembinaan istana ni, tiada satu paku pun digunakan untuk mencantum kayu kayu tetapi guna pasak. Ke selak.. Pasak kot. I dont remember the term and as accordance to history only the architech je tahu which kayu to tarik untuk robohkan istana ni. But rasanya for preservation and security, kerajaan dah pakukan mana-mana yang patut dah kot.

We took photos here and there and everywhere sekitar kawasan istana dan as usual, the locals business persons can sense you are foreigners and will approach you to offer thier services as memoriablia. I will write more on that dalam entry tips and tricks.

Before we reached Istana Basa Pagaruyung, we made a stop kat satu tempat pembuatan kopi tempatan. I dont remember the name but it was a short visit. Kawasan tu seakan-akan ladang teh boh di Cameron Highland and it offers free coffee buat habuan lepak-lepak disitu. Kawasannya agak cantik untuk photo-shooting. Jadi... ape lagi.. camwhoring le eden..







So, after Istana Basa Pagaruyung, we went to makan atas sawah. I think dalam ketiga-tiga hari tu, makan yang ini yang terbaik dan terbest dan termemikat. I love the food, the scenery, the enviroment, the setting of the huts on the paddy field. Memang sangat awesome. 


After lunch time, we went to Pasar Atas. This is the place where ramai bloggers kata sorga shopping. Well, well, well.. for those yang suke kain kain sulam, it is sorga shopping. For me, tak berapa kot sebab it is not my kind of jam gitu. Pasar atas ni nak macam pasar payang Kuala Terengganu but slightly bigger and kurang sesak. One thing you must know, they know you are a tourist. So opening price dia agak tinggi and then you have to bargain la sampai ke harga yang uols nak. I have to say, memang hasil sulaman di sini sangat sangat sangat sangat sangat banyak dan there are few yang offer kelainan seperti satu kedai yang kami jumpa ni... Nama pemiliknya Kak Linda. She is a very very very nice lady, dengan design sulaman yang unik dari kedai-kedai lain dan harga yang sangat sangat murah (after bargaining of course). Kak Linda owns a boutique di Ampang Point yang jual baju baju ready made dengan harga minimum RM500 hingga maksimum RM5,000.00. So you can only imagine her exclusive designs compare dengan kedai-kedai lain. Here kain yang tak jadi baju lagi, they call it "bahan". Seronoknya deal dengan Kak Linda ni, adalah dia ada kedai di KL dan dia faham budaya Melayu Malaysia dan loghat Indonesia/Minang dia sangat mudah difahami sebab dia rajin berulang-alik Indoensia-KL.

We KIV-ed her shop at decided untuk visit two more other places untuk compare price before purchasing. 

Later that evening, we went to a spot yang betul betul depan hotel kami yakni Ngarai Sainok & Lobang Jepang. This is pretty. I love this spot. Ngarai Sianok is the Bukittinggi's version of the Grand Canyon. Tapi tak de la besar macam the Grand Canyon tu.






Dan being someone yang easily fascinated by history, I appreciate the fact that I managed to visit bekas Kubu Jepun kat sini.  

Kubu Jepun ni for me adalah sangat eery sebab di bawah tanah dan sangat jauh ke dalam. We were guided by a guide yang sambil berjalan dia memberi info-info... My father said dia goreng je tu.. I dont know.. But from his information, kubu ini dibina oleh orang tempatan yang mana setelah kubu itu siap, tenaga-tenaga buruh ni dibunuh demi memastikan kubu ini kekal tersimpan sebagai rahsia. Mayat-mayat tenaga-tenaga buruh ini dicampak di satu lubang khas yang terus disalurkan ke sungai yang berada 50kaki ke bawah. Kalau ikut pandangan mata kasarnye, kubu ni terletak di tebing yang sangat tinggi dan ada lubang-lubang udara di sekitar tebing yang di bawahnya adalah sungai. Begitu lah alkisahnya. Di dalam kubu ni gelap, ada la lampu tapi samar-samar dan scary.. Sekian.. 

Oke.. Moving on.

on the way balik tu kami nampak betik gergasi.. kau tengok haaa.. besar ke tak besar tu?

