Tuesday, August 25, 2009

PENGALAMAN TEMUDUGA KASTAM DIRAJA MALAYSIA JAWATAN pEGUASA KASTAM GRED W41

Awal pagi tadi, Ct pergi interview jawatan Pengawai Kastam W41. Ikuti pengalaman ct ketika interview dijalankan.

Ct sampai kat HQ Kastam Ipoh tu dalam pukul 7.30 pagi.. Siapa pon tak de lagi. Dalam 15 minit lepas tu, ada seorang kaki tangan kastam bawa Ct mendaftar kedatangan dan dia assisted ct dan beberapa calon termuduga lain yang mula sampai untuk sesi temuduga. Menurut kaki tangan tu,  adalah penting untuk calon menyediakan dokumen-dokumen yang telah disenaraikan dalam surat panggilan temuduga dan disusun mengikut turutan senarai yang diberikan ketika proses pendaftaran dilakukan. Untung ct pada ketika itu, kakitangan kastam yang ditugaskan untuk menguruskan kitorang tu, very friendly. Yang mana lupa nak photocopy sijil, ic atau dokumen penting tu, derang tolong photocopy kan.

setelah selesai proses pendaftaran, ct dibawa ke saatu bilik kecil di mana ct perlu menuggu giliran untuk masuk ke dalam bilik temuduga. ct adalah calon pertama pada hari tu.

Sesaat melangkah masuk ke dalam bilik tu, ada dua orang penemuduga, seorang wakil SPA dan seorang dari jabatan kastam tu sendiri. Memandangkan wakil SPA tu non muslim, ct cuma ucap selamat je kat dia dan neri salam pada wakil kastam.

Benda yang peling pertama derang buat adalah menyemak sama ada salinan sijil-sijil ct sama tak dengan yang original. Dalam menyemak tu, dia ada la tanya perkara yang ringan - ringan tentang diri ct.

Selepas 10 minit, sesi temuduga pun bermula.

Ct diminta memperkenalkan diri. Apa yang ct ceritakan adalah latar belakang diri dan latar belakang pendidikan ct serta kerjaya semasa ct.

Kerana latar belakang pendidikan ct ni adalah bidang undang - undang, wakil SPA tu bertubi tubi bertanyakan atau lebih tepatnya memberikan ct pelbagai situasi dalam bidang perundangan dan meminta pendapat ct untuk menyelesaikannya situasi-situasi tersebut. In adalah sesuatu yang ct tak bayangkan akan ditanya sebab rata - rata ct bertanya pada orang yang pernah ditemuduga, derang kata soalan - soalan lazim adalah tentang isu isu semasa. Punyala ct pulun membaca tentang H1N1 dan kisah politik negara tapi langsung tak disentuh soal tu.

Kemudian wakil SPA tu tanya lagi, dalam keadaan yang tertekan bagaimana kamu menyelesaikan masalah yang kamu hadapi... secata otometik, tentunya kita akan memberikan jawapan yang positif kan sebab emosi kita tak mempengaruhi jawapan kita pada ketika itu. So apa yang kita boleh conclude kan di sini, wakil SPA tu nak nilaikan nilai nilai murni yang ada dalam kita. Nak tgk kita ni  jujur ke, kaki seleweng ke, kaki putar belit ke. Apa yang ct buat adalah play it safe sebab ada sesetengah orang pandai putar belit to get the things they want walaupun dengan cara yang tak betul. Ct tak nak dia pikir ct ni kaki putar belit. Maklumla dengan kastam ni, byk main rasuah. Also, penemuduga tu orang Sabah dan ct dapat rasakan dia confortable apabila ct mejawab dalam bahasa Inggeris so ct campur campur la jawab dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Masa ni juga kita bulih untjuk skill kita bertutur dalam bahasa Inggeris.

OK, second part, dengan wakil kastam.
Sekali lahi, sebab ct adalah bekas pelajar undang - undang, wakil kastam bantai tanya pasal akta - akta dalam KDRM. Ahh sudah, memang ct kelentong laaa... betul ke tidak tak tau la sebab dah lama tinggalkan alam universiti ni. And then dia tanya apakah tugas tugas peguasa kastam dan bila kita dah jawab, dia explain serba sedikit tentang dengan lebih terperinci tugas - tugas peguasa kastam. And then di tanya ct adakah ct sanggup berkerja siang atau pun malam sekiranya diperlukan... and that was it... 3 soalan je ari wakil kastam...

Keseluruhan masa yang diambil (menurut calon yang tunggu kat luar) adalah 45 minit. 

Ct beruntung kerana walaupun dalam surat panggilan temuduga dinyatakan akan ada ujian pancaindera, tapi ujian tu cem dimansuhkan sehari sebelum temuduga ct. Atas alasan apa ct tak tau. Kiranya ct tak terlibat dalam segala ujian fizikal la kiranya. 

Sekarang ni, ct berserah je la. Mak mengharapkan sangat ct join kerajaan..sebab family ct byk keje dengan kerajaan. Dan ct nakkan job security in the future.

Overall, ct tak berapa yakin sebab dengan wakil kastam tu, ct mcm nak tertunjuk rasa tak confident dengan interview tu tapi tak taula.

If ct dapat keje tu, ct akan update kan kat sini dan ct akan ceritakan cerita disebalik bagaimana ct leh dapat kerja tu. In fact, sekarang pun dah ada cerita tapi tak sesuai la cerita sekarang... kita tunggu 28.09.2009 (tarikh dimana keputusan temuduga boleh di semak)

until then.... best of luck untuk calon - calon lain yang bakal ditemuduga.

5 comments:

Mohd Zairi said...

Assalamua'laikum, terima kasih kerana perkongsian yang menarik ini. Then skrang ni ct keje penguasa kastam ke? Sebab saya baru dpt pnggilan tuk test online. belum intview lg la. Kalau bleh nk gak sdkit sbyk info yg dpt membntu klu tak kbratan untuk brkngsi. tq . :)

Poist-en Ivy said...

Mohd Zairi,

Sadly, 5 years has passed and I am still not in the government sector. I am pretty happy being a lawyer now. I got that going on for me which is nice.

Poist-en Ivy said...

Mohd Zairi,

Sadly, 5 years has passed and I am still not in the government sector. I am pretty happy being a lawyer now. I got that going on for me which is nice.

Mohd Zairi said...

Ow, yeke, bru plan nak bguru brkenaan kastam ni huhu ...
wah, keje lawyer lgi best ...
okla, semoga berjaya dunia akhirat dengan cemerlang.
Selamat Menyambut Bulan Kemerdekaan :)

|| A r a W a n i || said...

Want to ask u the sme question as zairi, but lucky me, u already ans.
Fuh~ thanks for the information dear.
Will be use for my next interview for the same position.
Hopefully everything will go smooth~
Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...