After dah keluar dari kubu, kami pun balik la ke bilik. Dah kata tempat tu berdepan dengan hotel kan. Seperti sebelumnya, 7.30 malam (waktu tempatan) Sopir/Supir kami datang bawak kitorang untuk dinner. This time kat Rumah Makan lain pulak. Tekak mula rasa bosan asyik pekena nasi. Kat Malaysia ni malam aku tak makan nasik langsung so bila dah dua malam pekena nasik, perut dah macam culture shock gitu.

Malam tu balik hotel dan tidur awal prepare body untuk hari esoknya pulak.

Beransur le kita ke Part III pulak ye. Sila sila.
Instagram


Image

Bukittinggi, Padang, Sumatera Barat


Assalaaaamualaikum... dan Selamat Sejahtera kepada pembaca sekelian...

Mungkin anda memang jenis yang stalk blog ni.... Mungkin juga anda stumble upon blog ini sebab nak cari information tentang Bukit tinggi, Padang, Indonesia. WELCOME. I will try to give you satu gambaran of my trip ke tempat tersebut, just to give you the idea of how Bukittinggi, Padang is like and what to expect before, during and after the trip.

Chances are, the entry about my trip ini mungkin akan dipecahk-pecahkan sebab rasanya macam banyak yang boleh dikongsikan dengan pembaca-pembaca sekalian.. ewahh ayat formal tak ingat... (Cintailah bahasa/tatabahasa kita).. Oke moving on...

This entry will be about preparation and my arrival in Padang, Sumatera Barat.

This trip was planned by beloved father is a month. Yes, you read it right. In a month. Aritu pegi Langkawi pun plan berbulan-bulan lamanya.

Little did I know that my father is a backpacker and seorang traveller bertauliah. (Passport die penuh dengan stamp imigresen noks) - Eh... kau tak tahu bapak kau itu seorang backpacker dan traveller? - Hey, senyap.. I have my legit reason. My parents are divorced and i stay with my mom... Eh tak.. i live alone kat KL.. but you get what I am saying kan? We maintain a healthy father-daughter relationship though, so takyah nak simpati bagai.. Baiklah.. enough of that! Moving on.

I had no passport when my father booked the flight ticket. So booking tiket dulu, buat passport kemudian. Terrrerrr tak kita? Servis penerbangan yang kami pilih? Tentulah Air Asia.. mereka kan menang award ape tah selamat 4 tahun berturut-turut. Mereka even ucap terima kasoh kerana menjadikan impian mereka satu realiti. Harga tiket flight adalah RM387.00 (all in return fare) untuk dua orang. Murah kaaannnnn?? Tak sampai RM200 seorang. 

Nak dijadikan cerita, memandangkan my father adalah seorang backpacker, dia tak reti sangat nak book book locals untuk jadi pemandu kitorang maka he asked me to arrange the accomodations kat Bukittinggi tu. Ahh sudah... Mana nak reti kan?? Tapi berbekal semangat "kalau tak belajar sekarang, sampai ke sudah tak tahu", I started to read travel blogs. Owh Padang dan/atau Bukittinggi ni agak terkenal di kalangan Malaysians rupanya. Ramai juga Malaysians yang menulis tentang Bukittinggi ni dan juga di Bukittinggi ni elok la ada Pemandu dan Kenderaan untuk ke sana ke mari. Lain nampaknya dari Langkawi where you can do everything on your own. Di Langkawi, we can book the hotel sendiri, sewakan kereta dan bergerak ke sana ke mari. Mostly sebab we know hala tuju kita semasa di Langkawi tu tapi tidak di Bukittinggi ni. So Pemandu (Sopir/Supir) dan kereta adalah essential dan arrangements harus dibuat sebelum penerbangan. Kira book awai-awai la.

One name that caught my attention and been stated in lots and lots of Malaysian blogs is PAK KAMAL. Katanya pakej servis dia bagus dan murah. Ape lagi, jenuh la menghantar komen kat blog blog untuk dapatkan kontek number atau email Pak Kamal ni. Tapi sohih sohih la number indonesia kan. Alaaa mahalnya nak buat arrangement. Silap haribulan, kos nak buat arrangement lagi mahal dari kos servis. (Bajet planning itu sangat la penting untuk orang bergaji kecil macam saya ini). Tapi, luck spotted me and guide me to a blog yang ada provide link to Facebook Pak Kamal.. Wehewwww!!! Sonang kojo eden ha!! So add friend-and terus hantar mesej. Pak Kamal log in Facebook die setiap hari, lebih kurang 3 hari sekali. Sebabnya, kalau hantar mesej kat Facebook tu, dia mesti akan reply haritu jugak2. So no worries tentang "what if Pak Kamal tak reply?"

Baiklah, how cheap is Pak Kamal's service? Let's see. Trip kami adalah 4hari 3malam and Pak Kamal arranged for penginapan, pengangkutan, pemakanan tengahari dan malam selama 3hari dan 3malam. Hari Keempat tu, on the way nak ke airport tu makan sendiri-sendiri lah. Daaaan, we paid RM450.00/person (IDR 1.425.000) untuk kesemua arrangements tersebut di atas. I think it's cheap. So cheap. So I told my father, marilah kita hire Pak Kamal wahai bapak.. Muroh bebenor ha! Makan, pengangkutan dan penginapan dah tak yah risau. Risau nak shopping ape je nanti kat sana. Jikalau kamuorang pegi reramai, tentunya la dapat lagi murah. Ye dak?

So, we engaged Pak Kamal a day before our flight. We paid no deposits as Pak Kamal tak minta pun for us to pay the deposit. At the same time Pak Kamal informed us that he had booked the Gran Malindo Hotel sebagai tapak penginapan kami. Tengok gambar boleh tahan jugak hotelnya. Yang penting ada free wifi (biarpun kat lobby sahaja).... T___T. Pak Kamal will inform you the itenery and places to visit on certain days and such. Yang moleknya, if you don't feel like visiting any one of the places dalam jadual dia, you can always tell me beforehand dan dia boleh rombakkan jadual mengikut tempat-tempat yang kita nak pergi. So eloklah kalau you all study dulu spot spot menarik di Padang / Bukittinggi and inform Pak Kamal awal awal.

PERINGATAN : PLEASE DONT FORGET TO CHANGE YOUR RM INTO IDR BEFORE DEPARTURE. THANK YOU. 

Jadinya, on 2/5/2013 at 1.25pm (sebenarnya flight delayed dalam 20mins sebab banyak aircrafts nak berangkat haritu... so waiting to air traffic clearance agak ambil masa gitu), kami pun berangkatlah ke Padang Indonesia. Macam tak besa naik kapal terbang kan.. Well, actually ini kali ke-empat sebenarnya. First gi JB sebab ada kes, then ke Langkawi, then ke JB and now naik flight untuk destinasi antarabangsa. Yang gi Scotland tu tak kira la.. I was a toddler time tu. I lurrrrveee take off. Setiap kali take off mesti I akan tunduk sebab tahan gelak sebab geli geli dalam perut. But I hate landing sebab i only can stay dalam highly pressurized containment macam tu dalam 30minit je. Lepas tu mula la rasa semacam je. I am claustraphobic, by the way. (Macam mana nak pegi London mcm ni?)

The journey took only sekitar 45 mins. Eh.. dekat aje KL-Padang ghupenye! Jauh lagi nak gi JB. KL-JB pun 55mins. Ahaks. Waahh banyaknye celoteh pasal introduction. Ini kaki tak jejak kat Padang lagi ni. Maaflah.. iols memamg suke kluar topik.. Baru la mesra.. #tetiba.

We reached Padang sekitar jam 1.45pm.. -Eh kau dah gila, kau berangkat jam 1.25pm kau sampai jam 1.45pm... -Wei brader.. time zone berubah dah.. Waktu di Padang ikut time di Jakarta yakni +7hours dari Greenwich. Kau tahu Malaysia berapa jam dari Greenwich? Malaysia +8 hours oke anak-anak? So, since beza sejam je, setiap kali tengok jam kena tolak sejam. Begitu jugak la time nak set alarm untuk bangun pagi. Mental-arithmatics kena cekap.

Bab Geografi lagi. Indonesia adalah dekat dengan garisan Khatulistiwa jadi, ape?? Jadi Padang ni panaih nye noks... Ya Ampun! Bahang die tu semacam je. Nak nak International Minangkabau Airport betul2 sebelah pantai/laut. I was quite saddened by the fact that we didn't have "visiting the garisan Khatulistiwa" dalam itenery. Ape celop ko nak visit garisan Khatulistiwa. Hey sukela.. I am sentimental like that. Imagine putting one leg on the north hemisphere and the other on the south hemisphere and instagram it. Tentu awesome. I would have been to the center of the altitute. Tapi that spot is 90km from Bukittinggi. Getting there is like 1 hour and a half - two hours of driving so, padamkan je la hasrat tu.




Upon arrival, kami disambut oleh Pak Henry, esisten Pak Kamal. "WELCOME Ms. Siti" kata signage yang dia pegang kat International Arrival door tu. Ewaah.. bajet retis.. "Namanya Henry, Pak tapi Henry ini Islam", kata Pak Henry. "Di sini, penduduknya 100% Islam, Pak". He was our Sopir/Supir throughout our trip there. He took around dalam Avanza kalau tak salah. Kete beso, ruang lunjur kaki luas. Oke. I am loving this trip already. First stop. Makan lew ape lagi! He took us to Rumah Makan Lambung Ombak. Tetiba my father buat lawak - "Pening la nanti makan kat sini", - "Ngapain Pak?" - "Ni kena lambung ombak. Mabuk laut la".. Oih.. aku pulak blur blur rabbit dengar bapak aku buat lawak serius.

Bab makan, jangan kawathir. Pesyen di Padang ni (particularly this restaurant), ada 10juta lauk akan dihidangkan depan muka anda, dan anda hanya akan dikenakan bayaran untuk lauk yang anda ambil sahaja. Bila tengok je lauk-lauk atas meja tu, aku mula la bermantra dalam hati "diet! diet! diet! Herbalife mahal! Herbalife mahal".. So, I managed to eat moderately. Rasanya tak de over-eating kot sepanjang kat Bukitinggi ni. Tapi kalau dah nasi 3 kali sehari, moderate keeewwww???

Lepas makan, bermulalah perjalanan ke Bukittinggi. Perjalanan ke Bukittinggi mengambil masa approximately 4 hours sebab kitorang berenti merata tempat dalam perjalanan tu. Hentian pertama, tepi jalan beli simPATI, no telepon mobil Indonesia untuk berhubung dengan sedara mara kat Malaysia dan bikin gempak kat derang bila tengok ID caller no antarabangsa kan.. but mostly no telepon mobil Indonesia ni penting untuk stay in touch dengan our Sopir/Supir sepanjang trip.

How is the view sepanjang perjalanan ke Bukittinggi. Err imagine going to Cameron Highland ikut Lumut... (bukan Simpang Pulai). Kiri kanan hutan dan mendaki bukit.. So, solution yang paling seswai untuk elak rasa loya, tidur lah.. ape lagi?




And then we reached to satu kawasan air terjun betul-betul2 tepi jalan ni. Namanya Objek Wisata Cagar Alam Lembah Anai Air Hancur. Actually nama tempat ni Air Terjun Lembah Anai je. "Wisata" tu "Pelancong" dan "Air Hancur" adalah "Air Terjun". Kelik-kelik gambar for 5 mins kendian kami beransur ke Bukittinggi balik. Sepanjang perjalanan tu, Pak Henry inform kitorang tentang nama-nama kampung yang we passed by. Ada satu kampung tu, nickname die "Serambi Mekah".. Eh macam Kelantan? Namanya "Serambi Mekah" kerana kampung ini banyak menghasilkan ulama-ulama terkenal di Indonesia. Kelantan? Oke.. Let's not get into that right now! I love Kelantan. Don't get me wrong!

We reached Bukittinggi sekitar jam 4.00 petang (waktu tempatan) and our first stop kat Bukittinggi itu adalah kawasan Pandai Sikek, Kampung Padangpanjang. Pandai sikit?? what? Sikek tu sebenornye bahasa Indonesia/Minang untuk "tenun"/"menenun"/"tenunan". Kain songket tu. Penduduk kampung ni pandai menenun songket dan kain songket adalah mata pencarian penduduk kampung ini selain dari pertanian. I love this area sebab kawasan ni agak dingin dan berkabus. Cuaca pun lembab lembab sejuk gitu tapi tak de la sejuk menggigil, imagine sejuk sejuk bangun subuh kat Malaysia ni. Haaa gitu lah.. dan tanah di sini adalah volcanic. Jadi tanah dia warna hitam...dan semulajadinya tanah volcanic ni sangat la kaya dengan mineral dan bermanfaat untuk pertanian so expect to see kebun-kebun dan ladang-ladang sekitar lereng bukit when you visit Bukittinggi..  (after 16 year meninggalkan pelajaran Geografi baru hari ni aku rasa pelajaran tu ada manfaat pada aku.. Mujur ingat lagi ilmu ilmu Geografi ni).

So getting back to kain songket... It was never my intention to shop even though i read banyak blogs mengatakan "anda akan jadi gila tengok kain kain di sini". Err tak pun... Mungkin sebab I had planted in my head that I didnt want to splurge so, my nafsu tu macam terkawal. Lagi pun I dont really wear songket and the items are expensive but relatively cheap la compare to Malaysia kan. But you can get it cheaper kat tempat-tempat lain so no shopping for me on the first day.

Around an hour or less later, we reached Bukittinggi and our Sopir/Supir terus bawa ke hotel. Baiklah, hotel Gran Malindo ni taraf nya dua bintang aje. Dont expect hotel lima bintang ala - ala Hard Rock Cafe kat sini. Bukittinggi adalah kawasan kampung with medium small town. Kebanyakkan hotel-hotel di sini tarafnya 2 3 bintang sahaja. The most you can get is a 4-star hotel. Jikalau kamu mahu Pak Kamal arrange for a 4-star hotel, sila la inform beliau but harganya tentu lah lain kan.

Oke.. check in bla bla bla.. naik ke bilik. Twin sharing bedroom. Satu tv, dua katil, dua towel, toilet was working fine and they have hot water. I have to complaints. It was not until i noticed.... "takde hekon???" Hamagawd! Hangit la haku nampak gayanya. I supposed sebab faktor geografi, penduduk bukittinggi ni aku kira kurang dan/atau tidak berpeluh langsung. Aku pun tak berpeluh tapi ada masa-masanya kita nak feeling feeling mcm sejuk tapi owh hampanya hatiku. Kipas pun tak de noks.. tapi fret not. Your body will get used to it. Cuaca kat Bukittinggi tak panas tapi tak pula sejuk dingin macam Cameron Highland atau Genting Highland. (Untung wei dok Malaysia ni, bersyukurlah.. Undilah Barisan Nasional, #gilatetibameroyan). Since tak panas di Bukittinggi ni, maka nak recycle baju yang korang pakai tu tak de jadi masalah. 

So mandi-mandi, manda-manda solat semua, jam 7.30 mlm (waktu tempatan) Sopir/Supir kami pun datang pengut kitorang untuk dinner. Dinnernya di Rumah Makan Sederhana "tapi menunya mewah", kata Pak Henry. Maka untuk kali keduanya, kami pun makan Nasi Padang Masakan Minang. This time boleh la dimakan lauk-lauk nya sebab semua telah dibayar di dalam pakej Pak Kamal tersebut. Sesudah makan my father tanya, nak juce tak? Oihhh boleh aja.. aku suke jus jus ni.. So we ordered Jus Advoket (Jus Avacado). Aku tak de la cempera sangat dengan Avocado juice ni sebab I have tried the one kat Ole Ole Bali...dan siap beli blend sendiri lagi.  That is the best authentic avocado juice yang aku pernah rasa. Ayam Penyet Ria punya jus avocado - blearghhh.. tak sedap. The juice kat Restoren Sederhana ni nak sama macam kat Ole Ole Bali, sebab tu aku berani kata yang kat Ole Ole Bali tu rasa authentic. 

Note, sepanjang makan berpakej ni, Sopir/Supir anda tidak santap sekali dengan anda ya and he will uruskan bayaran for your meals. Dah habis makan, kitorang pun bayar la juice avocado tadi (sebab juice is not part of the meal package). Dua Juice Advoket adalah IDR 17.000. Ko kira berapa RM tu? Approximately

After dinner, we returned to the hotel and doze off. Awal nok mek tido kat Padang tu. Sebab brain ni set kat apa yang mata nampak kot. Tgk jam kol 11 mlm dah tapi sebenarnya kat Padang baru jam 10 mlm... atau mungkin body exhausted sebab penat kot. So we tucked in early dan prep our body for the next day.

Wahhh nak buat Part II boleh tak?
Macam penat je menaip!

Got a question? Email me at : krylonglue@yahoo.com
Instagram

Image